Selain kenaikan kes Covid-19, kes serangan virus influenza juga dilihat semakin meningkat di negara kita. Sekolah menjadi tempat utama penyebaran pelbagai virus di kalangan anak-anak kita.
Atas dasar itulah, imun anak-anak semakin perlu ditingkatkan untuk menepis semua virus ini. Apa mak ayah nak buat?
Perkongsian dan tip tingkatkan imun dari Dr Mazliana Mazlan ini mak ayah perlu ikuti sebagai pencegahan awal. Usahakan untuk kekal sihat dan cergas.
Influenza. Siapa yang dah pernah kena je tahu betapa perit nak lalui kan, terutama kalau datang sekali dengan sakit sendi satu badan. Sekarang musimnya. Hati-hati ya korang, terutama anak kecil, yang ada asthma, ibu mengandung. Lima saranan untuk anak-anak.
1. Bila anak balik sekolah atau taska, bersihkan diri anak dulu. Mandi dan tukar baju baru.
Sentiasa ajar anak untuk jaga kebersihan diri. Sebelum makan kena basuh tangan. Buat rendaman magnesium setiap petang, atau 3 kali seminggu. Bukan je kuatkan imun anak, tapi juga bantu mudahkan tidur malam anak.
2. Kuatkan imun anak, dengan makanan berkhasiat dan berkualiti. Sup tulang, singgang, bone broth, kerapkan dalam seminggu.
Elakkan dan kurangkan makanan tinggi proses yang boleh tambahkan keradangan dalam tubuh anak. Roti, biskut, susu, makanan favourite anak ni, sebenarnya kurang sesuai ambil tiap hari.
Ads
Ambil makanan tambahan yang boleh beri kesan penyembuhan, contoh minyak kelapa, minyak zaitun, madu, habbatussauda’. 80% imun dari usus anak. Jaga usus, baiki usus, anak akan makin kuat imunnya.
3. Kerapkan bawa anak bermain di tanah, di bawah cahaya matahari. Bermain di luar, bukan je buat hormon happy anak meningkat, tapi imun anak pun makin kuat.
Kurangkan screen. Lebih banyak kesan buruk dari kesan baik untuk kesihatan tubuh, otak dan jiwa anak. Radiasi dan blue light beri kesan pada tubuh, ketagih dan sensori beri kesan pda otak, dan paling penting apa anak tengok dan dengar dari screen, membentuk jiwa dan hati mereka.
4. Bila anak tak sihat, demam, batuk, selsema, elakkan ke sekolah.
Antara simptom influenza; demam, sakit tekak, batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan, letih, lemah. Bila demam panas dan suhu terlalu tinggi, atau demam berpanjangan, bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan.
Ads
Batuk sampai berlekuk dada dan sesak nafas pun, jangan lengah ke klinik atau hospital. Magnesium mungkin membantu waktu ni, bukan sebagai ubat, tapi untuk bantu penyembuhan dan kurangkan komplikasi.
Baiki usus dan dalaman juga, dengan minyak kelapa, minyak zaitun, madu dan habbatussauda’, cari yang berkualiti untuk kesan yang optimum.
5. Bila diuji dengan influenza, doa Allah bantu kita redha dengan ujian yang diberi. Nabi kata, sedekah juga boleh jadi ubat. Banyakkan sedekah, niatkan untuk penyembuhan anak kita.
Sakit dan sihat itu dari Dia, bukan sebab kita jaga makan minum, amalkan gaya hidup sihat ataupun tidak. Tapi usaha jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat, ini adalah dituntut dalam Islam.
Ads
Kuatkan imun anak, ini kuncinya. InsyaAllah risiko berjangkit makin kurang, penyembuhan dan kesan sampingan juga cepat beransur reda.
Setelah Seminggu anak kepada pelakon, Elfira Loy, Muhammad Rayyan Khalaf dimasukkan ke hospital kerana masalah paru-paru atau pneumonia, 3 hari yang lalu Rayyan dibenarkan pulang.
Menerusi satu posting yang dikongsi, Elfira Loy berjanji untuk tidak akan bersikap sambil lewa perihal kesihatan anak lelakinya itu.
Menurut pelakon berusia 28 tahun itu juga dia akan sentiasa menyediakan persekitaran yang bersih dan terbaik buat Rayyan supaya terhindar daripada sebarang penyakit merbahaya selepas ini.
Tambah pelakon dan pengacara itu lagi, dia juga menasihati para ibu bapa lain untuk tidak membiarkan anak-anak mendekati golongan yang merokok khususnya.
The first time i held your hand like this , lebih kurang dua tahun yang lepas Rayyan. I hope that’s the first & this is the last.
I never want to take your health for granted. I promise , i will provide the best environment for you my Rayyan boi after this. ( no more near the smokers/ crowded public area ) Take note parents , jangan ingat its okay to let your child near smokers or vapers or after they’re done smoking.
Luckily he recovered from pneumonia pretty fast. kebanyakan kids kat situ seminggu kena duduk hospital & ada post effect.
Alhamdulillah, rayyan dah discharged. Terima Kasih atas doa yang baik baik keatas Anak saya Muhamad Rayyan Khalaf. Saya doakan jugak untuk semua anak-anak kita akan terus sihat , terhindar dari segala penyakit & virus covid ini.
Elfira yang kini sedang berbadan dua mengucapkan rasa syukur apabila anaknya Rayyan kembali sembuh. Elfira dalam posting yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Rayyan sebelum ini disamping turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak di luar sana.
Terdahulu Elfira dan suami, Faris Khairol Anwar mendirikan rumah tangga pada Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia tiga tahun. Elfira juga sedang hamil dan menantikan kelahiran anak keduanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) merupakan penyakit kanak – kanak bawah 10 tahun di mana terjadinya lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Pembentukkan ulser kecil di tekak dan tonsil, manakala di tangan, kaki, dan kawasan diaper dijangkiti ruam dengan ciri – ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya, penyakit ini sederhana dan ruam boleh sembuh kira – 5 – 7 hari.
Ibu bapa hendaklah sentiasa berwaspada dengan penyakit HFMD ini. Selalu jaga kebersihan diri dan anak demi mencegah berjangkit dengan penyakit ini. Perhatikan tanda – tanda seperti demam dan ruam yang terjadi di tangan, kaki anak. Jika ada, berkemungkinan anak telah dijangkiti HFMD.
Sumber foto: Facebook Dr Ahmad Samhan
Menurut Dr Ahmad Samhan, penyakit HFMD ini berlaku disebabkan oleh dua virus utama iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus – 71 (EV71). Penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak – kanak kurang dari 10 tahun dan 90% kes berlaku pada kanak – kanak lingkungan usia kurang dari lima tahun.
“Tanda – tanda dijangkiti seperti ulser di tekak dan mulut, ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin, demam dan hilang selera makan. Virus ini merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis dari mereka yang berpenyakit.
“Penyakit ini didiagnosa melalui kewujudan gejala dan tanda klinikal. Ujian makmal perlu dilakukan. Tiada rawatan khusus. Rawatan antibiotik tidak berkesan. Ubat demam (paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam. Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim untuk mengurangkan kesakitan ulcer mulut. Losen anti – gatal (calamine) membantu melegakan ruam. Pastikan minum air yang cukup.” Kata Dr Ahmad Samhan melalui perkongsian di akaun Facebooknya.
Tambah beliau, tiada vaksin untuk penyakit ini. Selalunya akan sembuh dengan sendiri. Ada segelintir boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. Ibu bapa layak untuk mendapat cuti kuarantin. Doctor akan keluarkan surat pengesahan penyakit dan surat sokongan kuarantin kepada majikan.
“Cara pencegahan adalah kerap cuci tangan anak, elakkan dari menghantar anak ke taska yang disyaki HFMD, kerap cuci alat permainan anak dengan antiseptic dan memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.
“Kajian menunjukkan virus EV71 di atas permukaan plastic yang terdedah kepada persekitaran masih berupaya menyebabkan penyakit dalam masa 3 hari. Survey menunjukkan kerusi bayi di restoran antara punca HFMD kerana dikotori air liur bayi sebelumnya.” Kata Dr Ahmad Samhan menerusi perkongsian di akaun Facebooknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya selepas beberapa hari berada di wad untuk melahirkan bayi keenamnya, Yatt Hamzah selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada Sabtu lalu.
Berkongsi cerita mengenai kelahiran anak keenamnya, Yatt terpaksa dikejar ke hospital dan di induce bagi memudahkan kelahirannya gara-gara air ketubannya yang semakin berkurang.
Hampir tiga hari berada di wad, akhirnya pada Sabtu lalu, Yatt selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya. Menariknya kata Yatt, dia hampir-hampir terpaksa di bedah namun doanya tak pernah putus pada Allah dan dia bersyukur dapat bersalin secara normal.
“Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke OT untuk dibedah (caesarean), dengan kuasa YG MAHA BESAR, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad. Pengalaman yang luar biasa, hebatnya kuasa doa. Allahuakhbar,” kongsi Yatt menerusi Instagramnya.
Malah kata Yatt lagi, dia amat bersyukur kerana akhirnya Allah mengurniakannya rezeki untuk punya anak lelaki.
“Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak lelaki pertama Bonda.
“Satu-satunya anak lelaki. Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini.
Paling utama doa suami @zulfadhli_khiruddin.
Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni pada jam 11.16 malam ini. Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah. Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yang Soleh, Pejuang Agama.
In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA. Tapi sekarang Bonda dan baby nak rehat dulu ya.
Terdahulu, Yatt mendirikan rumah tangga bersama juruvideo, Mohammad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Suci Humaira Iqima, Suci Hayfa Medina, Suci Hawa Zulaikha serta seorang bayi lelaki.
Melalui perkahwinan terdahulunya, Yatt turut mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yatthamzah_suci
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.