Baru berusia 5 tahun, anak kecil ini diuji dengan penyakit Ovarian Cyst sehingga terpaksa membuang kilang telur di sebelah kanan.
Menurut perkongsian ibunya, kerana tidak menjaga serta mengawal pemakanan anak punca anak menghidap penyakit ini.
“Ovarian cyst umur 5tahun, sakit tak kenal usia, jaga pemakanan anak-anak”
Orang selalu tegur aku,”biarlah bha dia makan apa dia mau,kesian anakmu masih mahu makan”.Bukan begitu sayang2ku.Cukuplah azab yang anak sulung ku ni lalui. Sakitnya dia tanggung tu,buat aq stresss ikut dia menangissss. 2hari delay opration bayangkanlah sakitnya tu sama macam kita tahan sakit mahu bersalin.
Akibat aku biarrr saja dia makan ikut suka hatinya,tak sangka usia 5tahun dia sakit “ovarian cyst”(kilang telur PENTING SEORANG WANITA).Awalnya dia cuma terjatuh bermain sama kawan.lepastu dia malarrr mengadu sakit perut,munta2,bila dia bermain cepat penat.Sebelum kejadian jatuh tu,memang kami minggu tu penuh dengan acara family,so dia makan ROTI yang banyak,lamb chop selalu,daging paling fevretnya.Roti memang setiap hari tak lepas.Hari2 beli roti di rumah.siang malam hantam roti.Kuih muih lagi laa yang mengandungi yis buat roti.Minta maaflah kalau yang selalu mahu bawa anakku jalan ,aq slalu tegur jangan biar dia makan itu makan ini.Bukan apa,aku takut kamu serba salah kalau ada apa2.Risau bh ksian aku.
Ads
So malam tu,dia mulaa sakit yang sangat sakit munta berterusan,doktor bagi ubat yang kuat untuk tahan sakit,sementara tunggu giliran untuk di bedah.Dia akan menangis tahan sakit setiap 20 minit,dan makin lama makin kerap,ya mcm aq cakap orang mau bersalin,di situ juga la aku ikut nangis jugaaa,sakit hati sebab aq lalaiiiii.JANJI ANAK KENYANG DAN HAPPY.Rasa bersalah yang terok aku rasa.Umur anak ku baru 5 tahun masa tu.sudah dapat nasib yang di luar jangkaan.
Doktor bagitau dia kena cyst di kilang telur sblah kanannya.so terpaksa buang.Syukur tak terjangkit pada bahagian kiri.Sebagai orang tua,siapalah tak sedihkan.Kami pun setuju untuk ovary kanan di buang.Kamu tahu ka masatu banyak spekulasi menyampah aku kena lalui,mentang2 ovary kanan annku di buang,sudah beranggapan paling,BANGANG.Konon ankku tak boleh mengandung.Maaf yaa,kita ni sebelum berfkiran lebih,baik belajar.Kilang telur wanita ada dua,kiri dan kanan.So selagi ada kilang telur selagi tu kita boleh mengandung.Kita ni ada dua kilang telur pun belum tntu rezeki kita terus ada.Jadi kena berhati2 bila berbicara.(MAAF TIADA NIAT MENYINGGUNGKAN PERASAANN SESIAPA)
Ads
So di pendekkan cerita,jagalah pemakanan anak2.ROTIIIII,MINUMAN SOYAAA,TEMPE GORENG,LAMB CHOP,DAGING KARI,KAMBING KARI,KUIH MANISS(KUIH GELANG,KUIH PAU),KENTANG GORENG,SOSEJ,haaa inilah makanan kegemaran dan makanan kerap anakku.Asal anak cukup makan kita pun ok kan.Akhirnya kena batang hidungku,Allahh tak tahu mau cakap apa lagi.Cukuplah aku nasihat Pengalaman ini kepada kamu,ada sebab aku halang anakku berlebih makan itu ini.
Aku sudah lalui semuanya walau sudah terlambat.Aku harap aku dapat nasihat kamu sedikit.Sekarang umur anakku sudah 11tahun.semoga sihat selalu anakku.Jaga kesihatan anak2 kamu arg.CYST BOLEH BERLAKU PADA SESIAPAPUN,Tak kira umur,LELAKI ATAU PEREMPUAN.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Tidak dinafikan, tubuh seorang ibu pasti akan berubah bentuk selepas dia melahirkan. Itu adalah normal. Kebanyakan wanita yang pernah bersalin akan cuba untuk menerima hakikat ini, (bahawa tubuh kita tidak akan sama seperti zaman anak dara dahulu). MAsalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan ibu.
Penulis blog Mum On The Run, Laura Mazza dari Sydney berkongsi perbualannya bersama suami mengenai bentuk badan selepas dia melahirkan anak mereka. Laura bukanlah wanita pertama yang memikirkan tentang soal bentuk badan selepas bersalin, tetapi kata-kata dari suaminya yang menjadi inspirasi.
“Kita Nak Suami Selalu Cakapkan Hal Ini Pada Isteri.”
Di laman Facebook Laura, dia bercerita bagaimana dia merungut pada suaminya. Dahulu suaminya jatuh cinta dengan Laura kerana tubuhnya yang seksi, tiada kesan regangan di perut dan payudara serta boleh mengenakan jean ketat. Kini, selepas melahirkan anak tubuhnya sudah berubah bentuk sedangkan suaminya kekal seperti dahulu. Kata Laura, hal ini tidak adil!
“Ini bukan badan yang kamu cintai,” kata Laura kepada suaminya.
“Betul, ini bukan tubuh yang buat saya jatuh cinta dahulu. Tetapi, tubuh inilah yang mengandungkan anak-anak kita, yang menyusukan anak kita. Yang membuat anak-anak berasa selesa. Inilah kehidupan. Tubuh awak sekarang buat saya jatuh cinta setiap hari. Saya tak tahu apa itu cinta sehinggalah saya lihat tubuh awak dan tahu pula macam-macam yang ia boleh buat. Jadi, terima kasih Sayang.”
‘Cair’ bila baca perkongsian Laura ini. Suaminya memberi keyakinan kepada Laura. Sebenarnya inilah yang perlu ibu baharu bersalin dengar. Selepas melahirkan, ibu merasa letih, beremosi dan mula kehilangan dirinya yang lama (kurang yakin). Seorang isteri hanya perlukan sokongan dari suaminya. Kata-kata sokongan dari suami boleh buat seorang isteri terus kuat dan rasa dirinya disayangi setiap hari.
Jangan malu dengan apa yang anda miliki atau bagaimana bentuk tubuh anda sebagai seorang ibu. Nikmati setiap apa yang anda ada dan bersyukurlah setiap kesan regangan yang ada pada tubuh anda mengesahkan yang anda seorang ibu! Jika anda perlukan peringatan, maka pandanglah tubuh anda. Hargai ia!
Sebenarnya soal bentuk badan berubah selepas bersalin bukan menjadi kegusaran Laura seorang bahkan semua wanita yang bergelar ibu. Sebaiknya suami banyakkan menyokong serta banyak memberi galakan kepada isteri. SUAMI, TOLONG UCAPKAN RASA PENGHARGAAN KEPADA ISTERI DAN PUJILAH TUBUH MEREKA WALAUPUN TIDAK SAMA SEPERTI DAHULU.
Sebagai seorang ibu, tidak dapat menafikan terdapat cabaran dalam membesarkan seorang anak terutamanya apabila berkaitan dengan kesihatan. Nak suruh makan ubat pun susah apatah lagi untuk berjumpa doktor. Macam nak berperang setiap kali nak bawa berjumpa doktor atau nak bagi makan ubat. Anda sendiri pasti pernah berdepan dengan situasi sebegitu, bukan?
Jadi terdapatkah penyelesaian untuk mengatasi masalah anak yang takut jumpa doktor, khususnya doktor gigi? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini. Teruskan membaca perkongsian artikel ini, semoga ia dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Tiada pendedahan awal
Temu bual bersama doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin.
Menurut beliau yang kini bertugas di iCare Dental Damansara Heights, punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Atasi masalah anak takut berjumpa doktor gigi
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
-Mulakan pada awal usia
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
-Atasi Anak Takut Berjumpa Doktor Gigi (2)
Sekadar perjumpaan
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
-Elakkan paksaan
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
-Kuatkan semangat
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja berusia 22 hari, bayi yang diberi nama Dzihni Keysha Humaira dikesan mengalami masalah jantung berlubang dan juga masalah saluran darah ke paru-paru sehari selepas dilahirkan.
Dengan penyakit kronik yang dihidapi oleh bayi tersebut, bapanya, Hamidon Abidin, 43, dan isteri Zuhaina Zulkamal, 42 memerlukan bantuan orang ramai bagi menyelamatkan bayi mereka itu.
Menurut laporan sebuah akhbar, Hamidon bekerja sebagai seorang pemandu bas manakala isterinya pula seorang suri rumah tangga.
Bayi pucat dan kebiruan selepas dilahirkan. Hanya bergantung alat bantuan pernafasan.
“Saya perasan, lepas dilahirkan, bayi saya kelihatan pucat sedikit dan bibirnya kebiruan, bukan putih kemerah-merahan seperti bayi normal yang lain.
“Bayi saya sekarang bergantung kepada bantuan alat pernafasan sejak lahir. Kini, berat badannya juga berkurang sebanyak 130 gram.
“Saya berharap orang ramai membantu kami supaya kesihatan Humaira bertambah baik dan dapat menjalani kehidupan normal,” katanya di sini, hari ini.
Perlu RM40,000 untuk kos pembedahan
Zuhaina berkata, pasukan doktor dari dua hospital berbeza mengesyorkan bayi kami menjalani pembedahan di Gleneagles Kuala Lumpur.
Katanya, Humaira memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM40,000 bagi menampung kos pembedahan yang akan dijalankan secepat mungkin.
“Jika pembedahan tidak dilakukan, ini akan membahayakan nyawa Humaira kerana bayi saya kekurangan oksigen ke paru-paru,” katanya.
Orang ramai boleh menyumbang kepada Humaira menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141 0532 3170. Sumbangan dengan hendaklah ditulis nama pesakit (Dzihni Keysha Humaira Hamidon) di belakang cek dan dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 51900, Bangsar, Kuala Lumpur.
Anak Hebat Bermula Dari Rumah: Kisah Izmi & Hakim, Dua Pemanah Cilik yang Menginspirasikan
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap —...