Kesan makan makanan tidak sihat ini selalunya lepas 10-15 tahun. Kalau dari umur 10 tahun dah makan jajan, makanan banyak MSG pengawet perasa pewarna dan transfat, minum air gas, makanan banyak refined karbo, minuman sangat manis, tak minum air kosong, pilih air sejuk manis, tak makan sayur, agak-agak umur berapa baru dapat kesan masalah penyakit kronik?
Cuba kita kira…
Pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang juga akan menyebabkan anak kekurangan nutrisi. Kekurangan nutrsi sangat bahaya untuk perkembangan anak-anak.
Apakah yang menyebabkan kurang nutrisi?
Kekurangan nutrisi mungkin terjadi akibat makan terlalu sedikit atau terlalu banyak. Selain itu, pengambilan bahan makanan mengandungi lemak, gula dan garam yang tidak mencukupi juga menyebabkan kekurangan nutrisi.
Tabiat makanan yang tidak seimbang juga akan mengakibatkan kesan negatif teradap kesihatan. Pengambilan protein, serat, vitamin dan sebagainya perlu seimbang bagi menjamin kesihatan individu.
Apakah kesan kekurangan nutrisi terhadap anak anda?
Kanak-kanak yang mengamalkan tabiat pemakanan tidak seimbang berisiko tinggi mengalami pelbagai jenis kondisi kesihatan, antaranya:
- Osteoporosis.
- Penyakit kardiovaskular. Pengambilan lemak, gula dan garam yang berlebihan akan menyebabkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi serta atherosclerosisas.
- Menyebabkan gangguan pernafasan.
- Obesiti. Kondisi ini disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi yang lain. Obesiti disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang berlebihan. Kondisi ini juga merupakan punca kepada pelbagai penyakit seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, gangguan pemakanan, masalah imej serta masalah psikologi untuk jangka masa panjang.
- Mempengaruhi mental dan emosi. Kebanyakan kanak-kanak yang membesar dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat cenderung mengalami masalah psikologi yang membimbangkan seperti kegelisahan atau masalah pembelajaran. Kekurangan nutrisi ini juga malangnya boleh mengakibatkan kanak-kanak tidak mencapai kebolehan atau mengasah bakat mereka secara maksimum.
- Menjejaskan pembelajaran. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti. Mereka juga kebiasaannya tidak mempunyai ramai kawan akibat masalah tingkah laku mereka yang sangat merisaukan ibu bapa.
- Menyebabkan pelbagai penyakit. Kekurangan nutrisi dan obesiti juga akan mengakibatkan penyakit kronik yang lain seperti diabetes jenis 2. Kondisi membimbangkan ini boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Tip pengambilan nutrisi yang seimbang untuk anak anda
- Makan pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan setiap hari.
- Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.
- Kurangkan pengambilan air bergula.
Sumber: Dr.zubaidi , Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI