Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
Menghukum dengan pukulan
Ads
Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang keranah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
Kesan hukum anak
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.
Ads
Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Ads
Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.
Sumber: Cahaya Mata
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada banyak cara dan teknik mengajar anak-anak kita, nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta-buta, bulat-bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini.
4 Kategori Ibu Bapa Asia
1️⃣Bengis
Dalam fikiran ibu bapa ini anak kena tahu takut barulah senang nak ajar. Caranya mengajar anak dengan muka garang, bengis dan tak senyum. Sekali jeling je anak terus kecut perut. Ini cara nenek moyang katanya. Kesannya anak jadi terlalu takut untuk bercakap jika ada kecemasan/masalah lepas tu ibu bapa adalah orang terakhir yang akan tahu.
2️⃣Serius
Selalu serius tak pernah main-main bila ajar anak. Anak pun tahu bila ayah nak mengajar tak boleh bergurau, tak boleh main-main mesti serius. Anak pun lama-kelamaan hilang sifat kebudak-budakan. Terpaksa mendewasakan diri walaupun belum sunat. Anak pandai berdikari tapi tak terganggu emosi nya. Sangat kurang empati dalam diri.
3️⃣Manja
Terlalu risau pasal keselamatan, keselesaan dan kesihatan anak sehingga termanjakan anak dalam semua perkara. Apa sahaja anak minta terus di beri, apa sahaja anak cakap terus percaya, anak jadi layu, kurang bersemangat dan tiada ‘self worth’. Tiada keyakinan dan keberanian untuk buat sesuatu jika ibu bapa tak bantu.
4️⃣ Sayang
Ada masa serius, ada masa bengis dan ada masa manja. Kerana sayang ibu bapa paksa diri kawal emosi sendiri supaya tidak keterlaluan semasa mengajar. Anak-anak dapat belajar dengan gembira dan emosi mereka terpelihara dari luka yang serius.
Garam sekarang tak sama masin dengan garam dulu, sekarang pun banyak masakan tak guna garam. Takut kena darah tinggi.
Yang berkesan dulu tak semestinya akan berkesan sekarang, tapi ilmu sentiasa evergreen walau pun dah beratus tahun. Rajinkan lah belajar cari ilmu mendidik supaya anak kita terdidik tanpa tercedera emosi.
Saya selalu jadi budak-budak masa mengajar annur rania supaya ada keserasian dan kesefahaman semasa mengajar.
Perkembangan si manja anda bukan sahaja boleh dipengaruhi oleh masa, malah jenis-jenis aktiviti yang anda berikan kepada mereka.
Aktiviti tummy time boleh dianggap sebagai senaman awal untuk bayi anda. Ia merupakan satu aktiviti di mana bayi akan diletakkan dalam posisi meniarap ketika mereka dalam keadaan terjaga.
Aktiviti ini perlu diawasi oleh ibu bapa memandangkan posisi tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si manja. Reaksi bayi berbeza-beza mengikut usia dan keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan kepala.
Mungkin ada di antara si manja yang menangis teresak-esak dan ada juga yang membebel sendirian ketika diletakkan dalam posisi tersebut.
Walau apa pun, aktiviti ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti yang dikongsi oleh Dr Amalina Mohd Daud.
Satu pesanan saya bila anda ada newborn di rumah, tolong lah banyak banyakkan buat TUMMY TIME.
Tummy time adalah benda basic tapi jarang sangat dilakukan secara kerap oleh parents. Memang anak tak suka bila di tummy time kan. Tapi kajian menunjukkan, bayi yang kurang tummy time akan mengalami delay dalam banyak-banyak aspect
Tummy time menguatkan otot di belakang tubuh yang membantu bayi untuk mengengsot, merangkak, duduk dan berdiri. Tummy time menjadikan tubuh tegap dan dengan tubuh yg tegap anak mudah nak gunakan tangan untuk makan
Tummy time juga menguatkan salur pernafasan dan membina pernafasan yang baik. Ketika tummy time anak akan buat vocalization yang membantu perkembangan speech
Tolonglah buat sekerap mungkin. Sekali buat pada peringkat awal buat 5 minit dahulu. Kemudian tambahkan masa dan aim untuk capai 1 jam sehari (in divided time) pada usia 3 bulan.
Bagi yang belum tahu, Ball Palyground ni salah satu permainan Indoor Playground khas buat kanak-kanak. Biasanya Ball Playground ni ada di Mall yang besar-besar. Namun, timbul persoalan kat sini selamatkah Ball Palyground tersebut?.
Dari sudut teknikalnya macam material dan rekabentuk, Ball Palyground ni memang selamat. Tapi dari segi kebersihannya?
Ada Ball Palyground di Mall besar-besar tidak pernah pun dibersihkan bola-bolanya.
Hingus kering, kahak budak, habuk, kuman pun ada yang melekat lagi kalau anda bertuah jumpa dengan bola macam tu.
Kemudian berpuluh-puluh kanak-kanak bermain dan berenang gembira di dalam Ball Palyground tu, tanpa kita ketahui tahap kesihatan mereka?. Ada yang demam, selsema, berpenyakit kurap, berpenyakit kuku dan mulut dan sebagainya. Maka bercampur gaullah kanak-kanak sakit dan sihat.
Lepas tu jangan pelik atau terkejut pulak kalau selepas anak-anak pulang bermain Ball Palyground tiba-tiba demam, kena penyakit selesema, penyakit kuku dan mulut atau apa sahaja.
Tahap imunisasi anak-anak kecil tidak seperti orang dewasa. Mereka lebih mudah melekat dengan penyakit. Ibu bapa kena peka tu.
Risiko membenarkan anak-anak bermain di Ball Palyground ini ialah mendedahkan mereka dengan penyakit daripada kanak-kanak lain.
Ball Palyground ini contoh sahaja. Sebenarnya mana-mana permainan terdedah dengan bahaya ini, namun kami cuma dedahkan Ball Palyground atau permainan indoor lain kerana Indoor Playground sebegini lebih berisiko berbanding Outdoor Playground.
Dan memang ada serta wujud kes-kes kanak-kanak mendapat penyakit lepas main Ball Playground ini.
Oh ya lagi satu, ada sesetengah Ball Playground ni penuh dengan bola-bola sampai tak nampak dasarnya. Cubalah kalau rajin selak-selak dasar kolam bola tu agak-agak jumpa apa ye?
Sama-samalah kita beringat dan berwaspada.
Nasihat dari kami, bawa sanitizer sekali kalau nak bawa anak-anak keluar bermain lebih-lebih lagi waktu sekarang ni musim HFMD dan chicken pox. Sanitize anak-anak sebelum dan selepas bermain. Kalau anak tak sihat, tolonglah kuarantin di rumah. Jadilah ibu bapa yang bijak.
Sumber: Mama Dan Anak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!