Bila habis sahaja tempoh berpantang, satu hal yang menjadi kerisauan ibu-ibu pastinya untuk menyediakan stok bekalan susu sebelum kembali bekerja. Risau anak tidak cukup susu ketika bekerja nanti.
Perkongsian Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad, pakar ENT yang juga merupakan social influencer di instagram ini turut berkongsi tipnya bagi memastikan puteri sulungnya Nik Alesha atau Baby Ally cukup susunya.
Perkongsiannya di instagramnya nyata mendapat respon positif daripada pengikutnya.
Kerja Keras Untuk Dapatkan Stok Susu Ally
Jika anda seorang ibu yang bekerja seperti saya, tamat tempoh berpantang dan terpaksa kembali untuk menggalas tugas yang ditinggalkan. Memang menakutkan.
Ads
Saya rindukan anak saya setiap saat. Ada yang bertanya saya bagaimana saya bekerja keras demi menyediakan stok susu buat Baby Ally (saya post di IG story) sebelum kembali bekerja. Malah ada yang bertanya saya apa strategi saya untuk terus menyusukan Baby Ally secara eksklusif sebelum kembali bekerja.
Saya bukanlah pakar dalam hal ni tapi saya kongsikan cara dan membuahkan hasilnya buat saya.
Ads
1. Stock up! Mulakan mengepam dan sentiasa tambahkan bekalan susu anda. Hungry baby is grumpy baby. Beli freezer.
2. Pump: Semasa saya cuti bersalin, saya pam setiap 3-4 jam sambil beri secara direct pada Ally. Sekarang saya cuba untuk tidak melebihi 5 jam di tempat kerja. Jika tak berjaya, saya bekerja keras untuk waktu yang terlepas. Melaburlah untuk pam susu yang terbaik.
Ads
3. Bagi hari Isnin hingga Khamis, susu yang saya pam saya gunakan untuk keesokan harinya. Manakala untuk hari Jumaat pula, susu masukkan ke dalam penyejuk beku. Ahad malam biasanya saya akan keluarkan susu yang terdahulu dan cairkan semalaman untuk kegunaan hari Isnin. Hujung minggu saya direct BF.
4. Malah saya juga gunakan label pada botol susu untuk pastikan saya ambil susu yang betul. Label ni lebih bersih dan botol pun tak ada cebisan kertas dan gam. Malah boleh tulis semula, boleh dibasuh & boleh diguna semula untuk kegunaan harian.
Shout out to all working moms and BF moms… we got this and we can do this ?❤️
Kredit: @drtengkuezulia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran anak sememangnya cukup membahagiakan semua ibu bapa. Pun begitu ketika detik kelahirannya ada diantara kita yang terlupa melakukan perkara yang cukup penting bagi menyambut kelahiran mereka iaitu mengazankan dan juga melakukan tahnik.
Baru sahaja menimang putera keempatnya Khamis lalu, Ustaz Don turut mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cara tahnik dan juga cara mengazankan bayi sebaik dilahirkan.
Perkongsian Ustaz Don Daniyal itu melalui beberapa hantaran di Instagramnya mendapat perhatian seluruh pengikutnya. Kata Ustaz Don lagi, tak mengapa jika tidak pandai mengalunkan azan yang indah dan bertahnik untuk anak, asalkan mencubanya. Ini yang dikongsikan oleh beliau sebagai panduan untuk semua.
“Hari ni hari ke 4 kelahiran. Bila dapat anak, nak azan teruih ka?
Anak lelaki Azan anak perempuan iqamah ka?? Atau macam mana? Telinga kanan dan kiri kiKira serentak kah??
Kalau azan saja boleh ka? Antara persoalan yang timbul. Jangan takut.
1. Tak salah tanya soalan yang bersesuaian. Dan tak salah kalau gelabah masa dapat anak. Standard la kawan-kawan. Benda melibatkan hidup mati. Sapa yang relaks, rezeki dia. Sapa gelabah, rezeki dia jugak. Tak semestinya gelabah, tak bersedia.. kan?? Ok jangan gaduh na.
2. Kalau sekarang baru nak tau and anak dah dewasa, sebahagian ulama MENASIHATKAN (menunjukkan bukan wajib, tetapi lebih baik dan lebih harmoni untuk masa depan) agar kita mohon maaf kepada anak atas kekhilafan kita. Its ok. Islam zaman Ibu Bapak saya bukan macam sekarang. Ilmu Islam di mana-mana. Dulu susah. Apatah lagi nak amal. Dakwah susah dulu. Its ok. Benda tak payah buat ghaflah.
Jadi, boleh dak ‘cheq’ nak share tang sini contoh.(Bukan yang terbaik. Sebagai panduan ringkas saja) Masa kelahiran anak saya ke 4. Boleh na.
Hadisnya ialah “Abu Rafi’ berkata; “Aku melihat Nabi Muhammad ﷺ melaungkan azan pada telinga kanan Hasan Bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah Bt Rasulillah ﷺ”. HR Imam At-Tirmizi.
Jadi apa hukum azan pada telinga anak masa lahir?? HUKUM NYA SUNAT. Tak berdosa. Tak dak masalah kalau terlepas dah. Tak payah gaduh kalau tak pandai atau baru nak tau. Sebab SUNNAH Nabi Muhammad ﷺ untuk mengeratkan hubungan. Bukan memutuskan silaturahim atau timbul pergaduhan. Ok. Chill-Chill saja.
Sapa buat, untung. Sunnah-sunnah masa nak azan tu pulak apa?
