“Alahai, kesiannya tengok anak kena bangun awal macam ni. Dahla baru 6/7 tahun. Ada 2 sesi persekolahan pulak tu.”
“Tak sampai hati rasanya nak kejutkan”
Jika diikutkan kehendak anak, dia mungkin mahu terus tidur. Namun, anda perlu sampai hati menggeraknya dan menyuruh dia mandi atau memandikannya, agar dia boleh ke sekolah.
Anda perlu sampai hati mendengar bentakannya. Anda perlu sampai hati meninggalnya di sekolah itu, walaupun mukanya masam.
Kerana anak masih kecil, dia belum tahu apa yang di hadapannya. Dia belum lagi tahu kesan kemalasan atau ketakutannya bagi masa hadapannya. Ibu bapalah yang bijak perlu sampai hati memimpin penuh sabar, kasih-sayang dan tegas. Kerana anak perlu tahu tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.
Sebenarnya bangun dari tidur dan kemudiannya mandi untuk bersedia ke sekolah itu juga satu perjuangan. Jika anak-anak tidak dididik dengan mindset begitu, bagaimana mereka boleh meraih kejayaan yang lebih besar.
Bak kata pepatah Melayu; Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Jadilah ibu bapa yang sampai hati untuk melakukan sesuatu demi kebaikan anak-anak dunia dan akhirat. Dan lakukanlah dengan penuh hormat, kasih-sayang dan sedar diri.
Bagaimana pula jika anak-anak tidak mahu ke tadika kerana cikgu tersangat garang, marah-marah dan kuat menghukum fizikal dan kata-kata kasar?
Ads
Ini jawapan Ibu.
Anak-anak kecil tidak pandai menyorok perasaan mereka. Terutama jika mereka tidak berasa selamat. Jika mereka menangis takut nak ke tadika kerana cikgu sangat garang dan sepertinya…jangan ambil mudah ketakutan anak itu.
Selidik, apakah yang sebenarnya terjadi. Betul ke guru itu sangat garang atau suara dia sahaja yang kuat sebab ramai anak murid? Jika itu halnya, maka perbetulkanlah pesepsi anak anda itu. Kenalkan dia semula kepada gurunya dan terangkan mengapa gurunya terpaksa bercakap kuat.
Jika betul cikgu itu terlalu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil, berbincanglah dengan guru itu secara baik dan professional untuk dia berubah.
Jika cikgu itu masih hendak garang dan marah-marah tidak bertempat juga, maka usahlah diteruskan meletak anak kecil anda di dalam kandang singa atau harimau itu. Keluarkan dia dan cari tempat yang lebih baik. Ada banyak tadika di Malaysia ini yang memberi latihan baik kepada para guru mereka.
Ramai para guru yang sayang dan sabar mendidik anak-anak murid mereka. Cari mereka dan biarlah mereka ini yang mendidik anak-anak anda. Mereka layak mendidik anak-anak bakal pemimpin ummah ini. Dan jangan beri anak anda kepada mereka yang mengunakan kerja mereka untuk melepaskan marah di hati mereka kerana kecewa dengan kehidupan mereka lalu melepaskan kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa!
Ads
Ketahuilah anda ada kuasa untuk menentukan apakah jenis tadika yang boleh terus maju dan bertapak di negara ini dengan memilih tadika yang layak mendidik anak-anak kecil ini dengan baik.
Bagi yang beranggapan, biarkanlah anak-anak kecil itu menjadi tough sikit….hmmm…. kalau cikgu tu marah bertempat dan marah dengan berhemah, ia akan melahirkan toughness for the right reason di dalam perwatakan anak.
Tapi kalau guru itu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil serta menjadikan anak-anak kecil itu ‘punching bag’ mereka, itu tidak akan menjadikan anak anda tough, tetapi jadi hati keras, rosak hati, rosak jiwa kerana perkembangan EQnya terbantut!
Dari mana anak-anak kecil belajar mengenai perasaan, emosi dan cara mengawalnya?
Ya, dari orang-orang dewasa di sekeliling mereka. Nah, jika mereka di kelilingi oleh orang-orang dewasa yang tidak tahu mengawal perasaan…agak-agaknya apa yang anak itu belajar? Lepas itu anda ibu bapa pening kenapa anak-anak anda menjadi degil atau mudah menangis, suka bergaduh dengan adik beradik dan mula marah-marah dengan anda dan orang di sekeliling mereka. Bila tidak dapat apa yang dihajati, maka marah-marah adalah solusi mereka.
Maka, nak terus letak lagi anak-anak anda di dalam kandang harimau tu atau hendak selamatkan dia?
Ads
Bunyi macam Ibu marahkan? Ya Ibu marah sebab tidak sepatutnya anda meletakkan anak-anak anda di dalam tempat sebegitu. This is TOUGH LOVE. Ramai lagi guru-guru yang baik akhlak dan hati mereka. Mereka ini memang jiwa pendidik.
Janganlah memberi anak anda kepada orang yang tidak suka apa yang dia lakukan dan melakukan dengan terpaksa…itulah sebabnya dia asyik marah-marah tidak bertempat.
Namun, Ibu bukan menyuruh anda membenci guru-guru yang sedemikian. Rasalah belas kepada mereka kerana mereka itu sebenarnya ‘sakit’ di dalam diri mereka. Doakan sahaja mereka akan tersedar dan dapat memperbaiki diri. Kasih sayang anda kepada insan beginilah yang boleh menyedarkan mereka, dengan izin Allah. Itu pun jika mereka itu mahu berubah.Namun, buat masa mereka masih belum, selamatkan anak anda!
*Ingatlah bukan semua guru garang tidak bertempat. Ramai yang baik dan berjiwa pendidik. Oleh itu jangan kutuk profession perguruan ini. Ianya mulia. *
Apa yang kita tidak suka ialah perbuatan sesetengah guru kerana mereka tidak menghayati apakah maksudnya seorang pendidik itu. Mereka tersalah cara yang boleh membawa kepada kerosakan kepada hati dan jiwa kanak-kanak kecil itu yang sepatutnya mereka bina. Doa Ibu agar Allah memberi mereka ini petunjuk.Marilah doakan bersama-sama.
Syabas kepada para guru yang mendidik penuh sedar diri, kasih sayang, bertanggungjawab dan berwawasan tinggi.
Anak anda adalah tanggungjawab anda memastikan keselamatan dan pertumbuhan dirinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim awal persekolahan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Pastinya mama makin berdebar untuk menghantar anak-anak ke tadika atau pra sekolah kan? Pastinya pelbagai ragam anak yang merunsingkan mama. Salah satunya pasti masalah untuk kejutkan anak bangun pagi.
Sebenarnya jika mama tahu caranya pasti mama tak perlu keluarkan suara yang tinggi dan berkali-kali untuk kejutkan anak. Untuk mama, ini tip mudah!
TIPS JIKA ANAK SUSAH BANGUN PAGI
Pagi hari adalah waktu yang paling sibuk. Dimulai dari menyiapkan sarapan, membuat bekal, bersiap untuk bekerja. Satu hal yang dapat membuat waktu pagi menjadi tenang adalah membangunkan anak ke sekolah dengan mudah dan waktu yang tepat. Ada caranya.
1.PASTIKAN WAKTU TIDUR ANAK CUKUP
Atur waktu tidur anak sebaiknya. Anak susah untuk bangun pagi kerana tidak mendapatkan waktu tidur yang mencukupi. Jangan beri anak tidur lambat.
2. SEBELUM TIDUR, INGATKAN ANAK
Sentiasa ingatkan anak dan pesan pada anak sebelum masuk tidur. Beritahu dia bahawa betapa pentingnya untuk dia bangun awal ke sekolah, dapat bersarapan dengan tenang dan sebagainya.
“Nak, dah sampai waktu tidur ya. Esok kita kena bangun awal nak ke sekolah”. Sentiasa ucapkan ucapan yang baik dan positif untuk ingatkan anak. Insyaallah anak akan serap ke dalam jiwanya.
3. BANGUNKAN DENGAN LEMBUT
Pastikan anda mengejutkan anak dengan nada dan suara yang lembut. Jangan berkeras kerana anak pastinya tidak akan bangun. Anak kecil perlukan pujukan untuk ke sekolah, berlembut adalah jalannya. Duduknya anak seketika dan peluk kemas supaya dia lebih bersedia untuk bangun.
4. KONSISTEN
Latih dan ajar anak untuk bangun pada tempoh waktu yang tepat. Jika anda memilih 630 sebagai waktunya, pastikan waktu ini sentiasa sama setiap hari. Ini bagi membiasakan anak dengan waktu dia kena bangun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekerja dari rumah atau work from home (WFH) sambil menjaga anak adalah satu tugas yang mencabar bagi ibu bapa terutama yang ada anak kecil. Memang waktunya fleksibel, tak perlu nak gosok baju dan bangun pagi-pagi bersiap nak keluar ke pejabat.
