Siapa yang tidak mahu menambah anak kerana merekalah yang sentiasa memberi nikmat rasa bahagia dalam hidup kita. Namun masa dan kesesuaian serta rezeki dari Allah SWT adalah jawapannya. Apabila berkahwin, perancangan untuk menambah jumlah anak perlu dilakukan sebaiknya.

Bukan hanya kita, bahkan doktor selebriti, Dr Say Shazril juga membuat perancangannya sendiri mengenai penambahan ahli keluarganya. Walaupun isteri kesayangannya, Dr Azura Abbas yang keguguran beberapa bulan lalu, namun keduanya bersepakat untuk terus menambah ahli keluarga demi tidak membuatkan anak sulung mereka kesunyian.

“Kesian Tengok Anak Sorang” Dr Say Usaha Tambah Anak, Mohon Doa Warganet!

Malah kata Dr Say lagi menerusi instagramnya, ini adalah masa yang sesuai untuknya menambah anak. Inilah yang dikongsi oleh beliau menerusi satu entri di instagram miliknya.

“Doc nak berapa anak? Antara soalan yang agak kerap saya dapat masa Q&A tempoh hari was this. Siap awal-awal cakap “tak nak jawapan “bergantung rezeki” doc” ahaha.

“Jawapannya saya nak TIGA. Tak tau kenapa tapi 3 sound perfect, mungkin sebab saya 3 adik beradik. Saya ada 2 kakak & saya yang bongsu. Bila saya tanya bini dia pun nak 3 walaupun dia datang dari 6 adik beradik,”katanya berkongsi.

“Kesian Tengok Anak Sorang” Dr Say Usaha Tambah Anak, Mohon Doa Warganet!

Kata Dr Say lagi, melihatkan Ace yang keseorangan, dia dan isterinya berazam untuk menambah ahli keluarga kerana merasakan masanya telah tiba.

“Bini saya gugur 4 bulan dah. Ace pun setahun 7 bulan dah. Maka masa untuk keazaman rendah & timing bersesuian pun tiba dah. Kesian jugak tengok Ace keseorangan maka doakan kami peeps. Ada rezeki InsyaAllah pasti mengandung bini ku nanti. Yang penting USAHAAA.

“Kesian Tengok Anak Sorang” Dr Say Usaha Tambah Anak, Mohon Doa Warganet!

“Semuanya bergantung rezeki tapi kalau tak usaha, rezeki tu definitely tak datang betul tak? Takkan la gelak-gelak cuit-cuti poof terus mengandung bini saya betul tak? Perlukan keazaman yang rendah & timing yang bersesuaian betul tak?

Ok detail sangat pulak dah but yang dah kahwin surely faham lah tentang timing & keazaman yang rendah ahaha,”katanya.

 

Dalam pada itu, bapa penyayang ini juga turut menasihati kepada pasangan berkahwin di luar sana agar jangan berhenti berusaha untuk memperoleh zuriat.

“Yang sedang mencuba di luar sana, ingat pesan saya, jangan sesekali kalian berputus asa, teruskan usaha kerana nikmat zuriat tu indahnya tak terkata,”katanya lagi.

Artikel berkaitan: Tak Respond & Masih Tak Pandai Sebut Papa Mama, Dr Say Bimbang Anak Delay, Bawa Jumpa Doktor Pakar

Bimbang Masalah Perkembangan Anak, Isteri Dr Say Undur Diri Dari Kerjaya Doktor!

Tak Bertentang Mata Apatah Lagi Bersalam, Gaduh Manja Dengan Isteri, Dr Say Kongsi Tip Suami Mithali

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI