Kanak-kanak sangat mudah mengikut atau meniru perlakuan ibu bapa mereka baik dari segi perlakuan mahupun percakapan. Mereka masih kecil untuk menentukan sama ada perlakuan atau percakapan itu adalah betul atau salah. Menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik anak mereka bagi memastikan mereka membesar dengan sebaiknya.
Dalam percakapan misalnya, kanak-kanak kecil sangat mudah terpengaruh dengan ibu bapa atau orang di sekeliling mereka. Sebagai contoh, mereka suka mengajuk perkataan yang diujarkan kepada mereka. Ini kerana mereka masih dalam tempoh belajar untuk bertutur dan meniru merupakan praktis yang terbaik untuk mereka. Proses ini penting bagi melahirkan minat seseorang kanak-kanak itu terhadap bahasa yang membolehkan mereka untuk membaca dan menulis kelak.
Adakah penggunaan kata ‘jangan’ memberi kesan kepada anak?
Perkataan yang diujarkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak dari segi mental. Ibu bapa seharusnya menggunakan perkataan yang tepat ketika mendidik anak-anak. Ketika sedang marah, kawal perasaan anda dan cuba gunakan perkataan yang paling tepat agar tidak menyinggung sekaligus merencatkan perkembangan mental anak anda.
Adakah perkataan ‘jangan’ merupakan perkataan yang tepat untuk melarang anak anda melakukan sesuatu? Kajian mengatakan bahawa penggunaan kata ‘jangan’ dengan kerap akan menyebabkan anak anda tidak mudah terpengaruh atau terbiasa yang akan menyebabkan anak anda tidak lagi percaya mahupun menurut larangan anda.
Ads
Sebaiknya, perkataan ‘jangan’ ini seharusnya digunakan ketika waktu kecemasan sahaja. Contohnya ketika anak anda bermain dengan peralatan bahaya seperti pisau atau gunting, maka penggunaan kata ‘jangan’ ini diharuskan.
Perkataan alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan kata ‘jangan’
Selain perkataan ‘jangan’, terdapat beberapa perkataan ataupun cara untuk melarang, mencegah atau menghindar anak anda daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Ibu bapa boleh cuba menggunakan cara berikut dalam situasi yang tepat.
Ads
Jika anda ingin melarang anak anda daripada makan sesuatu yang tidak sihat seperti coklat atau aiskrim, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Ibu tahu kamu suka coklat, tetapi makan dalam kuantiti yang banyak tidak bagus untuk kesihatan’
‘Ibu akan belikan aiskrim kegemaran kamu pada esok hari’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain dengan makanan mereka, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Makanan itu untuk makan, bukan untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda yang salah cara bermain permainannya, anda boleh menggunakan cara ini:
Ads
‘Permainan itu bukan untuk digigit, biar ibu tunjukkan cara untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada memukul orang lain atau menjerit ketika sedang marah, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Gunakan mulut, bukan tangan kamu’
‘Ibu tidak faham apa kamu cakap jika kamu menjerit, guna nada yang sesuai’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain sesuatu yang anda tidak gemar, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Berikan ibu telefon itu, ibu ganti dengan lego’
‘Anak patung yang cantik ini akan jadi milik kamu jika kamu berikan ibu krayon itu’
Terdapat juga beberapa perkataan yang pendek namun memberikan maksud yang sama seperti jangan namun lebih berkesan, contohnya perkataan ‘tidak’, ‘sudah’ atau berhenti’. Kita juga boleh menggunakan kata yang memberi maksud fizikal sesuatu barangan yang hendak didekati oleh anak-anak seperti ‘panas’ untuk seterika serta ‘bahaya’ untuk dapur gas.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kutu kucing boleh mengakibatkan kegatalan melampau pada manusia dengan kulit menjadi kemerahan dan membengkak. Gejalanya masih di tahap ringan, namun perbuatan menggaru-garu kawasan yang gatal dikhuatiri mengundang luka dan melecet.
Jangkitan kutu memberi kesan buruk kepada kucing hingga ada yang stres dan kurus akibat kurang selera makan. Si bulus kesayangan juga boleh dijangkiti kutu apabila berkeliaran dengan kucing-kucing jalanan.
Pemilik perlu segera memberikan ubat kutu selama tiga bulan berturut-turut bagi mematikan serangga berkenaan dan kitaran hidup telur. Selain berjumpa doktor haiwan, anda juga boleh mencuba cara ini untuk menangkap kutu kucing.
