Selebriti ternama, Julia Ziegler telah selamat melahirkan cahaya mata mata sulung perempuan yang dinanti-nantikan pada isnin lepas, 14.1.19 pada pukul 11 pm. Beliau telah berkahwin dengan suaminya, yang bernama Johan pada 1 Januari 2019.
Beliau berkongsi kegembiraan tersebut di instagram miliknya dan dihujani dengan ucapan tahniah, selamat berpantang daripada peminat-peminatnya. Rakan artis turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah keatas kelahiran baby girl yang comel.
ALHAMDULILLAH
Our baby girl (3.4kg) was safely delivered at 11pm on 14.1.19. You r a blessing , a gift from heaven. Syukur alhamdulillah
Alhamdulillah congrats babe.
Syukur alhamdulillah, tahniah
Congrats Jia
Namun, posting Julia yang terbaru menarik perhatian netizen. Walaupun sedang berpantang, Julia dapat seimbangkan antara pemakanan, kesihatan mental dan fizikal dengan berfikir secara positif
Subhanallah, Very True
Indeed Kak Jia
Sumber: Julia Ziegler
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Hamil Hidap Diabetes Jangan Pandang Remeh, Boleh Bahayakan Jantung Bayi Dalam Kandungan
Ibu hamil hidap diabetes jangan pandang remeh, boleh bahayakan jantung bayi dalam kandungan. Diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan penyakit kronik yang banyak diperkatakan terutama komplikasinya kepada penghidap.
Ibu Hamil Hidap Diabetes Jangan Pandang Remeh, Boleh Bahayakan Jantung Bayi Dalam Kandungan
Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 menganggarkan seramai 3.9 juta (18.3 peratus) penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas menghidapi diabetes, peningkatan yang ketara berbanding 13.4 peratus pada 2015.
Angka ini merupakan tertinggi di Asia. Ia sangat membimbangkan kerana angka ini dijangka meningkat kepada 7 juta orang pada 2025. Dianggarkan 50 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya sehinggalah ujian gula dalam darah dilakukan.
Laporan National Diabetes Registry 2013 – 2019 pula menganggarkan hanya 32.4 peratus pesakit diabetes yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan mencapai tahap kawalan diabetes yang optimum.
Kawal gaya hidup
Sehubungan itu, kesedaran masyarakat sangat penting mengenai penyakit diabetes, rawatan, komplikasi dan kepentingan mengambil langkah-langkah pencegahan dari peringkat awal melalui gaya hidup serta pemakanan yang sihat.
Bagi ibu-ibu hamil, mereka mungkin telah mempunyai penyakit diabetes sebelum mengandung dikenali sebagai pra-gestasi diabetes (pre-Gestational diabetes). Mereka juga boleh mendapat diabetes semasa mengandung atau lebih dikenali sebagai diabetes gestasi (Gestational diabetes).
Kajian di Malaysia menunjukkan prevalen diabetes gestasi di Malaysia adalah setinggi 27.9 peratus. Oleh itu, pengesanan awal diabetes dalam kalangan wanita yang berisiko tinggi adalah penting untuk mencegah komplikasi bukan sahaja kepada ibu tetapi juga pada bayi dalam kandungan.
Komplikasi dan risiko akibat diabetes
Masalah diabetes yang tidak terkawal pada awal kehamilan memberi kesan kepada pembentukan jantung bayi yang boleh menyebabkan masalah jantung kongenital.
Ia juga boleh dikaitkan dengan kecacatan seperti sacral agenesis di mana tulang punggung bayi tidak terbentuk dengan normal, kecacatan sistem saraf otak (anencephaly) dan paling serius boleh membawa kepada kematian janin (stillbirth).
Komplikasi lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah saiz bayi terlalu besar yang menyukarkan proses kelahiran, masalah kurang gula pada bayi (hipoglisemia) dan masalah kuning (jaundis).
Ibu-ibu hamil yang menghidap diabetes tidak terkawal didapati mempuyai risiko lima kali ganda bayi mereka menghidap penyakit jantung kongenital berbanding ibu-ibu hamil yang sihat.
Fakta ini menunjukkan bahawa pengawalan diabetes sangat penting sebelum merancang untuk hamil, begitu juga ketika hamil untuk mengelakkan komplikasi tersebut.
Bahaya diabetes kepada jantung bayi
Sebagai doktor pakar jantung kanak-kanak yang mempunyai minat dalam pengesanan awal masalah jantung bayi semasa dalam kandungan, saya terpanggil untuk membincangkan isu ini.
Sejak kepulangan saya dari melanjutkan kepakaran dalam bidang pediatrik kardiologi di Children Hospital of Philadelphia, Amerika pada awal tahun 2016, hampir separuh rujukan yang diterima daripada pegawai perubatan atau pakar obstetrik dan ginekologi untuk pemeriksaan lanjut jantung bayi adalah daripada kalangan ibu-ibu hamil yang menghidap diabetes.
Masalah jantung kongenital yang dikaitkan pada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap diabetes adalah jenis jantung berlubang (ventricular septal defect), masalah saluran darah terbalik (transposition of great arteries), masalah injap saluran darah ke paru-paru dikenali (pulmonary atresia) dan masalah jantung kompleks yang lain.
