Didikan pada anak semuanya bermula daripada ibu bapa. Elok yang kita tunjukkan pada anak, itulah yang akan dijadikan contoh untuk mereka membesar dalam suasana yang positif.
Di laman TikTok seorang ibu menerima pujian warganet kerana mendidik anak menjadi insan yang sangat menghormati orang lain walau apa status sekalipun.
Perkongsian video yang memaparkan dua adik beradik ini yang begitu menghormati abang lori sampah mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata memuji sikap si cilik itu. Memang patut dicontohi dan kita yang dewasa pun perlu menghormati setiap pekerjaan orang lain.
ANAK SUKA ABANG LORI SAMPAH, SANGGUP TUNGGU UCAP TERIMA KASIH
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh ibu bernama Eyja Rahim itu, dia menjelaskan anak lelakinya sangat menyukai lori sampah dan membuatkan mereka sanggup menunggu kepulangan ‘abang’ lori sampah di kawasan pembuangan sampah.
@eyjarahimDia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨♬ original sound – Rachel Grae
Jelas kelihatan dalam video itu, anaknya berlari ke arah abang lori sampah tersebut dan kegembiraan kanak-kanak itu dapat dilihat apabila mereka bergambar bersama.
“Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami,” ujar ibu itu di ruangan kapsyen.
“Hebat didikan mak ayahnya..”
Video tersebut menerima 1,300,000 tontonan dan ramai memberi komen positif dan memuji cara didikan yang tidak membezakn darjat orang lain.
Moga anak-anak kita pun akan mempunyai sikap sebegini dan sentiasa menjadi anak yang menghormati orang lain.
Kredit: TikTok Eyja Rahim
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/