Cuma cabarannya lain sikit apabila anda harus menyiapkan kerja dan dalam masa sama menjaga anak sepanjang masa. Ada yang mahu makan, menangis, mahukan perhatian dan macam-macam kerenah lagi.
Waktu ibu bapa ada meeting online, nak kena siapkan apa-apa tugasan dan dalam masa yang sama anak pun nak perhatian. Terkadang tanpa sengaja terkeluar juga suara tapi anak kecil apa yang mereka faham.
Seperti perkongsian Puan Mai Izyani, dia berkongsi pengalamannya yang menghadapi situasi ini. Bagi ibu yang WFH, bekerja di pejabat atau surirumah sepenuh masa, anda adalah insan yang hebat dan masing-masing ada pengorbanan!
Anak-anak tetap cari mak!
Saya tak tahu la tadi nak sebut situasi apa eh. Bawang semua dah siap racik. Ambil periuk, buka api, nak tuang minyak. Tapi saya ambil botol air mineral dan tuang dalam periuk. Nak masukkan bawang baru saya perasan.
Suami saya puasa hari ni, jadi saya tak minta tolong dia masak walaupun dia nak buat. Work From Home (WFH) bagi seorang mak sangat tak mudah. Sebelah tangan sentuh laptop, sebelah tangan alas baby menyusu, sambil kejap-kejap melayan anak sulung.
Walaupun suami rajin tolong-tolong, tetap tak boleh sama dengan gerak kerja seorang mak dekat rumah. Semua dalam satu masa. Anak-anak ni apa-apa tetap cari mak.
Sesekali saya pernah rasa sengaja nak naik opis sebab lebih relax. Naik opis memang malas. Tapi bila lama kat rumah, rasa opis tu la jadi tempat rehat dari kepenatan seorang surirumah. Dia macam hanya perlukan somewhere untuk me time. Sampai opis pun boleh jadi. Tapi bila kerap kat opis, dia akan jadi rindu dengan senyuman, derai tangis anak-anak. Susah nak describe!
Suami penguat semangat isteri
Lepas masak tadi, makan, sambung sentuh laptop dan tak tahu bila saya terlentang. Tahu-tahu dah lewat petang. Rabak betul mata. Sakit-sakit badan.
Saya cakap dengan suami. Isteri yang sepenuh masa surirumah dan urus anak-anak ni jauh lebih hebat dari yang pergi kerja pagi balik petang. Kot nak bagi gaji tu, RM5K pun tak berbaloi tak terbalas kudrat mereka.
Tahu apa yang berbaloi mereka nak? Nak dengar ja ucapan terima kasih, dan rajin tolong-tolong bila di rumah sama-sama. Itu nombor satu. Nombor dua, barulah wang. Fulus….Eh eh.. kena ada juga tu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Setiap ibu mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak. Tapi tiada apa yang sempurna di dunia ini, adakalanya tidak dapat menyediakan seperti yang dirancang, ibu rasa akan kecewa.
Datuk Dr Norhafizah Musa berkongsi kerinduannya semasa anak-anaknya masih kecil. Tidak dinafikan ada rasa bersalah dalam diri tidak dapat memberikan yang terbaik buat anak-anak dulu.
Beliau tidak terus berputus asa. Dalam berusaha, dia juga mendoakan anak-anak. Ustazah Norhafizah turut berkongsi doa yang selalu diamalkan olehnya supaya anak-anaknya diberikan kecemerlangan dan kebaikan.
ustazahnorhafizahmusa Rindu kan zaman anak2 masih kecil dulu…maafkan umi kalau tidak dapat buat yg terbaik dulu…umi selalu doa begini pd Allah bila nak minta Allah beri kecemerlangan dan segala kebaikan pd anak2…
DOA IBU UNTUK KECEMERLANGAN & KEBAIKAN ANAK
“Ya Allah…mungkin anakku itu tidak mendapat ibu yg terbaik…kerna ibunya ini adakalanya lalai dan banyak dosa….tapi anakku adalah hambaMU…
dia ada Allah Yg Maha Baik…Maha Terbaik..Maha Sempurna…maka hamba memohon dgn segala kesempurnaanMU agar kurniakanlah segala yg terbaik pd anak2 ku...