Memang kagum dengan semangat seseorang yang masih rajin bekerja biarpun sudah berusia. Semangat untuk mencari rezeki sambil melakukan sesuatu yang diminati harus dijadikan contoh terutamanya buat ayah-ayah muda yang masih kuat dan mempunyai tenaga untuk bekerja.
Menurut Amanah Ngah Saidin atau Abang Man, dia lebih suka melakukan aktiviti yang berfaedah dari duduk sahaja di rumah tanpa berbuat apa-apa. Pada usia 61 tahun, semangat Abang Man untuk menikmati hidup dan mencari rezeki tidak pernah pudar. Selepas bersara sebagai pengurus gudang, dia mengambil langkah berani untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan produktif.
Mari kita selami dunia Abang Man selepas pencen, hobinya yang memukau, dan cara dia menjana pendapatan tambahan melalui platform penghantaran on-demand.
Suka Melancong, Jelajah Satu Malaysia!
Di sebuah gerai berdekatan Aeon Subang Jaya, sempat kami bersembang dengannya sambil menikmati makan tengah hari bersama. Abang Man menganggap hobinya yang paling berharga adalah menjelajahi seluruh Malaysia dengan motosikal bersama rakan-rakan.
Dengan motosikal Honda yang dibeli selepas bersara, hujung minggu Abang Man dipenuhi dengan perjalanan ke pelbagai negeri.
“Saya memang suka melancong dengan rakan-rakan. Memang seronok!” kata Abang Man. Salah satu pengalaman terbaiknya adalah mencuba pelbagai makanan tempatan, dari lemang di Pahang hingga asam pedas di Muar. “Pernah saya ajak kawan-kawan ke Pulau Pinang hanya untuk nasi kandar, dan pada petang yang sama kami balik ke Kuala Lumpur,” ceritanya dengan penuh nostalgia.
Ads
Nasihat Berharga Untuk ‘Biker’ Baru
Bagi Abang Man, menunggang motosikal lebih daripada sekadar perjalanan. Ia adalah tentang membina hubungan dan persahabatan. Setiap kali merancang perjalanan, beliau bersama beberapa orang rakan penunggang motosikal yang lain, dan turut menyertai beberapa kumpulan bikers di Malaysia.
“Untuk anak-anak muda yang ingin menjadi biker, saya nasihatkan agar gunakan peluang ini untuk merapatkan silaturahim. Jika ada masalah, kawan-kawan akan tolong,” katanya. Pengalaman berharga Abang Man ketika motornya rosak dan seorang rider yang tidak dikenali datang membantu, menggambarkan betapa kuatnya ikatan dalam komuniti ini.
Pendapatan Bersama Lalamove Lebih Tinggi Gaji Dahulu
Sebagai pesara, Abang Man berusaha untuk mencari peluang bagi menyokong keluarganya. Pada tahun 2023, dia membeli sebuah van dan menjadi rakan pemandu Lalamove secara separuh masa. Keputusan ini memberikan Abang Man fleksibiliti untuk terus menikmati hobi melancong.
Ads
“Pendapatan dari Lalamove memang lebih tinggi daripada gaji lama saya, walaupun saya tidak hantar pesanansetiap hari,” jelasnya.
Pengalaman terindah, Abang Man adalah ketika dia menerima tips RM40 untuk penghantaran tayar bernilai RM60 ke Bukit Damansara. “Kepuasan dari kerja ini sukar digambarkan,” tambahnya.
Kehidupan yang Dikehendaki
Ads
Kini, Abang Man menjalani kehidupan yang diimpikan; bebas, penuh dengan pengalaman baru dan masih mampu menjana pendapatan. Kisahnya adalah bukti bahawa persaraan bukanlah titik noktah kehidupan, tetapi permulaan untuk mengejar minat dan menikmati waktu yang ada dengan lebih produktif dan menyeronokkan.
Jika anda terinspirasi dengan gaya hidup fleksibel seperti Abang Man, platform seperti Lalamove mungkin menjadi pilihan menarik untuk diterokai. Jangan ragu untuk memulakan perjalanan anda sendiri!
Sempena kelahiran pertama anak keduanya, Influencer, Adira Salahudi memuat naik satu video throwback kelahiran puteri kesayangannya itu menerusi Instagram.
Momen penuh indah itu turut ditemani suaminya, Ammar Azizan yang sentiasa kuat memberikan sokongan kepada Adira sepanjang detik kelahiran itu.
