Menggosok pakaian memang meletihkan. Ikut jenis baju, ada cara menggosoknya tersendiri. Uniform sekolah anak, baju kerja suami dan pakaian kita sendiri perlu digosok rapi supaya nampak kemas dan tidak berkedut. Barulah cantik bila dipakai.
Ada cara mudah untuk menggosok baju di rumah. Hanya memerlukan papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas, kerja untuk menggosok pakaian akan menjadi lebih cepat serta menjimatkan elektrik.
Artikel Lain: [DIY Kabinet Dapur Guna Rak Buku. Modal Tak Sampai RM100 Pun, Elok Sangat!]
Afnee Bakar berkongsi tip ini.
Guna Kertas Aluminium, Balutkan Papan Seterika
Pssstttt pssstttt…. X baca rugi tau!!
Uols…hr ni iols cedok ilmu dr kenalan fb yg ajar spaya mpercepatkan proses iron baju!
Kaedah ni guna aluminium foil, sbb aluminium foil ni kan serap haba so kte gosok baju bhgn depan,sekali arung bhgn belakang pun trgosok skali tanpa sengaja uolsss!
Gini kisahnya… Guna aluminium foil,balutkan iron board kte tu… iols pnya ngam2 je sama saiz ngan iron board so iols tampal dgn double sided tape…
Then… iols balutkan kain lain, of course pink! Ni kain sisa2 buat cadar single bed msa duk hostel dulu. Pastu iols stapler kan jer…sbb iols pnya ni x de sarung. So tadaaa dr buruk jd comey sikit. Ye idok?
-Credit to respective owner 🙂
Berikut cara-caranya:
#1 Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
#2 Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium.
#3 Kemudian, ambil kain kapas dan letakkan di atas kertas aluminium tadi. Kemaskan balutan dengan stapler gun.
Inilah hasilnya! Anda tidak perlu gosokkan bahagian belakang kerana ia akan automatik hilang kedut. Kertas aluminium merupakan pemantul haba yang baik, jadi ia mempercepatkan kerja menggosok pakaian.
Artikel Lain: [DIY Bakul Beroda, Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri. Senang, Tarik-Tarik Aje!]
Contoh kain berkedut.
Dah hilang kedut, mudah kan?