Kerap Selesema, Gatal Kulit Tandanya Anak Ada Simptom Alahan. Jika Tak Dirawat Boleh Bawa Maut

Share

Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai masalah berkaitan alahan dan alergi. Selalu selsema, gatal-gatal kulit, mata, telinga, hidung dan bermacam-macam lagi. Untuk yang ada anak-anak, dah tentu masalah ini menjadi suatu perkara yang amat berat untuk kita terima.

Puas dah kita cari rawatan, mana-mana tempat kita dah pergi untuk berubat, namun masalah anak kita masih tidak selesai. Apa masalahnya ini?

Masalah alahan ini berlaku akibat tindak balas sistem imun tubuh kita kepada beberapa faktor allergen. Akibatnya tubuh kita akan mengalami gejala alahan seperti saya sebut tadi.

Beberapa punca biasa menyebabkan simptom ini berlaku perlu dikenalpasti oleh pesakit sendiri dan juga ibu bapa. Kita sebut sebagai ‘allergen’. Ini amat penting bagi memastikan gejala sama tidak berulang lagi.

Walaubagaimanapun, selain daripada gejala yang biasa ditemui, salah satu keadaan berbahaya boleh berlaku kepada pesakit. Jika ini berlaku, maka langkah perlu dan segera perlu dilakukan. Bawa ke hospital!

Anafilaksis adalah tindak balas alergi yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, berlaku sebaik sahaja pendedahan kepada faktor alergen berlaku. Keadaan ini akan menjejaskan seluruh sistem badan pesakit!

Histamines dan bahan kimia lain dikeluarkan dari pelbagai tisu di seluruh badan, menyebabkan gejala berbahaya seperti:

  1. Menyempitkan saluran pernafasan dan mengakibatkan kesukaran bernafas
  2. Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba
  3. Pembengkakan pada kawasan muka, leher atau lidah
  4. Mengalami muntah atau cirit-birit
  5. Gejala sakit dada dan palpitasi pada jantung.
  6. Percakapan pada pesakit yang tidak jelas.
  7. Untuk keadaan yang lebih teruk, pesakit boleh hilang kesedaran!

Beberapa risiko meningkatkan kebarangkalian serangan ini berlaku.

  1. Pernah alami gejala alahan teruk sebelum ini.
  2. Sejarah keluarga yang turut alami perkara sama.
  3. Pesakit merupakan pesakit alahan dan asma yang tidak terkawal.

Jika anda atau anak-anak anda mengalami gejala alahan yang luar biasa, jangan biarkan di rumah. Segera dapatkan pemeriksaan doktor.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih (Doktor ENT)

Published by
Wan Amy