“Kesian, Usia 3 Tahun Tapi 13 Perkataan Je Boleh Sebut” Doktor Kongsi Aktiviti Rangsang Perkembangan Anak

Share

Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya, apakah cara untuk mengukur kelewatan bahasa bagi anak-anak mereka terutama anak yang berusia 3 tahun? Menurut perkongsian daripada Ruby Speech Therapy, pada usia 3 tahun sepatutnya kanak-kanak boleh menyambung 3-4 patah perkataan dalam satu ayat.

Baca: “Nak Luruh Jantung” Rayyan Kontak Rapat Covid-19, Elfira Pesan Elak Bagi Orang Luar Rapat Dengan Anak Kita

(Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI)

Contohnya:

“adik nak beli mainan”
“jom la kita balik”
“ummi, tengok abang buat”
“abi nak pergi mana?”
“nak ikut abi”

Hampir 75% dari pertuturan hariannya boleh difahami. Ini bermakna, kanak-kanak masih ada sedikit pelat dari segi gabungan perkataan sukukata panjang.
Contohnya, anak saya Irham pernah menyebut “tinggal medunya” untuk perkataan sebenar ialah ‘meninggal dunia’.

Kanak-kanak 3 tahun juga boleh menerangkan lokasi dengan jelas seperti “atas meja”, “bawah katil”, “dalam besen”. Bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, mereka lebih senang menunjuk saja guna tangan, atau sebut “ni”, “yang tu”, “kat situ”.

Kanak-kanak 3 tahun juga sering dilabel ‘kuat melawan’. Ini kerana mereka mula bijak menggunakan kata nafi dalam perbualan harian. Mereka sedar yang mereka ada kuasa untuk memilih.

Kanak-kanak yang lambat bertutur pula sebaliknya tidak mampu membuat penafian. Semuanya “ya” saja. Semuanya ambil yang hujung saja. Contoh jika kita tanya, “nak makan roti ke, makan mee?” dia jawab “mee”. Tapi bila kita tanya sekali lagi “nak makan mee ke, makan roti?” dia jawab “roti” pula.

Begitu juga jika kita tanya “kucing boleh terbang?” dia jawab “terbang”.

Kanak-kanak usia 3 tahun semakin cekap bertanya soalan. Semua yang dilihat ingin ditanya. Maka barulah ibu bapa sedar betapa banyaknya benda yang kita memang tak tahu.

Bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, tiada apa yang ingin ditanya. Mereka terima apa saja yang disediakan seadanya.

Mungkin mama papa akan lebih jelas apabila membaca perkongsian ini. Namun apakah aktiviti yang sesuai dilakukan jika anak anda yang berusia 3 tahun mempunyai kelewatan bahasa? Ikuti perkongsian daripada Dr Redzal Zainol ini.

AKTIVITI SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE ATAS

Cabut dan Tampal Stiker Pada Buku

Tendang Bola Masuk Dalam Gol

Tiup Buih Sabun 

Kredit: Doktor Redzal Zainol, Ruby Speech Therapy

Published by
NuFa