Apabila sesi persekolahan sudah bermula, benda yang paling cikgu dan guru kena bersedia ialah anak yang menangis tak henti-henti. Ia akan terjadi jika itu adalah tempat yang baru untuk si kecil, boleh jadi juga tempat yang sama tapi kembali selepas cuti yang panjang (atau sekejap).

Jadi, apa yang sebenarnya telah berlaku? Adakah anak-anak berada dalam ketakutan? Guru di sekolah menengking ke? atau kena buli dengan kawan-kawan baru? Atau sebenarnya si kecil tengah melalui satu fasa yang dinamakan ‘separation anxiety’?

Separation anxiety ini adalah satu perasaan bimbang yang dialami oleh anak-anak apabila dipisahkan daripada ibu bapa, dan ia membawa kepada tingkah laku lazimnya seperti menangis yang tidak henti. Fasa ini berlaku dek si anak sedang ber-negotiate untuk berdikari.

Perasaan ini sebenarnya dah bermula sejak 6 bulan kerana attachment antara ibu bapa dan anak dah berlaku. Jadi, ia adalah situasi yang normal bagi anak-anak apabila dipisahkan daripada ibubapa terutamanya bagi satu tempoh jangka masa yang agak lama.

Berbalik kepada situasi persekolahan, ibu bapa perlulah mencari puncanya dulu. Cuba bercakap dengan guru, dan ibu bapa yang lain adakah anak-anak lain mengalami masalah yang sama atau tidak.

Jika di sekolah/pusat jagaan yang baru, ini berlaku ketika tempoh transisi. Tempoh si kecil untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Tidak kisahlah transisi dari taska ke tadika, atau tadika ke sekolah rendah atau rumah ke tadika. Boleh jadi ia tempoh yang sekejap atau lama sebab setiap anak lain-lain tahapnya. Banyak sekolah buat sesi orientasi supaya anak membiasakan diri dengan persekitaran – jadi, jangan skip.

Jika si anak kembali ke sekolah dari cuti yang panjang, kita keliru sebab sebelum cuti mereka suka sangat sekolah, cikgu dan kawan-kawan. Tapi, bila dah kembali ke sekolah, ia berlaku sebaliknya. Eh kenapa pula kan?

Jadi, separation anxiety inilah antara punca yang kita perlu tackle sebaiknya. Perasaan excited tapi takut dalam pada masa yang sama.

Apa langkah yang perlu dan boleh diambil? (khusus untuk anak baru masuk tadika atau tahun 1)

* Minggu pertama persekolahan itu, hantarlah anak ke sekolah. Sesudah sampai, peluklah dan ciumlah mereka, kemudian tinggalkan mereka segera. Kalau mereka menangis, abaikan. Jangan teragak-agak, kerana ia akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Guru pun akan cadangkan untuk ibu bapa balik. Jangan jenguk atau intai, dengan kata lain, jangan munculkan diri anda depan mereka. Percayalah, selepas anda pulang, tangis mereka akan hilang.

* Nak menjadikan situasi lebih mudah, beritahu kepada si anak bahawa dia akan ditinggalkan oleh ibu bapa. Usah sesekali menipu kanak-kanak tersebut. Jangan cakap lima sepuluh minit lagi akan datang balik – tapi tak datang-datang. Mereka akan ingat sampai bila-bila. Bila dah bagitahu anak akan ditinggalkan, jangan lupa untuk bagitahu bila mereka akan dijemput semula. Contohnya, selepas balik kerja etc. Bagitahu tiap hari pun tidak mengapa.

* Kalau minggu pertama hantar hingga ke kelas, minggu kedua boleh hantar depan pagar sahaja. Ini hanya bertujuan untuk mengatasi fasa separation anxiety sahaja. Sebab ada sekolah menggalakkan hantar anak hingga ke kelas.

* Oh, jangan lupa bila nak berpisah dengan anak, gunakan perkataan tertentu seperti “bye”, assalamualaikum, see you, love you, take care dan sebagainya. Ia memberi satu perasaan selamat dan yakin untuk kanak-kanak itu ditinggalkan di sekolah bersama penjaga atau guru yang baru.

* Cuba bermain ‘hide and seek’ dengan mereka. Baik ibu bapa atau guru. Ia adalah aktiviti/latihan perpisahan walaupun sementara. Ini kerana mereka ditinggalkan bersendirian buat seketika dan akan bertemu semula.

* Selepas pulang dari sekolah, jangan lupa reflek dengan bertanya si kecil tentang bagaimana sekolah hari ini? Buat apa? Kawan siapa? Main apa dan sebagainya.

* Janganlah trigger anak seperti tanya “takut tak nak sekolah?” Elok mereka teruja, terus rasa bimbang.

Selalunya, tingkahlaku yang terhasil dari separation anxiety ini adalah menangis, tapi jangan lupa ia juga boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Contohnya, si kecil menjadi terlalu pendiam sampai tidak bercakap, kencing dalam seluar walau dah praktis beribu kali cakap nak pergi tandas, menggigil dan berpeluh, no eye contact dan sebagainya.

Teringat bekas anak murid kecil yang terlalu pendiam ketika di dalam kelas, tetapi di rumah kata ibu bapanya, dia lah manusia paling bising dan lincah. Siap tunjuk bukti video lagi ketika itu.

Hanya satu cara kita boleh mengatasi separation anxiety iaitu bertoleransi dengannya (tolerating separation). Gently but firmly.

Ibu bapa jangan hujum anak-anak dengan membandingkan mereka dengan abang/kakak yang kurang menangis. Atau guru membandingkan dengan anak murid yang lain. Jangan mengejek dengan panggilan seperti cengeng, manja, mengada-ngada dan sebagainya.

Ia langsung tidak membantu untuk meredakan keadaan.

Separation anxiety untuk anak kita sudah tahu, tapi yang untuk si ibu pon dok sama teriak sebab berpisah dengan anak siapa nak bantu?

Percayakan guru, dan dalam pada masa yang sama, we do our part ok?

Sumber: Hazhari Ismail