Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili. Lagi-lagi kalau kerja memasak je setiap hari. Makin lama akan makin jelas kesan kuning, bau blender pun jadi kurang enak.
Jadi eloklah kita tahu cara yang mudah untuk menghilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender.
1. Guna Kelapa Parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah, bau cili akan turut hilang.
Ads
2. Limau Nipis Dan Beras
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kesan kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
3. Baking Soda Dan Cuka
Ads
Ramai orang tahu bahawa baking soda ada banyak kegunaannya untuk tujuan pembersihan. Dan salah satunya adalah menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya mudah sahaja, ambil ¼ cawan baking soda dan ¾ cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
Yis amat penting dalam membuat roti, donut atau beberapa jenis kuih supaya naik gebu dan membantu supaya tekstur mengembang dengan baik. Tapi bagaimana hendak tahu yis kering itu masih lagi hidup atau tak.
Memang simple bagi yang dah tahu. Bagi beginner yang baru nak mula berjinak-jinak buat roti, donut atau kuih muih mesti tidak tahu bagaimana nak pastikan semua itu ok kan?
Baik, ada cara bagaimana hendak tahu yis tu masih hidup atau tak seperti perkongsian Puan Erah Syahirah via MAHN
Caranya antara salah satu cara yang berkesan sebelum nak mencampurkan yis dalam adunan. Jadi tak ada lagi masalah
Nak share cara saya test yis , kalau roti tak naik. Yis dah mati, Sebelum buat roti kita test dulu yis aktif ke tak dengan sudu plastik. Kalau melekat macam dalam gambar tu tandanya yis aktif. Selamat mencuba doh tak menjadi atau naik bila buat teknik ni dulu. Penting guna sudu plastik ya!
Pertama, masukkan sudu plastik dalam yis kering.
Jika melekat seperti dalam gambar maknanya yis tu masih elok.
Jika kacau-kacau dengan sudu dan tetap melekat pada sudu plastik, maknanya yis ini aktif dan adunan yang akan dibancuh nanti akan naik elok.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi tanggungjawab ibu bapa yang beragama Islam untuk mengajar anak-anak perempuan menutup aurat. Secara asasnya anak-anak kecil masih belum tahu bahagian mana yang perlu ditutup atau mengapa perlu ditutup, tetapi langkah mengajar anak memakai tudung sejak kecil adalah untuk menjadikan mereka mudah faham.
Secara tak langsung apabila mereka menginjak usia remaja nanti mereka akan lebih tahu mengapa mereka perlu menutup sebahagian diri mereka. Tiada cara yang spesifik untuk mengajar anak anda bertudung sejak kecil, tetapi terpulang pada pendekatan ibu bapa.
Bagaimanapun, perkongsian ibu kepada tujuh anak perempuan, Puan Shaeriani A Hamat ini sangat mudah. Semua anak-anaknya bertudung setiap kali keluar rumah atau ketika orang datang ke rumah kecuali yang paling kecil.
TIPS MENGAJAR 7 ANAK PEREMPUAN PAKAI TUDUNG DARI KECIL
Sebenarnya tiada tips gempak mana pun. Saya cuma nak kongsi sedikit sebanyak dari pengalaman saya mama kepada 7 anak perempuan. Jom kongsi untuk yang ada anak perempuan.
PERTAMA:
Pakaikan tudung seawal umur mereka. Beli la saiz yang bersesuaian dengan mereka. Tapi saya beli saiz sama jer untuk 6 orang anak saya. Sebab beza umur mereka lebih kurang je.
KEDUA
Paling penting konsisten suruh pakai setiap kali keluar rumah. Konsisten sangat penting. Lagi-lagi masa awal nak ajar mereka. Biasanya anak keluar je wajib pakai. Jangan on off pulak. Ahamdulilah mesti boleh punya.
KETIGA
Masa ajar tu beritahu mereka pakai tudung bukan mama dan papa yang suruh pakai, tapi Allah SWT yang suruh pakai.
KEEMPAT
Untuk yang dah besar terapkan dan terangkan dengan siapa kena tutup aurat. Kalau yang nombor 6 tu tak faham sangat sebab masih kecil. Pening pula kalau diterangkan banyak-banyak pada dia nanti. Yang penting keluar rumah kena sarung tudung. Anak yang dah besar boleh dah ajar. Dengan sepupu kena tutup aurat dan sebagainya.
KELIMA
Masa nak beli tudung untuk anak-anak saya akan tanya mereka jenis mana dan warna apa yang mereka suka. Tapi perangai saya memang saya suka beli sama je sedondon.
Ajarlah anak-anak anda dari mereka kecil. Dari umur mereka tak pandai argue lagi kenapa kena pakai tudung. Bila dah tahap mereka banyak persoalkan macam-macam, masa tu dah mencabar untuk kita ajar mereka pakai secara konsisten.
Serius cakap bila sesuatu perkara sudah sebati dengan mereka. Kita tak perlu nak suruh dan paksa-paksa dah. Sekarang semua anak perempuan saya dah lekat bertudung. Alhamdulilah.
InsyaAllah jika ada rezeki nanti anak lelaki ke 8,9,10 pakai kopiah pula..heheheh
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah. Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Ada yang sukakan pendekatan lemah-lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas. Sebenarnya, biar apa pun kaedah ibu ayah ketika mendidik dan membentuk akhlak anak-anak, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka, tiada masalah.
Apa jua cara yang digunakan, harapan setiap ibu ayah tetap sama iaitu agar anak membesar menjadi orang yang berguna. Dikongsikan 6 pesanan ringkas dari Imam Muda Khairul Azhar Ghazali untuk ibu bapa.
1. Ubah Pandangan Anak Ketika Dia Menangis
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Beri Anak Masa Untuk Berhenti Bermain
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3. Alih Perhatian Anak Ketika Dia Bertelingkah
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “Siapa yang mahu mendengar cerita ibu? Angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Tanamkan Akhirat Dalam Minda Anak Sebelum Anak Tidur
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: “Tidur sayang..besok pagi kan kita solat Subuh”. Maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”. Akhirnya mereka tidak solat Subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Dampingi Anak, Kenakalan Anak Itu Akan Menjadi Kenangan
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6. Utamakan Yang Lebih Utama
Tinggalkan handphone seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: “Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...