Melihat sepasang anak kembar berlari sambil memeluk ibu dan ayah hati pasti terasa mahukan anak kembar. Pun begitu ia bukanlah semudah yang disangka. Kehamilan Dr Halina, isteri kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang kini sedang hamil anak kembar buat kali kedua ternyata membuat kita rasa cemburu.
Apakah tip yang diamalkan oleh pasangan doktor ini bagi mendapatkan anak kembar? Melalui instagramnya Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi beberapa tips untuk mendidik anak kembar.
Katanya berkongsi semalam, bukan mudah namaun ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengawal anak kembar kerana mereka kebiasaannya sangat aktif.
“Ramai yang bertanyakan kepada saya tips mahu memiliki anak kembar. Namun persoalannya adalah apakah yang perlu anda hadapi sewaktu menguruskan anak kembar?
“Anak kembar memang sangat-sangat comel tetapi hanya Allah sahaja yang tahu seberapa banyak usaha, masa dan tenaga yang diperlukan untuk membesarkan mereka.
“Kesusahan berganda namun kegembiraan juga berlipat kali ganda dan semuanya sangat-sangat berbaloi. Alhamdulillah,” tulisnya.
Bukan hanya kesusahahan tetapi Dr Muszaphar juga turut berkongsi kriteria-kriteria yang perlu ada bagi setiap ibu bapa yang ingin mempunyai anak kembar. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
1.Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat aktif.
2.Kedua-dua ibu bapa harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
3.Anak-anak adalah yang paling utama berbanding perkara lain. Dahulukan anak-anak.
4.Anda akan kekurangan waktu tidur sepanjang masa.
5.Anda memerlukan banyak tenaga sewaktu menguruskan anak kembar.
6. Anda perlu merancang perkara lebih awal walaupun untuk benda-benda yang kecil.
7. Anda perlu sentiasa berwaspada setiap masa.
8.Berkemungkinan memerlukan banyak kos dan anda perlu membuat simpanan namun, Insha Allah, rezeki akan datang.
9.Anda memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
10. Dan yang paling penting anda haruslah menyayangi dan menyukai kanak-kanak.
Ternyata tidak mudah untuk memiliki dan menjaga anak kembar, apatah lagi kembar kedua yang pastinya menuntut lebih usaha dan tenaga dari ibu bapa. Namun cara didikan Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina yang sememangnya diketahui cukup cemerlang dalam mendidik anak-anak mereka sememangnya memberi inspirasi kepada semua ibu bapa di luar sana.
Pasangan doktor hebat ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI