Sesetengah ibu hamil mengalami pening kepala atau merasa loya pada awal kehamilan. Ada juga yang tidak bernasib baik kerana rasa ‘mabuk’ itu berlanjutan sehingga kandungan sudah besar. Siapalah yang tahan kalau asyik pening kepala kan, tapi untuk ibu hamil takut pula untuk makan ubat. Khuatir memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi tip untuk mengurangkan rasa sakit kepala ketika hamil. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan ubat walaupun ia tidak berbahaya. Sebelum makan ubat, apa kata cuba dahulu tip-tip ini?
Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.
Ads
Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.
1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.
2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.
Ads
3. Minum air kosong secukupnya. Minum air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.
4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.
5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.
6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun, ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.
Ads
7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.
Pengambilan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Jika ada ibu hamil yang mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan, bolehlah cuba dahulu tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi ini. Paling penting kena selalu mencuba untuk tahu kaedah mana yang serasi dan buat anda selesa. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya macam baru je Ayda Jebat umumkan berita kehamilannya dan sekarang dah nak masuk trimester ketiga kandungan. Bakal melahirkan cahaya mata sulung pada Oktober depan, isteri kepada Nabil Mahir ini ada kisah tersendiri sepanjang proses kehamilannya.
Menurut Ayda yang juga pelakon serba boleh ini, dia berkongsi tabiatnya yang suka memakai pakaian suami ketika berada di rumah. Akuinya memakai pakaian Nabil buatkan dia selesa di rumah.
Bukan itu saja, walaupun kandungan dah semakin besar, tiada satu pun baju mengandung yang dibeli setakat ini. Tak tahu kenapa berangin sangat nak pakai baju suami masa mengandung.
Dalam perkongsian di instagram Ayda, dia berkongsi Outfit Of The Day (OOTD) yang sering menjadi pilihannya semasa bekerja dari rumah (WFH).
WFH OOTD gais! Kalau saya shoot sekarang, atas elok, bawah pakai la apa pun. Kain sarung ka, seluar tidur ka. Kan ‘Work From Home’. Korang pun sama kan?
Ujarnya lagi, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang baju wanita mengandung dan hanya memakai pakaian Nabil Mahir.
Saya takde satu pun baju pregnant. Tak perlu la sebab tak pergi mana pun. Takyah membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat. Berangin! Haha! Normal kan buk? #AydaJebat #WFHOOTD #MakeItFashion #PoseMacamPhotoshoot #SeluarTidurNabilPunBoleh
Terdahulu, pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir selamat bergelar suami isteri pada 1 Januari yang lalu.
Kredit: Ayda Jebat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda dan percaya Allah sebaik-baik perancang untuknya dan suami dalam menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Aida berkongsi kisahnya yang sangat menyentuh hati itu menerusi video temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.Foto: Instagram @aidayusof786 & @adiputra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika ada yang gemar makan beras mentah ketika mengidam, lain pula kisahnya dengan ibu hamil ini yang dikenali sebagai Ekin Norash di Tik Toknya, @ekinnnorash.
Paling gemar makan ais batu. Begitu kongsi Ekin di Tik Toknya. Malah katanya kandungan kembarnya kali ini agak pelik berbanding sebelumnya.
“Sapa mengandung ada pengalaman mengidam pelik-pelik. Kali ni mengandung Twin pelik ngidam,” tulisnya ringkas.
Dek kerana terlalu kuat keinginan untuk makan ais batu, ada waktunya dia sanggup berada di dalam kereta semata-mata untuk menyedut bau penghawa dingin.
Bukan itu sahaja, bahkan di tempat kerjanya, dia acapkali membuka peti ais untuk menikmati bau yang dikeluarkan di tempat beku.
Malah katanya lagi, jika sehari tidak dapat makan ais batu, boleh jadi serba tak kena.
“Sehari tak dapat makan ais batu, Ekin akan sedut bau aircond atau peti ais dekat tempat beku.
“Kalau tak dapat memang tak boleh nak duduk, serba tak kena,” kongsinya.
Bahkan kata Ekin lagi menerusi perkongsian video berlainan, dia juga kurang gemar megenakan make up sepanjang hamil kembar sebaliknya cukup hanya dengan lipstick supaya tidak nampak pucat ke tempat kerja.
Solat berjemaah adalah satu ibadah yang menuntut kesempurnaan saf lurus, rapat, dan tersusun seperti mana yang diamalkan oleh para malaikat. Namun, apabila melibatkan jemaah...