Perkongsian video kelahiran itu turut menarik perhatian wargamaya. Malah infleuncer cantik manis ini dipuji kerana begitu tenang dan bersahaja ketika berdepan detik mencemaskan itu.
Tanpa suara atau jeritan kecil ketika menolak bayinya keluar, Adira dipuji begitu tenang. Tambah bersemangat saat disokong kuat suaminya yang sentiasa dekat di sisi.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama juga, Adira turut berkongsi momen ketika mengandungkan Alva Velisa Dimar yang amat berbeza ketika kehamilan anak pertamanya.
Dek kerana terlalu aktif, pada usia kandungannya ke 34 minggu, si comel Alva hampir dilahirkan ke dunia bila mana bukaan serviks ketika itu sudah pun 3cm.
“Selamat Hari Lahir puteri mama papa @alvadimar. Membesar dengan baik ya sayang, jadi anak yang baik, solehah, menyenangkan & disayangi ramai.
“Baby mamadira tengah tak sihat, nak bawa celebrate birthday dia tapi terpaksa postpone dulu, bagi keadaan & kesihatan baby okay nanti mama papa bawa jalan jalan ok sayang.
“Masa mama pregnant Alva, mama active sangat, alahan & muntah memang kurang, mama active busy dengan kerja sangat sampai awak nak keluar awal sayang, 34 weeks bukaan mama dah 3cm,” tulisnya berkongsi.
Cukup-cukup 38 minggu
Berkat doa dan pujukan, si comel Alva akhirnya dilahirkan pada minggu ke 38 kandungan.
“Mama takut & tak ready. Menangis nangis takut jadi apa apa dekat awak sayang. Mama doa banyak banyak minta Allah hold dulu, jangan bagi mama beranak lagi.
“Hari hari mama usap perut mama pujuk Alva tunggu sampai Alva matang. Cukup 38 weeks. Alhamdulillah, Alva hadir dalam hidup mama, papa & abang Arsel.
“Awalnya mama ingat abang akan jealous dengan Alva. Tapi abang Arsel sayang sangat dekat awak. 24/7 sebut nama awak. Terima kasih hadir dalam hidup mama. I loveyou so much baby,” tulisnya berkongsi.
Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, atas sokongan ramai yang membantu perniagaan candy anak kepada selebriti Achey, Tiara Zinniriah, bapa penyayang itu menyumbangkan sebuah van jenazah untuk kegunaan semua.
Melalui Instagram, Achey memuat naik video ketika berkongsi hadiah itu yang merupakan hasil daripada sumbangan perniagaan Tiara.
Melalui perkongsian Achey, kereta jenis mpv yang dijadikan van jenazah itu adalah atas sumbangan semua orang yang membantu perniagaan anaknya di Tik Tok sehingga tular baru-baru ini.
“Seperti yang dijanjikan, belakang ini adalah achievement seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinniriah Nasir.
“Alhamdulilah inilah adalah pencapaian atas sokongan anda semua yang sokong perniagaan candy Tiara untuk kita semua merasa.
“Sebuah mpv untuk kita semua,” kata Achey berkongsi.
Menerusi videonya kongsi Achey lagi, van jenazah itu tidaklah begitu memuaskan hati namun ia diberikan secara percuma sambil berharap dapat memudahkan urusan pada yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, bahkan Achey sekeluarga juga turut menyediakan set kain kafan percuma buat keluarga waris yang kurang berkemampuan. Saham akhirat yang tinggi nilainya buat keluarga ini.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan penyokong setia anak kecil itu turut mendoakan agar rezeki Tiara dan Achey sekeluarga merimpah luah.
Terdahulu, Achey melunaskan hasrat anaknya, Tiara untuk berniaga gula-gula di atas talian. Namun tanpa disangka-sangka perniagaan itu mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai.
Isteri kepada pelawak, Fad Bocey iaitu Syaheera kini sedang hamil anak kelima mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Syaheera sendiri di laman Instagramnya.
Dia tidak sangka akan diberikan lagi rezeki zuriat serta menitipkan doa buat wanita yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.
“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya.
Kerjasama strategik antara RichWorks dan Astro bukan sekadar kolaborasi biasa lantaran bakal membuka lebih banyak peluang, akses kepada ilmu, inspirasi, dan bimbingan yang selama ini mungkin sukar dicapai.