“Kesian Tengok Ara Selalu Cakap Seorang Diri.” Isteri Aziz M. Osman Syukur Allah Makbulkan Doa

Share

Isteri kepada pengarah filem, Aziz M. Osman, Puteri Lily Lokman meluahkan rasa syukur  selepas kelahiran anak lelakinya pada 31 Ogos lalu pada tarikh keramat untuk rakyat Malaysia.

Dia menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua sudah lama diimpikan selepas melahirkan anak pertamanya, Ara Aziz enam tahun lalu.

Puteri Lily berkata, dia juga pernah berdoa untuk menimang cahaya mata kedua  mereka ketika berada di tanah suci Mekah tahun lalu.

“Salah satu dari beribu doaku (di tanah suci Mekah), supaya dikurniakan ku zuriat kerana kasihan tengok Ara dekat rumah selalu cakap seorang diri,” katanya seolah-olah bergurau.

Selain itu Lily cukup berterima kasih dan bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan dan dikurniakan seorang bayi lelaki.

“Alhamdulilah, Allah maha mendengar , selepas 6 tahun menunggu.

“Pada 31 Ogos lalu, jam 10.23pm dilahirkan secara normal dengan izin-Nya.

“Allah kurniakan saya rezeki seorang anak bayi bernama Muhamad Aryan Aziz.

“Doakan semoga anak ini sentiasa diberi kesihatan, sentiasa dibawah lindungan Allah dan menjadi anak yang soleh,” luahnya lagi.

Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz.

Dalam perkahwinan Aziz sebelumnya dia turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.

Sumber: puterililylokman

Published by
Wan Amy