
Siapa sangka akibat terdedah pada asap rokok, dua beradik menanggung sakit. Bermula dengan demam dan batuk melebihi 4 hari dan dua kali dah bawa ke hospital, masih belum baik-baik, akhirnya barulah tahu puncanya.
Perkongsian dari seorang ibu, Syuhada Redzuan yang kedua anaknya ditahan di wad kerana masalah jangkitan kuman pada paru-paru ini boleh dijadikan peringatan bersama terutama bagi perokok.
Menurutnya berdasarkan apa yang diberitahu doktor, walaupun ayah merokok di luar rumah kesannya anak tetap rasai.
Anak Demam Batuk 4 Hari, Makin Teruk
Terhidu racun rokok bahaya, sama seperti perokok pasif
Sumber: Syuhada Redzuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yuran Sekolah Anak RM34Ribu, Dato Aliff Syukri Harap Anak-Anak Hargai Pengorbanan Abah Mama!

Dato Aliff Syukri berkongsi jumlah yuran sekolah anaknya di intagram dan berharap anak-anak akan menghargai pengorbanan mereka. Bukan mudah untuk membesarkan anak pada zaman yang sangat mencabar ini. Cabaran kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pelajaran untuk anak-anak dan kos pendidikan sekarang sangat memeningkan kepala.
Jika anak-anak belajar di sekolah swasta, international school, kos pembelajarannya lebih mahal berbanding sekolah harian biasa. Ini antara jumlah yang Aliff Syukri perlu bayar untuk 4 bulan setahun.
Bukan senang nak besarkan anak zaman sekarang, kos semakin tinggi.. belum masuk class mengaji, baking, renang.. ekonomi kenapa lah sloww sangat.
Abah kena kuat lagi nak bayar yuran anak sekolah untuk 4 bulan setahun dan ratus ribu.. abah harap anak2 abah hargailah penat abah dan mama cari duit.
Luahan Aliff Syukri di instagramnya mendapat reaksi netizen. Habiskan duit untuk pelajaran anak akan murah rezekinya nanti. Semoga mereka dapat pendidikan yang terbaik.
Semoga dato murah rezeki
Insya Allah Dato, anak-anak akan hargai dato
Baguslah dato membesarkan anak dengan titik peluh sendiri
Semoga Allah permudahkan
Semoga murah rezeki dato
Sumber: Instagram Aliff Syukri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tragis Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Ditetak Bapa. Hasil Ujian Air Kencing Suspek Positif Dadah & Peminum Ketum Tegar

Tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri ketika tidur di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang tadi.
DITETAK PADA KEPALA & PERGELANGAN TANGAN
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa yang cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Menurutnya, hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian.
Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
HALUSINASI
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
POSITIF DADAH & PEMINUM KETUM
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Pastikan Pendera Tak Akan Terlepas” YM Che Puan Khaleeda Sedia Dapatkan Maklumat Kes Dera

Sebentar tadi tular beberapa video penderaan kanak-kanak perempuan di laman sosial. Video tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah selebriti, ahli politik serta pihak Istana dan rata-rata kesal dengan tindakan wanita tersebut yang seakan tidak berhati perut terhadap anak kecil itu.
Artikel Berkaitan: Pukul Berkali-Kali Di Bahagian Muka! Viral Kanak-Kanak Di Dera Dengan Batang Penyapu
Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim telah menerima beberapa video penderaan yang berlaku dan turut menzahirkan rasa kecewa.
Tambah YM Che’ Puan Khaleeda lagi, beliau akan pastikan pendera tidak terlepas daripada hukuman dan beliau masih lagi cuba mendapatkan maklumat penuh kes penderaan tersebut.
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
“Terima kasih atas keperihatianan anda semua dan berkongsi video ini kepada saya.”
“I’m trying to get more informations from the police and will make sure the abusers will not get away easily!”
Diharapkan agar nasib anak kecil ini terbela.
Jom join Workshop Pa&Ma untuk mama papa yang baru bersalin, mama papa yang ada anak kecil, daftar di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI