Kanak-kanak mana yang tidak mudah menangis, buat perangai dan ada kala memeningkan kepala mak ayah. Menangis ibarat meluahkan emosi mereka kepada mak ayah. Namun peluklah anak kerana itulah kuasa meredakan hati anak yang gundah.
Tak ada anak yang tak suka dipeluk. Hug power ini besar kuasanya jika mak ayah pandai menggunakannya diwaktu-waktu tertentu. Malah pelukan juga buat anak jadi lebih baik. Perkongsian En Mohd Fhais Salim ini, Parenting Influencer ini mak ayah kena hadam. Banyak manfaatnya untuk kita.
Tak ada anak yang tak suka di peluk
Bahkan banyak kajian telah di buat berkaitan kuasa peluk ( hug power ) ini. Anak yang kerap di peluk akan lebih sihat dan cantik tumbesaran fizikal, mental dan emosinya.
Ini antara manfaat kita kerap peluk anak :
1. Anak makin bijak
Anak yang di peluk sekurangnya 20 minit sehari akan buat “brain growth hormone” dia meningkat mendadak. Makin berkembang pesat la otaknya nanti.
2. 5 deria makin berkembang
Antara 5 deria utama iaitu sentuh, dengar, lihat, rasa dan bau, deria sentuh adalah kunci kepada segala-galanya. Dari sentuhan la 4 deria lain boleh berkembang pesat.
Ads
3. Fizikal, mental & emosi lebih sihat
Tahu tak setiap pelukan ibu ayah tu dapat buat hormon oxytocin jadi banyak. Anak akan rasa bahagia, selamat dan tenang serentak. Baru la kurang anak mengamuk-ngamuk nanti.
4. Badan jadi makin tinggi, kuat & sihat
Hah! kalau nak anak tinggi, kuat dan sihat banyak-banyakkan la peluk dia. Sebabnya oxytocin juga membantu perkembangan fizikal anak kita. Bergantung kepada genetik ibu ayah juga ya.
5. Boleh tenangkan anak yang tantrum
Serius, kalau anak tantrum teruk sangat peluk dia. Emosi anak yang bergelora tadi boleh jadi tenang dengan cepat. Syaratnya, yang nak memeluk tu kena la jadi tenang dulu. Emosi boleh berjangkit tau! Bila kita tenang, baru anak tenang.
6. Anak lebih tahan lasak
Ini sahih, anak yang kerap di peluk lebih tahan lasak dengan masalah dan cabaran berbanding yang jarang di peluk. Mereka tak cepat stress dan susah nak murung.
Ads
7. Silaturrahim anak-beranak kuat
Manfaat sebenarnya adalah bila silaturrahim kita anak-beranak kuat dan utuh. Masa ni datang la cabaran dan dugaan besar mana pun kita tak akan gentar.
Sentiasa percaya dan sayang antara satu sama lain. Susah nak buruk sangka dan tak ada yang dapat meracuni fikiran kita untuk ragu-ragu dengan kemampuan anak sendiri.
Suka tak suka memang kena usaha untuk peluk anak sekurangnya 20 saat sehari. Itu la requirement minimun jika mahu anak sihat, kuat dan bijak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak setiap kali kita ke klinik yang lain atau beli sendiri ubat di farmasi, dos setiap ubat lain-lain. Sedangkan ubat yang kita minta itu adalah ubat demam untuk anak yang sama.
Ada setengah ubat tu perlu diberikan kurang dari 5ml atau lebih dari itu. Kenapa sedemikian? Ini antara persoalan yang ibu bapa tertanya-tanya.
Bagi perkongsian kali ini, anda sebagai ibu bapa akan faham pengiraan untuk setiap ubat yang betul dengan memuat naik aplikasi “Kalkukator Sirap Paracetamol”.
(Situasi) Pada suatu malam di kaunter Farmasi Kecemasan.
A: Ni Paracetamol ya puan, untuk demam. Berikan anak puan minum 7ml, 4 Kali sehari selepas makan.
B: 7ml? (Bertanya dengan nada hairan)
A: Ya puan, 7ml kenapa ya puan?
B: Banyaknya 7ml tu? (Memberitahu dengan nada bertanya)
A: Owh! Memang kena minum 7ml puan. Kita dah kira tadi berdasarkan dose. Berat anak puan 11.2kg kan?
B: Ya, beratnya 11.2kg masa timbang tadi. Tetapi sebelum ni di klinik kat luar tak ada la di suruh minum sebanyak tu. Minum sedikit sahaja.
A: Pasal ini rupanya puan tertanya-tanya. Ok macam ni puan. Ada banyak jenama sirap Paracetamol ni. Selain tu dose sirap pun berbeza. Biasanya 120mg/5ml dan 250mg/5ml. 250mg/5ml ni dose per ml atau kepekatannya lebih tinggi, kalau guna yang ini perkiraannya memang kena minum sedikit berbanding yang 120mg/5ml. Jadi kemungkinan sebelum ni puan guna yang 250mg/ml la. (Rujuk gambar terakhir untuk variasi sirap Paracetamol).
B: Ooo.. Begitu rupanya.
A: Lagi pun kita berikan sirap Paracetamol ni berdasarkan berat anak puan. Saya dah kira balik memang betul 7ml. 15mg/kg x 11.2kg x 5ml ÷ 120mg = 7ml. Mungkin ketika ke klinik luar sebelum ni, berat anak puan berbeza dan tak seberat hari ni. Perkara ini juga boleh menjadi faktor banyak mana sirap Paracetamol perlu diberikan kepada anak puan.
