Sebentar tadi berlangsungnya sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkaitan sektor pendidikan. Inti pati sidang media sektor pendidikan dengan mengambil kira perkembangan semasa penularan pandemik #COVID19.
📌 KPM tutup semua sekolah, termasuk kolej vokasional di semua negeri mulai 9 Nov hingga 17 Dis.
📌 KPM turut tutup semua sekolah di Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak mulai 9 Nov hingg 17 Dis.
📌 Tutup sekolah: Pelajar di asrama perlu dibawa pulang ibu bapa
📌 COVID-19: Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah dilaksanakan secara home based learning.
📌 Semua pelajar sekolah rendah, tingkatan 1, 4, 5 dan 6 mula bersekolah secara bersemuka pada 20 Jan 2021
📌 Pelajar tingkatan 2 dan 3 turut mula sekolah pada 20 Jan secara home based learning dan mulai 8 Mac secara bersemuka
📌 Tarikh peperiksaan SPM, SVM, STAM dipinda pada 22 Feb, peperiksaan STPM pula pada 8 Mac
📌 Penjadualan semula peperiksaan awam tidak jejas kemasukan pelajar ke institusi peringkat tertiari awam dan IPTA
📌 Program Matrikulasi KPM dan pelajar IPG, belajar secara dalam talian sepenuhnya sehingga 31 Dis depan
📌 Ujian MUET dijadual pada 8 – 19 Dis, ditangguhkan ke tahun depan
📌 Pelajar Matrikulasi kembali ke kolej mulai 4 Jan, pelajar IPG mulai 17 Jan
Selepas selesai sidang media dari pihak KPM, pelbagai riaksi dan respons yang diberikan oleh ibu bapa. Ada yang bersetuju tidak kurang juga ada yang meluahkan kekecewaan. Namun mereka tetap menerima dengan hati terbuka demi memutuskan rantaian Covid-19.
Belajar Secara Maya Tak Sama Dengan Bersemuka
Kesian Anak Saya, Baru Nak Merasa Sekolah
Baik, Kami Redha. Itu Yang Terbaik
Ilmu Wajib Dipelajari Walau Dimana Berada
Sedihnya Memikirkan Pembelajaran Anak-Anak
Sumber Intipati Sidang Media: Bernama
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)