Terdapat juga bayi yang mempunyai anatomi jantung yang normal tetapi mempunyai otot jantung yang tebal dikenali sebagai hypertrophic cardiomyopathy.
Pemeriksaan imbasan (ultrasound scan) jantung bayi dalam kandungan atau lebih dikenali sebagai fetal echocardiography boleh dilakukan pada usia kandungan seawal 18-22 minggu.
Kaunseling sebagai persediaan
Pengesanan awal ini membolehkan kaunseling diberikan pada ibu bapa mengenai jenis masalah jantung yang dialami, perancangan kelahiran dan rawatan yang diperlukan selepas bayi dilahirkan. Kaunseling banyak membantu ibu bapa untuk lebih bersedia daripada segi mental.
Perancangan kelahiran yang dilakukan dapat memastikan rawatan sebaiknya diberikan di hospital yang menyediakan kepakaran dalam merawat jantung bayi.
Pengesanan awal ini memberi impak yang besar terutamanya pada masalah jantung kongenital yang kritikal kerana bayi boleh mengalami biru yang teruk (severe cyanosis) akibat tahap oksigen yang terlalu rendah atau kegagalan jantung jika mendapat rawatan yang lambat.
Cabaran melakukan fetal echocardiography pada bayi dalam kalangan ibu yang menghidap diabetes ialah kebanyakan mereka juga mengalami masalah obes dan masa rujukan pada usia kehamilan agak lewat yang menyukarkan penghasilan imej jantung bayi yang jelas.
Oleh itu, kerjasama doktor di Obstetrik dan Ginekologi, dan mereka yang terlibat dalam rawatan ibu hamil di klinik kesihatan kerajaan atau swasta adalah penting untuk memastikan kejayaan pengesanan awal masalah jantung kongenital.
Justeru, memastikan kawalan diabetes yang baik sebelum merancang kehamilan dan semasa tempoh kehamilan adalah penting untuk mengelakkan komplikasi diabetes pada bayi.
Diabetes yang tidak terkawal membawa kesan yang serius pada jatung bayi dalam kandungan. Pengesanan awal masalah jantung pada bayi boleh dilakukan melalui fetal echocardiography. Ia membolehkan perancangan pengurusan yang sebaiknya kepada bayi dan memberi kaunseling kepada ibu-bapa yang terlibat.
Sumber: BERNAMA
Artikel ditulis oleh Dr Putri Yubbu merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Pakar Kardiologi (Pediatrik), Hospital Serdang.
Baca artikel lain juga: Bayi Pun Boleh Kena Diabetes, Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia
Diabetes Ketika Hamil, Dr Hamid Arshat Kongsi Cara Kawal & Cegah
Pemakanan Ibu Hamil Diabetes Bantu Kehamilan Selamat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Set Jam Untuk Pumping Walaupun Ke Wedding! Tya Sanggup Menyorok Dalam Kereta Demi Anak
Siapa yang tak kenal dengan menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin yang juga pelakon dari Indonesia. Tya sangat terkenal dengan kegigihanya untuk menyusukan anak dan sanggup membuat jadual yang ketat supaya berdisiplin untuk mengepam susu tak kira dimana dia berada.
Sejak bergelar ibu kepada Arif Jiwa Asyraf buat kali pertama 2 tahun lepas, dia sentiasa menyusukan anak sulungnya walaupun sibuk dengan jadual tugasan.
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Kehadiran cahaya mata kedua, Azzahrah pada Mei yang lalu menjadikan Tya ibu yang lebih berdisiplin dalam meneruskan penyusuan susu ibu. Sejurus selepas bersalin, Tya mencipta akaun Instagram rasmi anak keduanya, @azzahrajiwaasyraf.
Dia turut berkongsi perjalanan penyusuan susu ibu di instagram @journeywithtya yang dicipta khas untuk menceritakan pengalamannya kepada peminat. Dia turut berkongsi semangat dan tip-tip untuk para ibu yang ingin menyusukan secara exclusive.
Tya kalau pergi Wedding atau Openhouse pumping tak?
“IYA” Tya berusaha sebisa mungkin untuk commit hal ini. Memang agak leceh, lagi2 kalau pakai baju kurung , kena buka baju.
Tya kan memang ada alarm, so alarm itulah yang mengingatkan Tya. Alarm tu macam “panggilan Zahra”
Kalau Alarm dah datang, Tya akan menyorok atau tumpang bilik tuan rumah atau pergi ke kereta sekejap. Dan buat pumping.
Alaaa tak lamapun, 15 menit sahaja. So Why Not?
Again, 3 bulan umur bayi ini adalah MASA EMAS nak naikkan demand. Inilah gambar keadaan Tya pump, senantiasa botol keramat itu Tya bawa kemana mana.
Kalau terserempak Tya bawa botol itu, jangan heran yaa. Oiya dengan handbag keramat juga, (icebag).
Tya turut berkongsi cara dia tetap berdisiplin untuk mengepam susu.
