Dengar sahaja berita kelahiran sama ada ahli keluarga atau rakan, setiap daripada kita mesti teruja untuk melawat bayi baru lahir.
Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bayi yang baru lahir amat sensitif kerana mereka sedang membiasakan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim.
Selain adab melawat bayi baru lahir, banyak lagi faktor yang melibatkan kesihatan serta keadaan emosi ibu atau keluarga yang perlu dipertimbangkan.
Antara kesalahan yang biasa orang buat bila melawat baby baru lahir yang dikongsikan di Facebook Akhtar Syamir adalah:
1. Datang melawat masa diri sendiri sedang tak sihat, dengan batuknya, demamnya, selesema lagi. Baby ni punya antibodi tak sama macam orang besar, bukan kuat mana pun. Bahaya kalau berjangkit.
2. Ambil gambar anak tanpa izin. Siap pakai flash lagi. Terkebil-kebil anak terkejut. Lepas tu siap upload kat media sosial terus. Mak ayah sendiri pun tak upload gambar anak lagi, dia yang rasmi dulu. Seronok tak bertempat.
3. Pegang-pegang, dukung-dukung baby. Tangan bersih tak bersih pun kita tak tahu. Entah-entah baru lepas buang sampah ke, berkebun ke, buang air besar ke. Lepas tu siap cium-cium lagi. Siap cakap sedapnya bau baby. Kat mulut dengan tangan kita ni banyak sangat bakteria, sangatlah bahaya kat bayi. Harap faham.
Ads
4. Datang melawat, tapi duduknya lama sungguh. Sampai orang lain dah datang dengan pergi pun dia ada lagi. Kesian kat mak baby nak rehat ke, nak tidur ke. Jadi penat pulak melayan awak bercerita, bergosip bagai. Nak menyusu baby pun naik segan. Boleh pulak cakap “ala serupa je kita punya pun”. Awak tu tak segan takpelah, padahal aurat jugak tu.
5. Asyik-asyik komen anak kecik la, anak besar la, kulit gelap la, cerah tak macam bapak dia la, hidung kemek la, tak ikut mak dia la. Baby ni baru keluar berapa hari dah kena kecam. Sedih la..
6. Bising nama anak yang kita bagi tu tak sedap, kenapa tak bagi nama yang dia suka? Hahaha..
7. Bercakap punya la kuat. Baby baru nak tidur terus cerah mata saiz sepuluh sebab terkejut. Gelak pun serupa nak makan orang.
8. Mengajar macam-macam petua. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu salah, ini salah. Duduk bersimpuh tak boleh, melunjur tak boleh. Maknye pun jadi tekanan dibuatnya. Semua nak ikut cara dia. Dia je yang betul. Dia je yang hebat.
Ads
9. Melawat bawa anak buas yang amat. Anaknye pun tak dilarang usik barang orang, barang baby. Maknye dah susun elok senang nak capai, habis dialih-alihnye. Bila tegur, kita pulak kena sound “biasalah budak-budak, nanti baby ni besar taulah macam mana”. Payahh..
10. Khas untuk kaki merokok. Janganlah nak menyibuk pegang baby. Beribu benda tak elok kat jari jemari dengan mulut tu. Tak sayang nyawa sendiri takpe, jangan bahayakan nyawa anak orang lain.
11. Tanya bersalin kat mana, lepas tu canang dia bersalin kat hospital swasta. “Murah je” katenye.
Ads
12. Membanding-bandingkan kesakitan bersalin. Dia je yang paling sakit, orang lain tak sakit. Dia je yang kena gunting, dia je yang operate, dia je yang normal, dia je yang susah 24 jam dalam labour room. Aduh..
Bukan tak bagi melawat sebenarnya. Cuma nak bagi faham kesalahan-kesalahan atau benda yang selama ini kita tak sedar, tapi kita buat. Ini pun salah satu punca ibu boleh stress tau.
Semoga dapat memberi manfaat kepada bakal pengunjung ibu dan anak yang baru lahir ni. Silakan kongsi maklumat ini supaya tiada lagi ibu-ibu stress bila orang datang berkunjung tanpa adab.
Jangan lupa bawak hadiah. Kalau tak bawak pun hulur la sikit untuk baby. Boleh bantu beli-beli pampers nanti. Hehe..
Anda setuju tak?
Penulisan ini diilhamkan dari Faraascha Nunu setelah diolah dan dialihbahasakan dari bahasa Kelantan.
Tanyalah mana-mana mama sekalipun pasti pernah berdepan dengan gigitan anak. Sakit..usah cakaplah. Tapi selalunya kita pandang remeh dan biarkan sahaja masalah ini.
Sebenarnya bila anak menggigit ada sebabnya yang mama kena tahu. Perkongsiandari Dr Aein Zul ini mama papa kena baca.
Aileen kena gigit!
Alahai kesian anak mummy ye.
Tapi sebelum ni Aileen pun ada jugak gigit orang kat taska rupanya. Semua nya mummy baru tahu semalam lepas teacher Aileen hantar gambar muka dia kena gigit dengan kawan ?, and teacher bgtahu Aileen pun pernah gigit orang sebelum ni.
Umur 1-3 tahun memang normal phase untuk anak menggigit, tapi kita as parents kena tahu kenapa anak menggigit. Menggigit sekali sekala maybe cara anak express diri. Tapi biting habit yang tak terkawal is not good. Jumpa orang je gigit, takde kena provoke ape gigit. Bila kita tahu sebabnya, kita boleh kenal pasti cara nak kurangkan atau bagitahu anak yang menggigit tu tak baik.
Antara sebab anak menggigit:
1) Teething – Anak nak tumbuh gigi, orang tua kata gatal gusi. Memang tak dinafikan Aileen menggigit time naik gigi, dengan time menyusu pun dia gigit. Aduhhhh!!!
2) Penat – Budak penat lagi nak menggigit, kena tengok sleep pattern anak. Kurang nap pun boleh sebabkan anak menggigit tau
3) Communication – Anak yang tak pandai bercakap banyak, dia nak berkomunikasi dengan orang nak tunjuk dia geram, dia tak setuju, dia marah, dia frust. Emosi la kira ?
4) Nak perhatian
5) Tiru kawan yang menggigit – Budak tak tahu gigit tu benda tak elok, dia ingat macam main so dia pun nak buat.
6) Parents bagi contoh cause & effect yang salah – Bila anak gigit, kita geletek dia balik konon nak main dengan anak. Atau bila anak gigit, kita tak tegur, kita biarkan. So anak rasa gigit tu macam cara bermain jugak, parents tak tegur pun, so dia buat lagi nanti. Anak setahun pun boleh ditegur dengan cara yang betul. Dia akan absorb slowly walaupun ambil masa. Yang penting tegur.
Mummy memang pesan dekat teacher, Aileen gigit orang lepas ni kena bagitahu jugak. Walaupon kecik lagi, she needs to know which one is right, which one is wrong. Papepun, pendapat dan cara kita semua mungkin berbeza, dan terpulang kepada parents tuk sesuaikan keadaan dengan didikan terhadap anak-anak.
Macam kami berdua.
Mummy memang tegas sikit dengan anak bergantung jugak pada keadaan, daddy pulak soft hearted most of the times. Daddy banyak bermain and tackle emosi anak. Bab emosi, memang serah kat daddy sebab mummy pun beremosi cepat jadik singa haha ??
Kredit: Aein Zul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Air rebusan daun pandan boleh kempiskan perut yang gendut lepas bersalin. Resipi mudah ini dikongsikan oleh pengguna facebook, Puan Azurah Ahmad. Banyak lagi khasiat lain yang boleh didapati dalam air ini.
Assalamualaikum. Cuma nak kongsi je. Petua ni terbaca dari FB jugak.
Air rebusan daun pandan (berapa helai ikut suka tapi jangan ler sampai 1 rimbun) + halia (2 inci diketuk) + gula batu (1 ketul). Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam-suam sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut (al maklum ler dah 6 bulan bersalin. Nak hilangkan perut gendut). Ikutkan elok buat 2x sehari tapi tak dan nak buat siang hari.
Buat malam je 2 jam sebelum tido. Errmm hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan… Barang pun senang nak carik. Masih boleh telan. Cuba lah!
Apabila dah ada anak, perkara pertama mesti fikirkan anak dulu. Begitu juga bab orang yang menjaga anak bila keluar bekerja. Mesti kita nak yang boleh jaga sebaik mungkin agar anak sentiasa gembira.
Kalau dapat jaga anak sendiri dikira rezeki, tapi bagi pasangan yang perlu bekerja kekangan ini terpaksa dihadapi dan berharap yang baik-baik sahaja sepanjang berada di bawah jagaan orang lain.
Bagi penyanyi, Akim Ahmad dia mengakui ada cara tersendiri dalam menjaga dua orang anaknya yang kian membesar.
Menurut Akim, dia dan isteri, Stacy sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di rumah.
“Sejujurnya saya memang tidak percaya untuk hantar anak pada pengasuh tanpa pantauan daripada pihak saya ataupun Stacy.
“Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk menjaga anak namun bagi saya walaupun ada pembantu rumah namun kami masih memantau anak setiap kali keluar rumah.
“Saya dan Stacy mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan orang yang rapat dan percaya seperti saudara mara untuk berada di rumah bagi memantau apa yang berlaku jika kami keluar bekerja.
“Bukan tidak percaya tapi kami mengambil langkah berjaga-jaga kerana anak ini adalah tanggungjawab kerana perkara itu akan menyenangkan hati kami ketika melakukan kerja diluar.
“Mungkin apa yang dilakukan kami boleh dijadikan contoh pada orang lain di luar sana kerana kami tidak mahu menyesal dikemudian hari,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, Akim dan Stacy dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia 1 tahun 5 bulan. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 6 tahun.
Sumber: astro gempak / ig akim & stacy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan anak, merawat luka bersalin sememangnya mengerikan ibu yang tengah berpantang. Ada yang takut untuk membuang air kecil dan air besar kerana perasaan resah dan ngeri luka yang masih tidak sembuh.