Sebenarnya makin kerap kita marah anak hanya akan menyebabkan bahagian otak reptilianya semakin aktif. Kesannya si kecil menjadi semakin ganas dan sukar dikawal.

“Eh, habis tu tak boleh marahkan anak ke? Kalau anak buat salah biarkan saja ke?”

Bukan tak boleh tegur kesalahan anak tapi kena ada caranya apatah lagi kalau anak anda masih di bawah usia 6 tahun. Nabi s.a.w pun ajar kita didik anak bawah umur 6 tahun dengan cara menegur lembut dan membetulkan kesalahan mereka. Bukannya herdik dan pukul!

Selain otak reptilia anak jadi aktif, otak reptilia kita pun sendiri jadi tak terkawal dan semakin mengganas bila kita asyik marahkan anak sahaja. Ikuti penjelasan Dr. Taufiq Razif tentang hal ini.

Bila kita marah pada anak, sebenarnya kita sedang membiarkan diri kita dikawal oleh otak reptilia (reptile brain) kita.

Ramai berpendapat, kalau tengah marah cara terbaik untuk melegakan kemarahan adalah dengan melepaskannya! Ikut kajian, teknik ni salah sebenarnya. Malah bila kita lepas kemarahan, kita sebenarnya sedang menguatkan dan memanjangkan kemarahan tersebut.

Cara Kawal Marah

Cara terbaik untuk hilangkan kemarahan adalah dengan mencari distractions ataupun buat sesuatu benda yang lain yang boleh buat kita lupakan amarah kita tadi.

Ada orang bila marah dia akan

-keluar rumah sebentar

IKLAN

-pergi ke halaman rumah

-buat-buat sibuk di dapur

-dan banyak lagi cari lain

Yang penting, kita kena pegang bahawa melepaskan kemarahan dengan menengking dan mengherdik anak takkan melegakan kemarahan kita pun. Herdik anak hanya akan mengaktifkan otak reptilia anak dan suatu hari nanti anak kita pula yang jadi berani herdik kita bila otak reptilianya sudah mendominasi dirinya

Anak yang selalu ditekan, diherdik dan ditengking akan menjadi dominan otak reptilianya (reptile brain / brainstem ). Itulah kenapa anak ini akan menjadi ganas dan tak dapat dikawal.

Kerap Marah Anak Hanya Akan Aktifkan Otak Reptilianya, Sebab Tu Makin Ganas Dan Sukar Dikawal

Tanda-Tanda Anak Kita Mengalami Penderaan Emosi Dalam Diam

IKLAN

– Takut yang teramat pada mak ayah sendiri.

– Selalu bagitahu orang yang lain yang dia benci mak ayahnya.

– Nampak kurang matang dibandingkan kanak-kanak yang sebaya dengannya.

– Tiba-tiba berlaku perubahan mendadak pada percakapannya. Contohnya tiba-tiba percakapannya jadi gagap tanpa sebab.

– Berubah perangai secara tiba-tiba seperti tiba-tiba jadi pendiam tanpa sebab yang jelas.

IKLAN

– Prestasi di kelas dan pelajaran jadi merosot tiba-tiba.

Kalau anak meragam, degil, suka mengamuk, menangis tanpa sebab dan perangai pelik-pelik cuba periksa emosi ibu bapa dulu.

✔ Kadang si ibu tak sengaja mengamuk disebabkan Pre-Mestrual Syndrome ( PMS ) nya

✔ Kadang si bapa tertengking tanpa sengaja disebabkan kepenatan bekerja

✔ Kadang keduanya lupa nak jaga emosi si anak bila stress tempat kerja dibawa balik ke rumah sendiri

Semua ini boleh efek pada emosi si anak tu sendiri. Jangan kita selalu salahkan anak yang suci tu bila emosi kita sendiri tak terurus dan tak terjaga. Kerosakan emosi kita boleh terpancar dan dilihat pada emosi anak kita. 

Anak belajar bertenang bila dia boleh rasa ketenangan tu daripada ibu bapa dia sendiri. Cuba amal sendiri dan rasakan keajaibannya. Kongsi juga ilmu ni pada pasangan masing-masing ye untuk kebaikan anak-anak kita juga.

Jom join Telegram Parenting Nota Taufiq Razif. Install Telegram dan Klik je sini t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: Taufiq Razif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI