Walaupun dalam situasi PKP masih lagi dilaksanakan dan telah pun memasuki fasa ke-3, boleh nampak kenderaan tetap banyak melalui sekatan jalan raya. Mungkin jika benar-benar ada hal penting atau bekerja tiada masalah cuma yang dirisaukan mereka yang masih belum peka dengan arahan kerajaan.

Disebabkan kenderaan yang banyak dan jalan sesak untuk melalui sekatan jalan raya, salah seorang doktor telah berkongsi pesakitnya terpaksa membuat u-turn semula untuk balik ke rumah dan terpaksa bersalin di rumah setelah air ketuban pecah dan bayi dah nak keluar.

Kereta Banyak Terpaksa U Turn Bersalin Di Rumah. Air Ketuban Dah Pecah, Baby Nak Keluar
Gambar Hiasan

Berikut perkongsian dari Dr Redza Zainol mengenai situasi yang berlaku.

“Puan, macam mana boleh bersalin di rumah?” Mukanya suram. Sikit pun ibu ni tak pandang saya.

Sambil saya periksa bayinya, saya nasihatkan supaya bawa bayi ke klinik kesihatan kalau dah nampak kulitnya mula kuning.

Born Before Arrival (BBA) atau bayi yang lahir sebelum sempat sampai ke dewan bersalin ada risiko untuk mengalami jaundis (kuning kulit) yang cepat dan tinggi.

Kereta Banyak Terpaksa U Turn Bersalin Di Rumah. Air Ketuban Dah Pecah, Baby Nak Keluar

Kereta banyak, air ketuban pecah

Ads

“Kereta banyak sangat pagi tadi doktor. Air ketuban dah pecah dan saya memang nak bersalin sangat dah tadi.

Tapi sebab kereta banyak, suami saya pusing kereta terus ke rumah mak cik saya. Dia mak bidan.”

Pagi tu, saya lihat banyak kereta masuk ke bandar Muar. Pelik betul. Sampaikan saya sendiri tersangkut 20 minit di sekatan jalan raya.

Jujurnya, sepanjang hari tu hati saya memang rasa tak sedap. Tau-tau bandar Muar dah diumumkan sebagai zon merah Covid-19 yang baru.

Kereta Banyak Terpaksa U Turn Bersalin Di Rumah. Air Ketuban Dah Pecah, Baby Nak Keluar
Gambar Hiasan

Dari 39 kes, terus naik ke 44 kes Covid-19! Muar yang tak besar ni pun dah jadi zon merah.

Ads

Dalam hati ni saya berkata sendiri;

“Yang beriya-iya keluar ke bandar Muar ni tak takut ke dengan wabak ni. Aku sendiri pun takut nak ke tempat kerja.”

Terus saya terbayang wajah pasukan polis dan tentera yang bekerja seharian di bawah cahaya matahari terik. Diguna setiap titis tenaga yang ada untuk pastikan bandar Muar ni selamat.

ARTIKEL MENARIK [Menantu Takkan Rasa Dirinya ‘Orang Luar’ Kalau Keluarga Mertua Terima Seadanya]

Tapi, kesungguhan mereka ni dibalas pula dengan sifat sampah orang yang pentingkan diri sendiri.

Ads

Walaupun kes baru Covid-19 turun jadi 2 angka, tak mustahil ia akan naik semula.

Kawan-kawan, kita belum bebas dari wabak Covid-19. Perjalanan masih jauh.

Kalau masih lagi bersikap sambil lewa dan bangga dengan sikap pentingkan diri sendiri, kita sebenarnya tengah menganiaya orang lain terutama pasukan polis, tentera dan staf kesihatan.

Tak mustahil, perintah berkurung akan jadi lebih keras di Muar. Yang kita tak nak, kes kematian Covid-19 di Muar makin bertambah.

KKM sudah berusaha sebaik mungkin. Kalian yang duduk di rumah ialah wira sebenar. Rantaian Covid-19 hanya boleh diputuskan dengan tindakan kita sendiri.

Tolong kongsikan pesanan ini pada ahli keluarga dan sahabat agar mereka terus beringat dan berhati-hati. Sama-sama saya harap kita jangan ambil mudah.

Sumber: Redza Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI