Jika sebelum ini kita tak pernah nampak cara isteri bekerja, kesempatan melihat isteri bekerja tanpa henti ketika WFH ini pastinya membuka mata suami.
Kerja isteri makin bertambah bila mana terpaksa menguruskan hal rumah tangga, kelas PdPR anak juga turun memasak di dapur. Tak berhenti!
Tapi jangankan hanya kasihan tapi tidak membantu. Suami berilah isteri masa untuk berehat dan beri dia waktu me time, untuk dirinya sendiri. Tak perlu masak dan uruskan anak. Biar dia berehat! Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Yang kasihannya, anak anak la. Diorang selalu jadi mangsa keadaan. Bila badan dah penat, ibu yang penyayang pun boleh jadi perengus.
Bila badan dah lesu, ibu yang lemah lembut pun boleh jadi keras dan kasar. Kualiti emosi isteri kita, sangat bergantung pada kualiti rehat dia.
Ads
Sebagai soulmate, kita memang kena bantu isteri kita buat self-care setiap hari. Paling penting tidur & me-time!
Tidur paling kurang 6-7 jam sehari, tidur kena cukup dan berkualiti. Baru tubuh tak lesu.
Me-time pula penting, buat untuk dia resfresh balik emosi dan jiwanya. Tak ada la rasa tertekan.
Ads
Serius, kita kena jaga self-care isteri sebab apa? Sebab kualiti hidup kita ni sangat bergantung pada kualiti emosi dan jiwa isteri kita. Isteri ni kan “kunci kebahagiaan” rumah kita.
Bila isteri kita lesu dan murung, automatik dia akan jadi moody semoody moodynya. Kunci kebahagiaan rumahtangga adalah jangan bagi isteri moody!
Kalau isteri kita moody, dengan kita kita pun jadi moody. Serba tak kena jadinya. Satu rumah jadi bergelora. Allahu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka.
Jatuh boleh berlaku dimana-mana sahaja:
Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
-Perabot
-Tangga
-Beranda
-‘Baby walker’
-Di kawasan luar rumah. Contohnya :
-Di padang permainan.
-Semasa menggunakan alat-alat permainan.
Kecederaan akibat jatuh
Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti berikut:
-Tisu lembut – calar, terseliuh, luka dan melecek.
-Patah – bengkak, sakit dan cacat anggota.
-Kepala – bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
-Kecederaan organ dalaman.
Kesan serius akibat jatuh
-Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut.
-Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.
Rawatan
Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.
Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit (sirap paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan anggota yang tercedera.
Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera. Balut dengan kain bersih.
Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan lengan.
Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.
Pencegahan
Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :
Tangga
-Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
-Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
-Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
Proses bersalin yang menunjukkan kemajuan yang lemah atau poor progress labour boleh menimbulkan beberapa komplikasi kepada ibu dan bayi. Ikuti perkongsian pakar O&G ini.
“Kelahiran bermaksud proses fisiologi di mana bayi dan uri dikeluarkan dari rahim. Bagi kelahiran yang normal, proses berlangsung selama 12 jam bagi keseluruhannya.
“Bagi kelahiran yang memakan masa 18 hingga 20 jam, ia dikatakan sebagai poor progress labour,” kata Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik dan GenikologI.
DEGUPAN JANTUNG & PERGERAKAN JANIN SERTA KONTRAKSI DIREKODKAN
Proses kelahiran adalah proses yang dinamik. Tempoh masa bagi setiap kelahiran adalah berbeza. Menurut Dr Siti Esah, proses kelahiran dan segala bacaan akan direkodkan dalam carta partograf yang akan dipantau oleh doktor dan jururawat yang bertugas.
Catatan partograf ini dapat membantu doktor untuk membuat keputusan sama ada proses bersalin ini normal atau tidak dan apa tindakan selanjutnya.
Antara pemeriksaan penting yang dilakukan semasa proses bersalin ialah cardiotocography (CTG). Informasi yang didapati dari pemeriksaan ini ialah;
1. Degupan jantung janin
2. Pergerakan janin
3. Kontraksi rahim ibu
CARA KEMAJUAN SEBUAH KELAHIRAN DIUKUR
Perkara yang dipantau dalam Partograf termasuklah keadaan ibu, keadaan bayi, perkembangan pembukaan rahim (cervix), penurunan kepala bayi (descend) kontraksi.
Bacaan-bacaan yang direkodkan didalam partograf ini akan dipantau bagi memastikan kemajuan (progress) kelahiran berjalan tanpa sebarang komplikasi.
Bacaan degupan jantung janin (dari CTG) perlulah menunjukkan variability (rawak di mana ada turun naik) dan ciri ciri normal.
JIKA KONTRAKSI TIDAK KUAT & SERVIKS BELUM LEMBUT
Sekiranya tahap kontraksi ibu tidak kuat dan serviks masih belum lembut dan terbuka, ada ubat-ubatan seperti prostin akan diberikan kepada ibu untuk menggalakkan bukaan cervix.
SEKIRANYA SERVIKS LEMBUT TETAPI KONTRAKSI TIDAK KUAT
Sekiranya pangkal rahim (cervix) sudah cukup luas tetapi kontraksi tidak kuat , selaput akan dipecahkan dan pitocin akan digunakan untuk menguatkan kontraksi.
