Bawang putih sangat baik untuk diamalkan oleh wanita berpantang selepas bersalin. Bawang putih sangat sesuai dijadikan sebagai kudapan yang boleh dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.
Bawang putih bukan sahaja terkenal sebagai salah satu bahan yang boleh menurunkan kadar kolestrol, ia juga membantu untuk membuang angin dalam badan. Perkongsian dari Tuan Adriana Arissa melalui Facebooknya sangat menarik untuk dicuba.
RESIPI CRUNCHY GARLIC
Bahan-bahan:
1 kilogram bawang putih (rendam air untuk mudahkan kupas kulit)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Kupas bawang putih, hiris nipis-nipis dan gaulkan dengan sedikit garam.
2. Tidak mahu gaul dengan garam pun tidak mengapa. Goreng kosong macam itu sahaja.
3. Goreng sampai garing. Jangan hangit nanti pahit.
4. Toskan minyak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bolehlah makan dengan nasi. Boleh juga dimakan begitu. Memang sedap!
*Mereka yang ada angin pun elok makan bawang putih ini. Tidak semestinya ibu yang sedang berpantang sahaja.
Selain dimakan mentah dan dibuat kerepek, mama boleh cuba bawang putih bakar. Rasanya lebih sedap, manis dan lebih senang dimakan. Apabila mahu dibakar, jangan bakar terlalu lama. Lebih kurang 10 minit sudah mencukupi.
Sumber: Tuan Adriana Arissa
Kredit foto (top image) bawang putih: Pexels