Kejadian malang yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia 5 tahun di Johor semalam sememangnya satu kejutan buat keluarganya. Siapa sangka, anak yang sihat dan bijak menemui ajalnya kerana lemas semasa dia terjatuh ke dalam Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru, Johor Bahru.
Sebelum berlakunya kemalangan itu, Mohamad Nor Ramadan atau mesra disapa sebagai Adan dilihat sangat ceria dan membuat permintaan supaya dimandikan oleh ayahnya.
Melalui portal Sinar Harian, Adan ditemukan meninggal dunia lewat malam Rabu setelah terjatuh ke dalam sungai. Menurut bapa mangsa, Mohamad Nor Syawal Md Nisam, 31, yang menetap di Taman Cendana, Pasir Gudang, perkara yang paling membuatkannya terharu adalah apabila Allahyarham menghulurkan tangan kepadanya meminta untuk dimandikan.
Katanya, sebelum ini Allahyarham akan sentiasa menangis dan meragam, setiap kali mahu dimandikannya.
“Sebelum ni memang susah kalau saya nak mandikan dia, tapi semalam senang pula dan dia yang hulur tangan kepada saya untuk dimandikan sebelum kami ke Kampung Sepakat Baru sebab ada perjumpaan keluarga.
“Masa itu anak saya macam biasa akan bergerak ke sana sini dengan telefon bimbit di tangannya, tapi isteri saya sempat juga menyuap sedikit kek hari jadi sebab tarikh lahir anak saya pada 5 Mei, tetapi kami awalkan sambutannya.
“Tak lama lepas tu, abang ipar tanya saya, Adan (nama gelaran Mohamad Nor Ramadhan) mana? Masa itu semua orang hentikan aktiviti dan mencari dia termasuklah orang-orang kampung… akhirnya anak saya ditemui pukul 11 lebih semalam (Rabu), “ katanya kepada Sinar Harian.
Baca Juga:
Jatuh Sungai, Kanak-Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia
Kepala Tertinggal Dalam Rahim! Kes Bayi Songsang, Ibu Tetap Dipaksa Bersalin Normal
Semangat Kuat! Ibu Meninggal Dunia, Bayi Lahir Secara C-zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu
Mohamad Nor Ramadan bersekolah di pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)) Kota Masai.
Tambah Mohamad Nor Syawal, baru-baru ini anaknya juga mendapat tempat pertama bagi pertandingan TikTok raya anjuran PDK berkenaan.
Sama-sama kita doakan keluarga adik Adan terus tabah dan tenang melalui ujian ini. Salam takziah dari seluruh rakyat Malaysia.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI