Kering Idea Nak Masak, Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni, Sedap Hingga Menjilat Jari!

Share

Hujung minggu sememangnya hari yang ditunggu oleh anak-anak. Mana tidaknya di waktu cuti beginilah hidangan penuh di atas meja disediakan oleh ibu di dapur. Jadi apa menu istimewa anda untuk anak-anak dan suami hari ini?

Kering idea untuk memasak, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ezani Hana Syafriza ini. Ayam Perap Mayo, memang terangkat. Paling menarik hendak membuatnya cukup mudah. Rugi tak cuba!

Kering idea nak masak? Boleh cuba resepi jilat jari ni.

AYAM PERAP MAYO

Bahan:
Ayam ikut suka berapa banyak
Halia
Bawang Putih
Mayonis
Sos Tiram
Kicap (saya pakai kicap manis)
Honey
Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam

1. Tumbuk halia dan bawang putih.

2. Campurkan semua dan gaul sebati. Adjust lah rasa nak manis ke or lemak. Nak manis berlemak, lebihkan honey & mayonis.

3. Perap lah 5 jam ke atas.

4. Boleh digoreng & di bakar.

Selamat mencuba!

Boleh dijadikan sebagai Nasi Ayam pum sedap.


EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM