Kehamilan

Kerap Mimpi Sehingga 2 Kali Keguguran, Selepas Rawatan Dapat Kembar Sebagai Pengganti

Share

Rezeki anak ibarat pelengkap dalam rumah tangga suami isteri. Sama ada cepat atau lambat, ia suatu rezeki yang ditunggu-tunggu. Namun tak semua pasangan berjaya untuk hamil dengan mudah. Ada yang diuji dengan ujian lain sebelum dapat memiliki zuriat sendiri.

Bagaimanapun, dalam tempoh ini doa dan ikhtiar tak putus untuk melakukan rawatan pasti akan ada sinarnya. Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin ini kisah pengalaman pesakitnya yang berjaya dapat anak kembar selepas dua kali keguguran.

Kali ini saya nak berkongsi cerita pesakit dari Perlis Indera Kayangan. Pasangan ini selamat melahirkan anak kembar yang amat comel.

Disahkan hamil, mimpi bukan-bukan

Pada 2017 si isteri di sahkan hamil. Ketika hamil si isteri kerap bermimpi bukan-bukan.Salah satu mimpinya dia kerap mimpi bermain dengan budak kecil, menyusukan budak kecil, jatuh tempat tinggi, mimpi tumpah darah, mimpi tempat kotor, mimpi ada orang perempuan nak ambil anak dan macam-macam mimpi lagi.

Dua kali keguguran

Ketika kandungan berusia 5 bulan beliau kerap lagi bermimpi benda yang sama. Dalam tanpa sedar anak yang di kandung tiba-tiba gugur pada 26/7/2017. Mereka pasrah redha mungkin tiada rezeki. Anak mereka yang gugur adalah lelaki. Anak Syurga itu di beri nama Muhammad Arief B Muhammad Azim.

Pada tahun yang sama si isteri disahkan hamil lagi. Ketika hamil kali kedua ini, mimpi yang dialaminya ketika hamil yang pertama berulang kembali. Apa yang pelik dia kerap bermimpi hanya ketika hamil sahaja.

Seperti yang di jangka pada tanggal tarikh 6/3/2018 si isteri mengalami keguguran lagi sekali. Anak Syurga yang gugur ini adalah bayi lelaki juga adik Muhammad Alief nama yang di beri.

Ikhtiar hamil dapat anak kembar

Bila dah berlaku sebanyak 2x, pasangan ini berikhtiar untuk mendapat rawatan yang lebih baik. Mereka datang dari Perlis menaiki bas untuk ke Melaka. Sampai Melaka mereka sewa kereta terus datang untuk terima rawatan. Untuk memudahkan mereka berjumpa saya, mereka menyewa chalet berhadapan rumah saya.

Masih saya ingat 2x mereka datang buat rawatan. Rawatan pertama saya tengok keduanya sekali rupanya si isteri ada gangguan. Ketika di ruqyah belakang dan perut ternyata ada makhluk halus yang menumpang. Meronta juga tika itu. Menangis kesakitan. Syukur Alhamdulillah izin Allah apa yang menganggunya dapat di keluarkan dari tubuhnya.

Selang tak lama lepas itu si isteri disahkan hamil semula. Apa yang menarik kandungan kali ini mereka dapat kembar. Bila dapat tahu je isteri hamil pasangan ini terus book chalet dan terus ke Melaka untuk dapatkan rawatan susulan. Rawatan kali ini lebih kepada untuk buat perlindungan agar kandungan kali ini tidak lagi akan mengalami keguguran.

Syukur Alhamdulillah selepas rawatan susulan kedua, kali ni hamil tidak lagi mengalami mimpi bukan-bukan seperti sebelum ini. Kandungannya sihat. Sakitnya pun dah berkurang.

Pada 28 Ogos 2019 lahirlah khalifah adik Aqil Ammar dan Adik Aqil Amsyar. Berkat kesabaran pasangan ini Allah berikan mereka anak kembar ini. Bertuah juga buat mereka kerana 2 anak mereka telah menanti mereka disyurga.

Buat pesakit-pesakit saya di luar sana, berapa lama pun anda menanti untuk hamil, janganlah sesekali berputus asa. Yakin percayalah Allah sentiasa bersama kita. Cepat dan lambat bila izin Allah bila tiba rezeki itu pasti akan tiba juga.

Apa yang penting kita sebagai hamba Allah jangan terus terhenti untuk terus berusaha, ikhtiar, doa, rawatan hospital, urut dan sebagainya. InshaaAllah Allah sentiasa mendengar doa bagi orang-orang yang sabar.

Sempat bergambar dengan adik kembar ini ketika saya melawat mereka di Perlis Indera Kyangan. Moga kedua adik ini membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat.

Saya doakan agar kalian semua yang masih belum di kurniakan cahaya mata di permudahkan Allah untuk mendapat cahaya mata pertama pada tahun ini Aamiin3x Ya Rabbal Allamiin.

Kredit: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy