Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati setiap kali melihat keadaan anak lelakinya berstatus autisme pulang dari pusat terapi di Skudai di sini ternyata berasas selepas mengetahui anak istimewanya itu menjadi mangsa dera.
Suri rumah, Nik Huzaiwati Husin, 33, berkata, dia pada mulanya tidak mengesyaki perkara tersebut kerana sudah lama menghantar anak sulungnya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam, 6, yang didiagnosis mild autism untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.
Dia yang tinggal di Pulai Sri Perdana berkata, apabila kesan lebam dan cedera semakin ketara sejak awal tahun ini, keluarganya mula merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada anaknya yang lebih mesra dipanggil Abrisam.
“Apabila bertanya mengapa ada kesan seperti itu, guru di sana memberitahu disebabkan aktiviti di pusat berkenaan. Mulanya saya percaya tapi apabila bermula Januari tahun ini, kesan kecederaan sudah mula teruk sehingga nampak kesan penampar di pipi kiri kanan muka.
“Masa tu kami sudah mula syak Abrisam didera sebab jelas nampak kesan tapak tangan dan penjelasan yang diberikan kesemuanya tidak masuk akal. Ahli terapi berkenan cakap muka Abrisam kena palang ‘monkey bar’ tetapi kesan cedera tidak seperti kena besi.
“Masa itu saya sudah tidak sedap hati. Kami tanya hampir semua ahli terapi di situ tetapi semua beri penjelasan yang kononnya anak saya tidak mahu bergerak dari palang besi itu. Hati saya berat sangat hendak terima alasan mereka”, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Setiap kali berlaku kecederaan terhadap anaknya, ibu kepada dua anak itu akan meminta penjelasan, namun pada 7 Julai lalu terdapat lebam dan kecederaan baharu pada tubuh Abrisam sekali gus membuatkannya hilang sabar.
Ads
Dia dan suami kemudian membawa anaknya itu ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini pada keesokkan hari sebelum doktor sahkan kecederaan Abrisam serius akibat dera dan bukan kerana aktiviti seperti dimaklumkan.
“Selepas itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai pada hari sama. Saya bawa kes anak ini mengikut prosedur. Polis minta kami bawa anak dan rujuk ke pakar kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 24 Julai lalu.
“Laporan perubatan juga sudah keluar, anak saya disahkan didera (Alleged Physical Abuse by Therapy),” katanya dan melahirkan rasa kecewa dengan pusat terapi berbayar itu.
Nik Huzaiwati berkata, anaknya kelihatan sangat takut selepas tamat kelas terapi pada 7 Julai lalu dan kini mengalami trauma, hampir setiap malam akan berjaga dari jam 1 pagi hingga 4.30 pagi.
Ads
“Keadaan Abrisam sangat resah. Kadang dia monyok, dia sedih, apabila saya pujuk, barulah dia tidur. Tapi Abrisam ini bukan budak autisme yang jenis menangis kuat-kuat. Abrisam lebih kepada simpan kesedihan dalam diri, nanti ada masa tiba-tiba air mata bergenang.
“Anak ini anak istimewa. Walaupun dia tidak beritahu dia sakit tapi dia ada perasaan,” katanya yang sudah bertemu dengan Ketua Ahli Terapi dan pihak pengurusan pusat terapi terbabit.
Jelas Nik Huzaiwati, Ketua Ahli Terapi mengatakan peralatan yang digunakan memang tidak akan membahayakan kanak-kanak.
“Mereka juga mengakui kaedah dan cara kerja yang dibuat ahli terapi salah. Mereka melihat kecederaan pada Abrisam, besi tidak akan hasilkan kecederaan seperti kesan penampar pada wajah anak,” katanya.
Perasan tak anak-anak kita dia ada cara tidurnya sendiri. Ada yang nak kena tepuk sampai lena, nak peluk bantal dan kain, mahu pegang tangan atau telinga ibu dan macam-macam lagilah.
Bila anak besar dan kembali ingat gelagat mereka, kita pun boleh tersenyum sendiri. Kadang nampak benda ni remeh je tapi jika tak kena gaya sebelum nak tidur, memang akan gelisah anak sebelum pejam mata.
Seperti perkongsian seorang ibu di FB Royadzal Shinhalif, gelagat anak bongsu yang satu-satunya anak lelaki daripada 5 beradik benar-benar mencuit hati. Nampak macam tak logik tapi hakikatnya benar.
Saya nak kongsi satu kelucuan anak bongsu saya yang usia 1 tahun 9 bulan ni. Sebelum melahirkannya semua empat kakak berusia 24, 22, 18, 8 dan Ammar yang bongsu. Kiranya memang jarak agak jauh dengan anak yang nombor empat.
Apa yang buatkan kami sekeluarga terhibur, setiap kali nak tidur dia ada tabiat yang tak dijangka sama sekali. Setiap kali tidur mesti ada pattern macam ni, terutama kalau time-time tengah mengantuk sangat tapi hati berbunga nak main lagi.
Bagaimanapun jika tengah mengantuk sangat elok je terus lelap. Cuma jika mood masih nak main tapi dah sampai waktu tidur dia itu yang macam-macam dia minta.
Dia tak suka bantal busuk tapi ada je pilihan hati yang pelik-pelik nak dipeluk untuk jadi teman tidur dia.
Banyak lagi sebenarnya gelagat lucu Ammar ni. Alhamdulillah kurniaan Allah yang sentiasa buat kakak-kakaknya tak kering gusi terhibur dengan gelagat dia. Sampai tidur pun dia buat lawak.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lagi berita gembira buat semua ibu bapa. Pembentangan Bajet 2020 semalam, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi suntikan vaksin Pneumokokal dan akan diberikan secara percuma kepada semua bayi yang lahir pada tahun 2020. Pelaksanaan ini sebahagian dari Program Immunisasi Negara.
Sebelum ini, vaksin tambahan ini tidak ditawarkan dalam suntikan imunisasi wajib tetapi boleh diambil oleh ibu bapa sebagai vaksin tambahan di klinik luar dengan anggaran kos antara RM200 hingga RM300 untuk satu dos.
Disebabkan terlalu mahal untuk satu dos suntikan, hanya segelintir ibu bapa yang mampu berbuat demikian walaupun vaksin ini penting untuk kesihatan anak kecil.
Bagaimanapun menerusi twitter Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, beliau bersyukur kerajaan mendengar suara ramai.
“Alhamdulillah, selari dengan JANJI MANIFESTO PH, Bajet 2020 memperuntukkan awal RM60 juta untuk mulakan Vaksinasi Pneumokokal untuk kanak-kanak dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
“Vaksin ini boleh elak jangkitan paru-paru,darah & otak-jangkitan yang boleh membawa maut/kecacatan kekal,” kongsinya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ternyata bersyukur dengan pengumuman Belanjawan 2020 kerana akhirnya vaksin pneumococcal dimasukkan dalam program imunisasi wajib kebangsaan.
“Kerajaan telah menunaikan janji dan ini adalah hadiah terbaik untuk rakyat setelah bertahun memohon untuk vaksin pneumococcal diberikan percuma,” katanya di twitter.
KEPENTINGAN VAKSIN PNEUMOKOKAL
Pneumokokal adalah sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga dan lebih mudah berlaku pada kanak-kanak.
Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan serius antaranya:
1. Radang paru-paru
2. Meningitis – radang pada selaput yang kelilinh saraf tunjang dan otak
3. Sepsis – jangkitan bakteria dalam darah
4. Sinusitis – jangkitan pada sinus
5. Otitis media – jangkitan telinga tengah
Walaupun jangkitan bakteria ni mampu dirawat dengan antibiotik, namun dengan kemungkinan komplikasi yang teruk yang boleh membawa maut, lebih bagus kalau ia dicegah melalui immunisasi.
Jadi sebab itulah vaksin pneumokokal ni penting dan elok sangatlah dijadikan sebahagian daripada vaksin wajib dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
PELBAGAI LAGI PENAMBAHBAIKAN DALAM SEKTOR KESIHATAN DALAM BAJET 2020
Secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan RM 30.6 bilion bagi infrastruktur kesihatan dan perlindungan kesihatan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2020.
Selain membina dan menaik taraf hospital, klinik, serta perkhidmatan kesihatan, beberapa inisiatif baru turut diperkenalkan contohnya membenarkan pengeluaran KWSP bagi pasangan yang menjalani IVF serta rawatan kesihatan tanpa cukai.- Sumber: Sirap Limau
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mohamed Danish Hakim merupakan anak sulung hasil perkahwinan terdahulu Norman Hakim dan Abby Abadi. Mohamed Danish Hakim atau mesra dipanggil Abang Danish telah menyambung pelajaran dalam hafazan di Turki.
Ibu bapa mana yang tidak gembira menunggu kepulangan anak mereka. Tambah sebak apabila abang Danish cuma makan cherry pada hari raya. Norman siap tapaukan ketupat, lemang, kuah kacang segala bagai untuk abang Danish.
Norman juga sanggup memakai baju melayu dan sampin ke KLIA untuk bagi abang Danish merasai suasana hari raya yang mungkin berbeza di Turki. Memang betul-betul ayah yang penyayang la Norman ni. Ikuti perkongsian di Instagram Norman Hakim dan Memey Suhaiza;
Seronok Norman nak sambut anaknya di KLIA, siap pakai baju melayu lagi
Begitu rindu ayah terhadap seorang anak. Norman kelihatan menangis menyambut anaknya. Norman juga menyuap anaknya makanan raya, mungkin cara Norman untuk melepaskan rindu.
Netizen meluahkan perasaan sebak, terharu dengan layanan yang diberikan Norman terhadap anaknya. Keluarga yang sangat bahagia.
Tanpa sedar air mata mengalir
Indahnya kasih sayang dalam keluarga ni
Terharu
Namun begitu, kelibat Memey Suhaiza tidak kelihatan semasa mereka menjemput abang Danish di KLIA Rupe-rupanya Memey Suhaiza sarat dan menunggu masa sahaja untuk melahirkan cahaya mata baru.
“Mummy tak dapat ikut, kita jumpa kat rumah ye abang. Adik-adik pun tak sabar ni”. Nampaknya baby baru pun tunggu abang Danish balik ke Malaysia dulu baru nak keluar dari perut mummy nya.