Gambar Sekadar Hiasan

Ramai ibu bapa mula risau bila dengar berita tentang peningkatan jangkitan influenza di sekolah. Anak-anak pun baru je seronok ke sekolah tanpa pelitup muka, sekarang dengar mungkin kena pakai semula

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek menjelaskan, pemakaian pelitup muka di sekolah akan bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan (KKM). Katanya, pihak sekolah tiada masalah untuk ikut apa jua cadangan KKM bagi elak penularan penyakit berjangkit ni.

Kes Influenza Meningkat, KPM Tunggu Saranan KKM  Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah
Foto sumber: KOSMO!

“Kalau ada pedoman (saranan) dan arahan daripada KKM kita akan ikut dan tak ada masalah setakat ini di peringkat kami untuk melaksanakan sebarang saranan dan syor daripada KKM.

“Jadi kita masih menunggu saranan (pemakaian pelitup muka) daripada KKM,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan beberapa sekolah yang mewajibkan pelajar memakai pelitup muka bagi mengekang penularan influenza.

Terdahulu, Fadhlina ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Jelajah Anti Buli 2025 anjuran bersama Wanita Keadilan Pulau Pinang dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Yayasan Aman, Kubang Semang di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kes jangkitan influenza di Pulau Pinang masih berada pada tahap terkawal.

Ads

Sebagai mak ayah, apa pun keputusan nanti, yang penting kita terus jaga kesihatan anak-anak pastikan mereka cukup rehat, minum air banyak dan jangan ke sekolah kalau tak sihat. Kadang benda kecil macam ni pun boleh elak jangkitan besar.

INFO TAMBAHAN

Kes Influenza Meningkat, KPM Tunggu Saranan KKM  Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah

Kenali gejala Influenza
Orang yang dijangkiti akan mengalami demam tinggi, batuk, sakit otot dan kelesuan yang teruk. Kebanyakan pesakit akan mengalami kekurangan air dalam badan.

Kumpulan yang paling mudah terjejas
Orang tua berusia lebih 65 tahun, orang dengan penyakit kronik, wanita hamil dan kanak-kanak kurang daripada lima tahun. Kumpulan ini mempunyai imuniti yang kurang.

Ads

Kenapa Bahaya
Bahaya influenza pada kanak-kanak adalah komplikasi serius seperti pneumonia (radang paru-paru), radang telinga dan sinus, bronkitis, dan masalah pernafasan lain. Selain itu, kanak-kanak juga lebih berisiko mengalami masalah gastrousus seperti cirit-birit dan muntah serta komplikasi yang lebih jarang tetapi teruk seperti radang otak, meningitis, dan sawan.

Mencegah jangkitan Influenza
Cara terbaik untuk mencegah adalah untuk mendapatkan vaksin. Disarankan supaya mengamalkan kebersihan peribadi yang asas seperti mencuci tangan lebih kerap ketika berada di luar dan pakai topeng muka di tempat terbuka serta sesak atau ketika menggunakan pengangkutan awam.

Perkara perlu dibuat sekiranya Terjejas oleh virus influenza
Doktor akan memberi ubat anti virus dan rawatan simptomatik lain seperti paracetamol, ubat batuk dan antihistamin. Pesakit disarankan menghabiskan ubat antiviral yang diberi.

Ciri-ciri dijangkiti virus influenza
Oleh kerana ciri-ciri selesema dan selesema biasa hampir sama, satu-satunya cara yang tepat untuk mendiagnosis adalah melakukan swab hidung untuk menguji virus selesema.

Anda dicadangkan untuk mengambil lebih banyak cecair, mengelakkan aktiviti berat dan isolasi daripada orang lain.

Ads

Tempoh pulih
Pemulihan biasanya berbeza bagi setiap individu. Biasanya ia mengambil masa seminggu untuk pulih, tetapi anda mungkin masih merasa lemah sehingga beberapa minggu.

Punca kes meningkat di Malaysia
Malaysia terletak di khatulistiwa, oleh itu tiada musim Influenza yang jelas di Malaysia, sekaligus bermakna negara ini akan terdapat virus influenza sepanjang tahun. Dipercayai akhir tahun adalah musim kemuncak rakyat Malaysia melancong dan melawat negara lain dan pada masa berkenaan akan membawa virus ini masuk ke Malaysia.

Sumber: KOSMO

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads