Kes indeks membabitkan kanak-kanak kini dilihat semakin membimbangkan dan yang terbaharu seorang bayi perempuan berusia setahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Morak Palekbang di Tumpat, Kelantan.
Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti 34 individu.
“Kes indeks bagi kluster ini ialah bayi perempuan warganegara Malaysia berusia setahun yang mempunyai gejala sejak 22 Julai lalu.
“Kes ini kemudiannya dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Julai dan sehingga kini seramai 51 individu yang juga kontak rapat sudah disaring.
“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti penularan kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Morak di Palekbang, Tumpat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ads
Dr Noor Hisham berkata, hari ini terdapat 35 kluster baharu yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang membabitkan 20 kluster komuniti, 14 di tempat kerja serta satu aktiviti keagamaan.
Mengulas mengenai kluster lain yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, tiga kluster membabitkan aktiviti ziarah, dua disebabkan rentas negeri serta satu berpunca daripada majlis pengebumian.
Katanya, bagi kluster ziarah ketika perayaan, beliau berkata, sehingga kini ia sudah menjangkiti 92 individu. Kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Kampung Changgong Melawi (Kelantan), Kluster Kampung Belimbing Jeli (Kelantan) dan Kampung Belum Baru (Perak dan Kelantan).
Ads
Bagi dua kluster rentas negeri, Dr Noor Hisham berkata, ia dikenali sebagai Kampung Tanah Lot Merchang di Terengganu dan Pahang iaitu kes indeks mempunyai sejarah rentas negeri bagi menghadiri satu majlis perkahwinan dan sudah menjangkiti 43 individu.
“Kluster kedua pula dikenali sebagai Kluster Samak Melintang di Perak dan sudah menjangkiti 14 individu.
“Kluster membabitkan majlis pengebumian pula dikenali sebagai Kluster Kampung Bersia Lama di Hulu Perak yang kini sudah menjangkiti 46 individu,”.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Ika Nabella menerusi instagramnya meluahkan rasa syukur kerana dia akhirnya dapat menyaksikan sendiri bagaimana anaknya, Muhammad Noah Zayn 6 bulan membesar.
Menurutnya lagi, ini merupakan momen-momen yang indah bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Dia turut bersyukur kerana penantiannya selama ini akhirnya tidak sia-sia untuk memiliki zuriat.
Melalui lontaran statusnya, dia turut berkongsi bagaimana perasaan menanti kehadiran si kecil dalam hidup bertahun-tahun lamanya. Ika juga mendoakan kepada semua yang masih menanti zuriat agar suatu hari nanti diberi peluang menjadi ibu bapa.
Tiga tahun menunggu zuriat
6 bulan paling wow dalam hidup aku. 3 tahun aku tunggu, bertahun aku tumpang kasih sayang. Menangis rindu hak orang. Meraung dalam tidur.
Aku tak nak sunyi lagi kalau diizinkan aku nak lebih meriah lagi. 4,5,6. Sekarang Aku happy bila ada yang kejutkan aku tengah malam senyum sengih berborak dengan bahasa yang aku tak faham tapi aku mengerti. Indah. Bahagia bila ada yang hi-5 kt pipi lepas tu senyum nampak gusi heeeee.. Harta dunia & akhirat aku ni.
Tak pernah tahu tapi segalanya untuk anak
Tak pernah dalam hidup aku tahu jenis-jenis najis, kira berapa kali orang berak, berapa banyak orang makan berapa jam orang tidur. Segala galanya utk @muhammadnoahzayn.
Aku doakan kalian dapat anak yang sihat sempurna bila tiba masanya
InsyaAllah asbab aku utk tempat kt sana nnt. Aku doakan kalian yg tengah sabar terus sabar & akhirnya dapat hadiah yg sihat sempurna bila tiba masanya. Aku faham.
3 tahun menanti ibarat 30 tahun
Aku pernah ada kt tempat kalian. 3 tahun terasa 30 tahun. Terus kuat ok.? @syafiqanori thanks mama! Selalu pinjamkan cinta hati mama ♥️
“Wanita itu keluar pada 4.39 petang dan pihak klinik memberi tempoh masa kepada wanita bagi menuntut bayinya sebelum 3 petang pada 13 Januari.
Seorang ibu memberi alasan mahu keluar mengambil wang bagi menjelaskan bil pusat bersalin sebelum meninggalkan bayi yang ketika itu berusia tiga hari di sebuah pusat bersalin di Kluang.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid berkata, bayi berkenaan dilahirkan pada 10 Januari lalu dan ibu kandungnya dikenali sebagai Nurul Asyiqin berusia 31 tahun.
Beliau berkata, pada 12 Januari lalu, wanita berkenaan memaklumkan pengurusan pusat bersalin berkenaan mahu keluar mengambil duit bagi menjelaskan kos perubatan.
“Malangnya wanita berkenaan menghilangkan diri dan gagal dihubungi pihak klinik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Shazuwan berkata, semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Kluang dilakukan bagi mengesan waris wanita berkenaan, namun gagal.
Katanya, usaha menjejaki ibu kandung bayi itu masih dijalankan dan bayi berkenaan ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor Bahru untuk penempatan sementara mengikut Subseksyen 19 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Bayi berkenaan kini berusia sebulan 17 hari dan dinamakan sebagai Muhammad Faiz Fayyad.
“Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan waris mahupun ibu bayi berkenaan diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Siti Zuraidah Juli di talian 07- 7722434,” katanya.
Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.
Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, semalam, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.
sumber gambar: sinar harian
“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu,” ciap akhbar itu.
Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.
Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.
Perkembangan baharu itu berlaku ketika seluruh dunia sedang bergelut untuk membasmi wabak COVID-19.
Berbanding COVID-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.