Kesian Memang Kesian, Tapi Ini Cara Bagi Anak Senyap Masa NEB! Haziq HotFM Nak Anak Cepat Sihat

Share

Heidy Cayra anak kepada penyampai radio, Haziq Hussni atau lebih dikenali sebagai Haziq HotFM telah dimasukkan ke wad setelah 3 bulan batuk berterusan. Sehingga minggu lepas dia kerap batuk teruk, muntah berkahak yang banyak.

Setelah melakukan ujian X-ray, ujian darah, hingus, Heidy disahkan mempunyai radang paru-paru. Bukan sebelah tapi dua-dua belah! Menurut Haziq, anaknya dah ada radang lama sejak Heidy Chayra menghidap batuk kokol bulan 9 last year! Menerusi instagram beliau, dia berkongsi cara untuk membuatkan anaknya tenang ketika memberika NEB.

It’s not easy to neb Heidy Nufael. Kakmisi pun susah nak control dia. Even dah balut dgn selimut. Mama @ayundaputrii tak larat dah nak pegang dia. Kuat naw. Mmg daddy la yg kena kunci kaki n tgn dia. Pgg muka dia ikut posisi dia selesa. Baru letak neb tu. Tp dia dah setahun 9 bulan kan. Mmg mengamuk la bila rasa tak selesa. Smp merah pipi tingting tang ting

Ni cara daddy bg Heidy senyap time neb. Kesian mmg kesian. Tp nak sihat kan?

Kena gak neb. Dgar bunyi neb tu je dia dah start tak tentu arah. Meronta gila-gila. Mcm kena rasuk. Dah bedung pun hancur bedung tu. Tak senang ya guys. Kena depakan tangan dia ketepi. Kunci pakai tangan kita. Tp kunci lembut2 je. Pastu kaki dia kunci dgn kaki kita. Kepala dia pun xleh dok diam gakkk. So tangan kiri kita kena letak bawah dagu kasi dia xleh gerak. Last, nak bg suasana ceria daddy nyanyi lagu Apa Khabar

Ramai yang mendoakan anaknya supaya cepat sembuh. Tak kurang jugak yang menceritakan pengalaman mereka menghadapi anak yang sedang sakit.

Semoga cepat sembuh, tak sanggup tengok

Saya teringat anak saya dulu macam tu

Sama laa..anak 2 tahun pun payah nak NEB

SUMBER: haziq hussain 

Published by
NuFa