“Doktor akan menilai keadaan dan situasi, sekiranya ibu dalam keadaan yang baik dan bayi tidak menunjukkan tanda-tanda lemas maka proses kelahiran dibiarkan berlaku secara semula jadi dalam jangka masa tertentu.
“Namun jika graf pada partograf menunjukkan pola mendatar ia itu tidak ada perkembangan atau keadaan bayi tidak sihat pembedahan caesarean perlu dilakukan segera,” kata Dr Siti.
3 FAKTOR PENYEBAB POOR PROGRESS LABOUR
Antara faktor yang mencetuskan proses kelahiran yang lambat ialah;
#1. Pecah ketuban awal. Sepatutnya ketuban perlu pecah apabila serviks sudah lembut dan bersedia. Ini akan menyebabkan proses kelahiran menjadi perlahan.
#2. Cephalopelvic disproportion (CPD) iaitu kepala bayi tidak berpadanan dengan saiz pelvis ibu.
#3. Kontraksi ibu yang tidak normal seperti cukup kuat menyebabkan kepala bayi tidak turun ke bahagian pelvis. Ia juga boleh disebabkan oleh kandungan kembar dan polihidramnios iaitu air ketuban banyak.
9 KESAN POOR PROGRESS LABOUR
Bagi ibu yang menghadapi poor progress of labour perlu memahami risiko yang mungkin boleh berlaku pada diri dan bayi.
IBU
Ibu boleh mengalami tekanan (stress)kerana mengalami kontraksi dan labour yang lama.
Berisiko untuk mendapat jangkitan terutamanya bila ketuban pecah awal.
Kecederaan kepada rahim ibu seperti rahim pecah. Kebanyakannya berlaku kepada ibu yang mempunyai ramai anak.
Tumpah darah.
ANAK
Fetal distress atau lemas.
Sindrom aspirasi mekonium di mana bayi boleh tersedut najis sehingga ke paru-paru.
Kecacatan pada otak bayi akibat kekurangan oksigen semasa kelahiran seperti terencat otak atau cerebral palsy.
Kematian.
Jangkitan kuman kepada bayi.
ADAKAH CAESAREAN SATU-SATUNYA CARA UNTUK PROSES BERSALIN?
Tindakan oleh pihak doktor sekiranya poor progress labour terjadi ialah menilai situasi tersebut terlebih dahulu dan tidak terus memberikan opsyen pembedahan caesarean kepada ibu. Pemberian ubat-ubatan akan diberikan bagi ibu yang mana kontraksi tidak kuat .
Perlu diketahui bahawa alat bantu kelahiran seperti forsep dan vakum tidak boleh digunakan sekiranya bukaan serviks tidak mencapai 10sm (kecuali dalam keadaan ibu yang pernah melahirkan ramai anak)
Namun sekiranya percubaan menggunakan ubat-ubatan gagal, maka pembedahan caesarean akan dilakukan sebelum sebarang komplikasi dan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Bagi mama yang bakal melahirkan bayi, dapatkan barangan keperluan bayi di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bingkisan buat semua ibu-ibu yang sedang berjuang dan berusaha menyempurnakan penyusuan anakmu, hari ini kalian rasa kalian penat, sangat penat. Hari ini kalian rasa sakit, sangat sakit. Hari ini kalian rasa lenguh, sangat lenguh. Hari ini kalian rasa mengantuk, sangat mengantuk, semua demi menyempurnakan penyusuan anakmu.
Hari ini dunia mengecam kita, orang keliling pandang rendah pada usaha kita, orang perkecilkan kesungguhan kita, orang perlekeh usaha kita berjuang menyempurnakan hak anak, orang label kita dgn macam2 kata hanya kerana kita mahu ajak ibu lain berusaha menyusukan anak mereka.
Tapi ketahuilah ibu2 menyusu semua, jihad kalian bukan setakat mengenyangkan perut anaknda, bukan setakat mengikut perintah Allah dlm Al Quran, bukan setakat menghidupkan sunnah, bukan setakat menyempurnakan tugas sebagai seorang ibu buat anak tp hakikatnya asbab dari usaha kalian kita yang hidup penuh dosa dan noda masih terpelihara dari di timba bala..dek kerana masih ada anak2 kecil yang masih menyusu dengan kita.
Rasulullah ﷺ bersabda “Kalau bukan kerana orang tua yang beribadat dan bukan kerana anak kecil yang menyusukan susu ibunya dan juga bukan kerana orang miskin nescaya Allah سبحانه وتعالى akan menurunkan bencana kepada kita.”
“Selama mana ada 3 perkara ini, Ummatku tidak akan dihancurkan oleh Allah سبحانه وتعالى sebagaimana Dia menghancurkan Ummat yang terdahulu
1)Selagi ada hamba-hamba-Ku yang bangun tahajjud beribadat di tengah malam.
2)Selama masih ada anak kecil yang menyusukan susu ibunya.
3)Selagi ada binatang yang memakan rumput.
Ibu, bangkitlah berjuanglah untuk anakmu..selagi daya berusahalah menyempurnakannya..moga kesungguhan anda menyempurnakan penyusuan anak tercinta menjadi bekalan di Sana dan menjadi tiket kita layak diterima masuk ke Syurga!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.