My alarm for now until #day18362829. Ini salah satu cara Tya untuk berusaha disiplin dan konsisten. Siap pakai caption juga hehe. Biar lebih semangat. So Moms, boleh buat cara apa saja yg buat kita jadi disiplin, terpulang.
Rata-rata kagum dengan kegigihan Tya untuk memastikan bekalan susu anak-anak sentiasa cukup. Tak kurang juga ada yang memberikan sokong moral kepadanya.
Sumber: Tya Arifin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Umur 11 Bulan Dah Kena Bergantung Hidup Dengan Suntikan Ubat Setiap Enam Jam Seumur Hidup
Usianya belum sampai setahun tapi perlu menanggung derita bila terpaksa bergantung hidup dengan suntikan ‘Octreotide’ seumur hidup selepas disahkan menghidap penyakit ‘Congenital Hyperinsulinism’.
Bayi berusia 11 bulan, Nur Shazia Airis Mohd Syazwan, disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak lahir selepas organ pankreasnya menghasilkan hormon insulin berlebihan, menyebabkannya mengalami kekurangan paras gula dalam badan yang teruk (Hipoglisemia).
Ibu kepada Nur Shazia Airis, Siti Noradila Mohd Nurdin, 26, berkata selepas lima jam dilahirkan di Hospital Machang, anak bongsu daripada dua beradik itu kelihatan kebiruan akibat tidak dapat bernafas, memaksa Nur Shazia Airis dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
“Saya melahirkan Nur Shazia di Hospital Machang tetapi dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengalami kebiruan dan menerima rawatan selama tiga bulan di wad.
“Doktor mengesyaki ia berpunca daripada masalah organ pankreas Nur Shazia Airis yang menghasilkan hormon insulin berlebihan menyebabkan anak saya dimasukkan ke wad selama hampir dua bulan sebelum dibenarkan pulang,”
“Bagi mengesahkan penyakit yang dihidapi HUSM juga telah menghantar DNA anak saya ke hospital luar negara dan selepas beberapa bulan Nur Shazia Airis disahkan menghidap penyakit berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Merbau Chondong, Pulai Chondong, Kelantan.
Perlu disuntik setiap enam jam dan minum susu dua jam sekali
Siti Noradila, yang juga suri rumah, berkata, anaknya terpaksa bergantung kepada suntikan ubat ‘Octreotide’ sebanyak empat kali sehari bagi mengawal paras gula dalam badan dan ini melibatkan kos yang tinggi.
“Setiap enam jam sekali saya akan menyuntik Nur Shazia Airis dengan bertukar-tukar tempat suntikan iaitu di bahagian kaki dan bahunya untuk mengurangkan rasa sakit di tempat yang sama, malah Nur Shazia Airis juga terpaksa minum susu melalui tiub di hidungnya dua jam sekali mengikut sukatan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan gula dalam darahnya turun terlalu rendah.
“Jika lambat disuntik badannya akan lemah dan tidak bermaya. Jadi saya perlu pastikan kandungan gula dalam badannya stabil mengikut keperluan. Menurut doktor jika berlaku kekurangan gula yang maksimum dia boleh menghidap sawan.
Penyakit Shazia satu dalam sejuta , perlu kos rawatan yang tinggi di luar negara
“Doktor kata suntikan ‘Octreotide’ bersifat sementara, untuk sembuh doktor mengesyorkan Nur Syazia Airis melakukan pembedahan ‘laparoscopic pankreas’ namun ini hanya boleh dilakukan di hospital luar negara yang memerlukan kos sangat tinggi,” katanya.
Menurutnya lagi, doktor memaklumkan penyakit yang dialami Nur Shazia adalah satu dalam sejuta.
Siti Noradila memberitahu pihak hospital sudah mengambil sampel darahnya bersama suami dan anak sulung untuk menjalani ujian di luar negara bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai penyakit Nur Shazia namun masih belum menerima sebarang makluman sejak enam bulan lalu.
“Ia sangat penting untuk kami tahu jenis penyakit yang dialami selain membantu memudahkan kami menjalani rawatan.
“Buat masa sekarang, doktor minta kami beri Nur Shazia ubat untuk kawal gula, selain cadangan kaedah pembedahan Laparoscopic Pancreas di China atau Eropah,” katanya.
Siti Noradila dan keluarganya perlu memperuntukkan RM1,000 sebulan bagi keperluan suntikan Nur Shazia Airis selain susu dan lampin pakai buang.
“Suami saya, Mohd Syazwan Mat Yaakub, 30, seorang penjawat awam dengan pendapatan bulanan hanya RM1,700, jadi kami sekeluarga terpaksa berjimat cermat demi kelangsungan hidup empat beranak,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Muamalat 03030007478724 atas nama Siti Noradila Mohd Nurdin atau menghubunginya dalam talian 0145307190.
Kecil-kecil dah diuji dengan penyakit. Moga Shazia terus diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Bagi yang ingin membantu, hulurlah walau sedikit moga dapat ringankan beban keluarga yang memerlukan ini.
sumber: Sinar Harian & Bernama
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI