Agak lama kisah Ainul tak dikongsikan dan beberapa hari lalu, walidnya, Ahmad Safiuddin telah memuat naik satu perkongsian mengenai perjalanan rawatan buah hati rakyat Malaysia ini di London.

Menerusi posting di Facebooknya, Safiuddin berterima kasih kepada pihak hospital sana yang telah mengeluarkan artikel khas mengenai rawatan Ainul sehingga menemui detik kejayaan pada hari ini.

Hospital di London (GOSH) tempat di mana Ainul menerima rawatan telah mengeluarkan artikel berkaitan rawatan Ainul.

Tuan/puan boleh membaca di sana untuk mengetahui apa yang telah Ainul lalui sepanjang Ainul berada di sana.

Kesan RSV menyebabkan Ainul pakai oksigen hingga sekarang

Oh ya, Ainul dan kami berada di sana genap dua bulan. Proses rawatan jadi lambat sebab semasa Ainul tiba di London, Ainul dapat RSV (virus)

IKLAN

Sebulan juga nak bagi Ainul stabil waktu tu. 3 hari Ainul on ventilator. Dan virus ni pun sama macam covid juga, dia serang respiratory. Kesan RSV ni lah menyebabkan Ainul perlu pakai bantuan oksigen sehingga sekarang. Dan waktu kena attacked tu, Expert di sana kata RSV memang tiada ubat. Mereka hanya boleh bantu dari segi support (pernafasan) sahaja iaitu Ventilator.

Dan bayangkan, Ainul survive atas flight selama 13 jam, dalam keadaan letih dan penat, dapat pula RSV sejurus keluar dari pintu kapal terbang.

Peluang Ainul 50/50

Waktu sampai hospital, doktor dah kata peluang Ainul 50/50 sebab dengan keadaan dia dengan tumor dan performance badan yang sangat lemah.

Kami waktu tu berserah sahaja. Allah sahaja tahu waktu tu. Tapi alhamdulillah, si kakak ni dia sangat sesuatu.

Ibarat Allah beri kelahiran kali kedua buat Ainul

Banyak dah cabaran yang telah dilalui sejak hari pertama dilahirkan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah, family, sahabat dan juga seluruh rakyat Malaysia. Dan tak lupa juga buat semua doktor-doktor yang bantu kami sepanjang keberadaan kami di sana. Terima kasih juga doktor-doktor di Malaysia yang merawat Ainul dari dahulu sehingga sekarang.

Alhamdulillah, keadaan Ainul bertambah baik sekarang dan semakin aktif dan laju berjalan serta dalam fasa untuk belajar perkara baru. Moga terus sihat sayang!

Sumber: FB & IG Ahmad Safiuddin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)