Bahan yang diperlukan hanya dua sahaja. Tidak perlu beli produk-produk membunuh kutu kerana kini anda boleh DIY sahaja sendiri di rumah. Dapatlah anda menjimatkan perbelanjaan harian.
Kutu Kucing, Begini Cara Nak ‘Tangkapnya’
Paling penting tiada kesan sampingan pada anak anak-anak bulus kesayangan anda. Caranya cukup mudah dan praktikal. Bahan yang diperlukan pun tidak banyak. Ramai yang telah mencubanya dan mengakui berkesan.
Jom kita ikut cara ‘menangkap’ kutu kucing seperti yang dikongsikan oleh pemilik kucing comel Min Gemuk
Modal Pun Tak ‘Keras’ Mana
CARA MUDAH UNTUK ‘MENANGKAP’ KUTU KUCING:
1 – Air sabun: kutu pengsan, lemas dengan semua jenis air sabun.
2 – Lilin, apa jenis pun boleh.
3 – Letak di tempat yang gelap. Semua kutu akan tertarik pada cahaya lilin.
4 – Kutu-kutu akan pergi ke arah lilin dan terperangkap di situ.
Amalan dan petua menggunakan kunyit sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Kunyit seperti yang diketahui mempunyai banyak manfaat dan khasiat dalam kecantikan dan kesihatan dalaman wanita terutama selepas bersalin. Dan inilah rahsia kecantikan wanita dulu-dulu.
Malah amalan minum jus kunyit di dalam pantang begitu sinonim dengan kita masyarakat Melayu. Paling menarik, cara nak sediakan jus kunyit ini cukup mudah. Hanya perlu dikisar, ditapis dan kemudian boleh terus diminum.
Boleh cuba amalan jus kunyit seperti yang dikongsikan oleh May Vo Dyakonov ini.
Saya cuci bersih dan rendam semalaman, pagi cuci lagi baru blend.
Kunyit blend dengan air masak.
Air agak-agak je, lagi pekat lagi bagus. Kunyit ni mungkin hampir setengah kilo atau 400gram.
Remedy turun temurun keluaga saya. Untuk sihat dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit. Luka je letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit.
Resepi senang je budak kecik pun boleh buat. Kunyit hidup basuh bersih-bersih, blend dengan air masak lepas tapis boleh terus minum. Lagi pekat lagi bagus.
Dalam pantang minum sehari 2 kali. Tak dalam pantang sehari sekali dan minum sekali sekala. Tapi awas, jangan minum selalu jika bukan dalam pantang.
Jangan risau tak akan buat kita cepat monopos. Sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. 1 kilo kunyit minum dekat sebulan kot.
Monopos ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salah kan kunyit. Betul kan kalau saya salah. Sebab mak saya dah tua pun period elok je. Mak saya dalam pantang lagi ganas minum dalam 4 5 kilo kot.
Botol. Redbull kosong saya isi air kunyit.
Letak dalam peti sejuk, nak minum panas kan dalam microwave. Sekali minum je.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Emm…penatnya ada anak ni. Dahla anak-anak ramai. Rasa nak nangis pun ada.” Sedihnya bila terhilang sabar. Bukan sengaja nak sakitkan anak, tapi…rasa tak mampu nak tahan sabar tu.”
Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa. Ingat sebelum kita menyambut kedatangan anak kecil ke dalam hidup kita, ketahuilah dia adalah bingkasan kasih-sayang dari Penciptanya.
Kita perlu melihat dia SENTIASA dari mata penuh kasih sayang. Kerana akan tiba masanya kerana pertumbuhan dirinya, dia akan meragam, dia akan mencampak barang, dia akan memukul anda, dia akan merampas barang dari anak kecil yang lain, dia akan menyepahkan rumah anda, dia akan menjerit tidak keruan, dia akan tidak duduk diam, dia akan tidak mahu tidur, dia akan tidak mahu bangun tidur dan senarai ini berterusan.
Jika anda menerima (embrace) sangkaan bahawa dia didatangkan untuk menyusahkan hidup anda. Atau anda merasa benci dengan segala perangainya…tarik nafas, jangan terpedaya dengan pujukan syaitan itu.
Kerana sebenarnya, dia sedang membantu membentuk hati dan jiwa anda untuk menjadi lebih sabar dan membesarkan hati dengan kasih sayang tanpa syarat.
Jika tidak percaya, lihatlah dia semasa tidur. Dan jika sebelumnya, ‘he drove you mad’, anda akan nampak betapa ‘angelic’ , indahnya dia. Dan mungkin pada masa itulah anda menyesal terlalu garang kepadanya tadi. Pernah jadi macam ni?
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...