B: Terima kasihlah kerana jelaskan. Terkejut sebab biasanya disuruh beri tak jauh bezanya. Kali ini agak jauh bezanya.
A: Tiada masalah puan. Baguslah bertanya apabila ada sebarang persoalan.
Muat Naik Pautan Kalkulator Sirap Paracetamol
Bagi mereka yang ingin kira sendiri berapa ml sirap Paracetamol yang sepatutnya diberikan kepada anak anda dengan mudah, boleh memuat turun aplikasi “Kalkukator Sirap Paracetamol” yang dibangunkan oleh Nhpsawjsh Mohd Ghazali Ismail, seorang ahli farmasi serba boleh.
Dengan menggunakan aplikasi ini anda hanya perlu memasukkan nilai berat anak anda dan aplikasi ini akan memberikan jawapan berapa ml Paracetamol yang perlu diberikan kepada anak anda.
Pautan untuk memuat turun aplikasi Kalkukator Sirap Paracetamol di Google Play Store:
1. https://play.google.com/store/apps/details…
2. https://play.google.com/store/apps/details…
Boleh rujuk gambar untuk contoh jenama sirap Paracetamol lain yang berada di pasaran. Sebelah kiri 120mg/5ml dan sebelah kanan 250mg/5ml.
Membesarkan anak sendirian tanpa bantuan suami sememangnya bukan hal yang mudah. Pelakon, Mia Ahmad berkongsi rasa malah melalui pengalaman yang sama apabila ketiadaan suaminya yang kini sedang menjalani latihan di Dubai.
Kepayahan menjaga dua anak kecilnya itu tanpa dibantu suami hanya difahami ibu-ibu yang melaluinya. Lantas ibu kepada dua cahaya mata ini amat mengagumi kekuatan dan kegigihan ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak tanpa bantuan suami.
Menerusi Instagramnya, Mia berkongsi cerita malah berdepan dengan pelbagai ragam dan karenah anak kecilnya itu bersendirian.
“Selepas beberapa minggu suami tak ada. Not easy but taught me a lot. The struggle is so real.
“Anak-anak menangis serentak, berebut barang, tarik telekung time mommy solat, Issa nangis sakit perut tengah-tengah malam,” tulisnya berkongsi.
Suami pelakon cantik itu, Izham dikhabarkan sedang menjalani latihan pra musim bersama pasukan JDT di Dubai.
Tidak cukup kuat untuk sendirian menjaga dua anaknya, ibu kepada Sayf Issa dan Iris ini amat mengagumi ibu-ibu yang terus kuat dan cekal membesarkan anak sendirian.
“Macam-macam experienced that makes me think macam mana dengan single mom yang boleh survive kat luar sana.
“Kudos to all the single moms who have always been strong,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen ternyata perkongsian Mia turut dipersetujui para pengikutnya disamping memberikan kata-kata semangat buatnya.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mengandung adalah golongan berisiko tinggi dan penting untuk mereka mendapatkan vaksin COVID-19. Fahami dengan lebih lanjut tentang kesesuaian vaksin-vaksin COVID-19 kepada golongan ini seperti yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
Garis Panduan Vaksin COVID-19 Untuk Ibu Mengandung & Menyusukan Bayi
Ramai yang tertanya, usia kehamilan berapa minggu boleh ambil vaksin? Bagi anda yang masih belum tahu, ibu mengandung sesuai diberi vaksin diantara 14-33 minggu kehamilan.
Pfizer
Vaksin jenis mRNA selamat digunakan semasa hamil tanpa tanda bahaya yang ketara.
Kesan sampingan jarang berlaku, ringan, sementara dan boleh dirawat.
Sinovac
Laporan interim yang dikeluarkan WHO membenarkan penggunaan vaksin Sinovac untuk ibu mengandung dan yang menyusukan bayi kerana manfaatnya mengatasi risiko.
Bagi mereka yang telah menerima vaksin Sinovac dan kemudiannya disahkan hamil, anda disarankan untuk mengambil dos kedua setelah usia kandungan melepasi 14 minggu kerana vaksin ini tidak mempunyai kontraindikasi ketika hamil.
AstraZeneca
Tiada kontraindikasi terhadap ibu mengandung atau yang menyusukan bayi.
Bagi mereka yang telah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin AZ dan kemudian disahkan hamil, anda disyorkan untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin yang sama 14 minggu selepas dos pertama.
Pemberian vaksin Anti Tetanus Toxoid (ATT) dan COVID-19 secara bersama
Pemberian bersama vaksin lain, iaitu ATT bersama dengan vaksin COVID-19 sama ada secara serentak atau pada bila-bila masa sebelum atau selepas vaksin adalah selamat dan tidak memerlukan penangguhan atau selang waktu tertentu.
**Dos kedua boleh diberikan selepas usia kandungan 33 minggu mengikut seperti yang telah dijadualkan.
Vaksinasi bagi kandungan yang berusia melebihi 33 minggu bukanlah suatu kontraindikasi mutlak dan boleh dipertimbangkan mengikut sesuatu kes berdasarkan penilaian risiko dan manfaat yang dijalankan ke atas setiap individu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Prihatin dengan kebajikan rakyat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengesahkan bahawa tiada sebarang kenaikan yuran TABIKA dan TASKA di bawah kelolaannya bagi sesi persekolahan tahun 2025.