Baby buat macam kunyah-kunyah bila tengok orang makan seolah-olah terliur. Apakah benar si kecil sudah bersedia untuk ambil makanan pelengkap?

Ramai ibu yang mendakwa anak sudah memiliki berat badannya tertentu. Malah ada yang mendakwa bayinya telah tumbuh gigi. Bayi juga menunjukkan minat untuk makan apabila melihat orang lain makan di hadapannya dengan menggerakkan mulutnya seolah-olah mengunyah.

Kesiannya Baby Macam Kunyah-Kunyah Bila Tengok Orang Makan. Betul Ke Itu Tanda Dia Sedia Untuk Makan?

Ramai yang ambil keputusan untuk memberikan makanan pelengkap kepada si manja tanpa merujuk kepada pakar kanak-kanak atau pakar pemakanan. Ini adalah langkah yang salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh memudaratkan anak!

Menurut Dr Mohammad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, lazimnya gigi akan tumbuh apabila umur bayi mencecah antara 4 hingga 7 bulan. Ada juga bayi yang tumbuh gigi awal iaitu seawal 2 hingga 3 bulan. Sebaliknya ada juga bayi yang lambat tumbuh gigi, sehingga mencecah umur setahun barulah gigi susu mulai tumbuh.

Kesiannya Baby Macam Kunyah-Kunyah Bila Tengok Orang Makan. Betul Ke Itu Tanda Dia Sedia Untuk Makan?

IKLAN

MENGUNYAH TANDA BAYI SEDANG TUMBUH GIGI

Kebanyakan bayi melalui fasa ketika gigi keluar tanpa apa-apa masalah.  Tetapi ada juga laporan-laporan daripda ibu bapa yang mengaku bayi mereka mengalami simptom-simptom seperti merengek akibat tidak selesa, air liur mengalir berlebihan. gusi bengkak dan sensitif, berkelakuan seperti mengunyah, kurang menyusu dan mengalami masalah tidur.

Kesiannya Baby Macam Kunyah-Kunyah Bila Tengok Orang Makan. Betul Ke Itu Tanda Dia Sedia Untuk Makan?

3 TANDA BAYI BERSEDIA UNTUK MAKAN

IKLAN

Makanan pelengkap seharusnya mula diberikan kepada bayi apabila umur mencapai 6 bulan. Ini kerana pada usia enam bulan, sistem penghadaman bayi mula matang dan boleh menerima makanan pejal seperti bijirin atau makanan yang dijadikan puri.

Mama dan papa perlu peka dan tidak sewenang-wenangnya memberikan makanan pejal kepada bayi walau pun bayi masih belum bersedia. Menurut Dr Mohammad Nazir ada tiga tanda utama bayi mungkin bersedia untuk menerima makanan pejal iaitu;

Kesiannya Baby Macam Kunyah-Kunyah Bila Tengok Orang Makan. Betul Ke Itu Tanda Dia Sedia Untuk Makan?

1.Berada dalam posisi duduk dengan kawalan kepala yang tegak.

IKLAN

2.Koordinasi mata tangan dan mulut yang baik dan boleh lihat, ambil dan memasukkkan makanan ke mulut dengan sendiri

3.Boleh menelan tanpa mengeluarkan makanan semula dan tidak terkumpul di luar mulut sahaja.

Menurut Dr Nazir, pada kebiasaannya semua perkembangan dan tanda-tanda ini jarang jarang berlaku sebelum bayi mencecah usia 6 bulan.

Kesiannya Baby Macam Kunyah-Kunyah Bila Tengok Orang Makan. Betul Ke Itu Tanda Dia Sedia Untuk Makan?

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI