Kerap Pukul Anak Seawal Usia Setahun Beri Kesan Negatif Pada Perkembangan Tubuh & Minda Anak

Share

Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.

Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak.

Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang keranah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.

Kesan hukum anak

Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.

Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.

Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.

Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.

Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.

“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.

Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.

Sumber: Cahaya Mata

Published by
Wan Amy