1. Ada wudhu. Tak dak takpa. Sebab contoh bagi yang sambut anak sendiri, boleh jadi terpegang isteri, dah batai wudhu. Atau nak amik anak dari nurse kan, boleh jadi tersentuh tangan, batai wudhu. Kalau baru nak p amik, baby kena settle cepat sebab nanti dia sejuk. Keep baby warm. Jadi, sapa ada wudhu, lagi cantik. Takdak kalu, no hal. Relaks. Confiden kena ada.
2. Mengadap kiblat Sekarang semua hospital dah terer. Tanya ja kiblat mana. إنْ شَآء الله staff akan tunjuk. Lagi satu, bab ni, yakin ja dengan staff yang duduk situ. Tak payah lah time tu kita nak jadi ahli falak pulak. Sangka baik dengan saudara Islam. Done. Benda simple.
3. Azan telinga kanan
4. Iqamah telinga kiri. Ini boleh tengok macam mana dalam video ni na.
Ok. Terima kasih semua sudi amik manfaat. Saya hanya berdoa agar Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran untuk anak-anak saya dan keluarga kami. Semoga Allah merahmati semua,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran terdahulunya, Ustaz kesayangan ramai ini juga turut berkongsi beberapa video cara beliau melakukan tahnik kepada anak keempatnya itu.
Malah Ustaz Don juga turut berkongsi cara bagaimana untuk belajar melakukan tahnik kepada anak sendiri. Ini yang turut dikongikan oleh beliau.
How To Tahnik Anak Sendiri Step 1 Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dapat macam dalam botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)
Step 2 Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nanti nak doa, mudah Allah kabul)
Step 3 Mula dengan Al-Fatihah
Step 4 Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)
Step 5 -Selawat Syifa -Selawat Kamilah (nanti dengaq dalam video na)
Step 7 Amik Kurma. Kunyah-kunyah sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nanti tengok video macam mana nak masukkan dalam mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
Step 8 Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran
Step 9 Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yang saya baca. Itu dari Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
Step 10 Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh – ikhlas – tawadhuq – berharap Allah dengaq n perkenankan – sungguh-sungguh.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Semoga Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran kita & kebajikan kita petang Jumaat ini,” kongsinya lagi.
Satu perkongsian yang cukup padu untuk panduan kita bersama. Malah penambahan beberapa video dan cara bertahnik secara terperinci turut dikongsikan Ustaz Don agar semua suami lebih berasa yakin untuk cuba kepada anak sendiri kelak.
Terdahulu, Ustaz Don yang menyambut kelahiran putera keempatnya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT dengan anugerah terindah itu. Lebih membuatkan bapa penyayang ini teruja bila mana tarikh kelahirannya anaknya itu jatuh pada hari lahir anak ketiganya.
Tahniah buat Ustaz Don dan isteri. Satu kegembiraan yang pastinya membahagiakan seluruh ahli keluarga.
Ustaz Don mendirikan rumah tangga bersama Dr Husna Zahary pada tahun 2012. Dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman. Kini Dr Husna juga sarat mengandung anak keempat mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ddaniyaldbiyajid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memudaratkan anak.
Menurut Dr. Izzar, anak-anak kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum.
“Takut kalau disuruh juga anak-anak kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.
“Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganlah ‘expect’ untuk anak berpuasa seharian.
“Untuk anak-anak kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yela, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak-anak suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke. Ok la
Kalau nak melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu ingat:
✅ Sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.
❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi/ MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak
❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.
❌JANGAN PAKSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang
❌ Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan
“Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang. Tak kisahla masa bulan Ramadan atau tak. Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan. #drizzarshares.”
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menyambut hari lahir yang ke-57 mengharapkan hadiah dari rakyat untuk terus kekal di rumah dan terus doakan Malaysia kembali pulih.
Wajahnya yang setiap hari keluar di kaca televisyen untuk berkongsi perkembangan Covid-19 di Malaysia telah dianggap sebagai hero rakyat Malaysia.
Sempena ulang tahun kelahiran beliau 21 April (hari ini), Dr Noor Hisham telah menyampaikan harapannya menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh Bernama malam tadi.
Hai penonton setia Bernama TV…Sempena ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa, 21 April, beliau ada permintaan untuk anda semua…#dudukrumah#stayathome#COVID19
Minta rakyat duduk rumah jadi hadiah hari lahir tahun ini
Dalam ucapannya itu, beliau menyatakan bahawa hadiah paling bernilai untuknya tahun ini adalah dengan meminta rakyat Malaysia terus duduk di rumah bagi sama-sama memerangi Covid-19 dari terus menular.
Beliau mengucapkan kata-kata tersebut dalam keadaan tersenyum dilihat agak ceria dan penuh harapan agar rakyat Malaysia dapat merealisasikan hadiah istimewa itu untuknya.
Walaupun ucapan itu ringkas, ia dah cukup memadai kerana harapannya itu sangat bermakna untuk memastikan semua barisan hadapan negara juga dapat kembali mendapat kehidupan normal bersama keluarga.
Selamat hari lahir, semoga sentiasa dilindungi Allah
Sebagai menghargai pengorbanan Dr Noor Hisham rata-rata pengguna Facebook telah mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ buat KP Kesihatan dan mendoakan agar beliau terus bersemangat untuk menjadi orang paling hadapan dalam menangani Covid-19 ini.
Moga perjuangan Dr Noor Hisham bersama pasukannya terus dipermudahkan dan Malaysia dapat bebas dari virus ini secepat mungkin. Apa yang beliau mahukan kerjasama rakyat dapat dilakukan secara berterusan sehingga seluruh negara betul-betul diisytiharkan bebas.