Kita selalu merungut tak cukup masa, apa lagi nak main sama-sama dengan anak. Hakikatnya meluangkan masa bermain dengan anak ini banyak kelebihannya.
Bukan untuk anak-anak sahaja bahkan juga untuk mak ayah. Dengarkan perkongsian dari Dr Redza Zainol.
Puas betul saya main dengan anak-anak malam tadi. Melompat, berlari, berlawan sampai tercungap rasanya.
Dihujungnya saya gomol anak-anak sampai semua tak berhenti gelak. Biarkan mereka tercungap sama. Haha!
Bayangkan baru balik kerja anak terus beriya-riya ajak main. Sampai saya tertanya-tanya kenapa tak ajak maknya.
Jujurnya saya bahagia bila bermain dengan anak. Tekanan yang ada semuanya hilang, muka saya pun mesti tersenyum.
Ikut satu kajian, paras hormon bahagia (oxytocin) seorang ibu itu bertambah bila dia:
– Menyusukan anak
– Memandang wajah anak
– Memeluk
– Mencium anak
– Bercakap dengan nada nyaring serta berlagu dengan anak
Bila hormon bahagia (oxytocin) jadi tinggi, ibu penat macam mana pun, dia tetap rasa bahagia.
Dalam kajian yang sama, ia dapati hormon oxytocin ayah pula bertambah tinggi bila si ayah bermain dengan anak usia Bawah 6 bulan.
Patutlah saya rasa sangat bahagia bila bermain dengan anak.
Sebaiknya mulalah bermain dengan anak sejak kecil lagi. Saya kongsikan tiga cara bermain yang ayah boleh buat bersama bayi.
1. Tummy Time
Bila bayi diletak pada perutnya, dia belajar untuk mengangkat dan memusing kepala untuk melihat sekeliling.
Bayi akan belajar cara menggunakan tangan untuk menolak badan di atas lantai. Sampailah satu hari dia boleh pusingkan diri hingga terbaring menelentang.
Sesi Tummy Time selama 15 minit setiap hari dah dikira memadai.
2. Bila dia makin pandai berpusing, boleh letakkan beberapa permainan di sekeliling untuk dia cuba capai dan pegang.
Dia akan cuba menyentuh permainan guna jari, siku, lutut dan kaki. Sebenarnya anak tengah membuat “Body Mapping’. Dia sedang belajar tentang peta anggota badan sendiri.
3. Bermain Peek A Boo
Pada anak, bila kita tutup muka dan hilang dari pandangan dia fikir kita dah hilang selama-lamanya. Sebabnya dia belum faham pasal “Object Permanence” ni.
Bila kita buka tangan sambal cakap “cak” barulah dia tersenyum siap tersengih-sengih. Lama-lama anak faham yang kita tengah bermain dan bukannya hilang.
Anak kecil yang sangat sua dengan tiga cara bermain ni. Yang pastinya, ia akan buat ayah jadi bahagia dan gembira.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI