Bagi pemilik kucing, bukan sesuatu yang pelik jika kucing peliharaan anda sentiasa membawa balik ‘buah tangan misteri’ ke rumah setelah berjam-jam lamanya keluar berjalan. Ada sahaja buah tangan yang pelik-pelik dan kadangkala menyeramkan pun ada seperti bangkai binatang lain.

Bila dah sebut tentang kucing, mestilah ‘perangai’ kucing semuanya sama. Samalah seperti si Robert yang memberikan sesuatu kepada baby Johan, anak kepada tuanya sebagai hadiah untuk dimakan.

Pemiliknya sempat merakam gambar dan video ketika Robert sedang ‘mencuri’ ikan goreng. Pada mulanya dia sangka Robert mencuri untuk makan tetapi sebenarnya untuk anaknya, baby Johan.

IKLAN

Gelagat comel ini mencuit hati wargaNet kerana Robert disifatkan baik hati dan sanggup berkongsi makananya dengan baby Johan.

Ketika Johan masih bayi dan belum mula lagi makan makanan pepejal, Robert cuba memberinya makan ikan goreng 

Ingatkan Robert yang nak makan!

 

Gambar dan video yang dimuatnaik itu mendapat 48.3k tanda suka dan 47k ciapan, rata-rata terhibur dengan kelatah comel Robert dan baby Johan.

Kredit: @pelisahh

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)