Perasankah anda, bau pada bayi baharu lahir sangat menyenangkan? Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, tetapi aroma pada badan mereka dapat menenangkan sesiapa sahaja yang menciumnya. Umpama ada satu aura pada bau tersebut.
Bau badan bayi yang baru lahir sangat disukai. Bukan sahaja ibu bapa yang sukar untuk menahan godaan mencium bayi, tapi adik beradik lain pun sama. Mengapa aroma bayi begitu menyenangkan? Sebuah artikel di portal Women’s Health ada menjelaskan perihal ini.
Menurut penganalisis kimia dari Monell Chemical Senses Centre di Philhadelphia, Amerika Syarikat, George Preti, aroma badan menyenangkan berasal dari bahan kimia yang berasal dari kelenjar bayi baru lahir. Satu lagi sebab mengapa aroma bayi sangat menyenangkan adalah metabolismenya.
Malah menurut pendapat lain, pada masa kelahiran, pengambilan makanan bayi hanya datang dari susu ibu sahaja. Bagaimanapun, selepas dia mula makan dan minum, aromanya mulai berbeza.
Artikel Menarik: [100 Kali Anak Bertanya Pun Jawablah. Dah Besar Nanti Mungkin Dia Dah Tak Nak Tanya Kita Lagi]
Selain itu, aroma tubuh unik bayi ini juga adalah disebabkan kerana lapisan putih pada kulit bayi baru lahir. Walaupun beberapa hari kemudian bayi itu dimandikan dan perlahan-lahan salutan itu longgar, aroma bau bayi masih ada lagi.
Apa pun alasan di sebaliknya, Preti menyakini aroma tubuh bayi yang menyenangkan ini merupakan cara ibu bapa makin jatuh cinta pada si kecil ini dan ia antara tarikan untuk orang sekeliling.
Artikel Menarik: [Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam. Ada Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham]
Preti juga menyatakan, aroma tubuh bayi membantu ibu menyedari kehadiran bayinya dan boleh mengukuhkan ikatan dengan kehadiran buah hati baru.
Hal ini terbukti melalui kajian yang menunjukkan ketika ibu mencium aroma tubuh bayi, ia secara tidak langsung membuatkan ibu rasa tenang. Ini menjadikan ibu mahu menghabiskan masa yang lama menjaga bayi dan tidak kisah menghabiskan masa bersama si comel.
Walaupun begitu, berhati-hatilah ketika mahu mencium bayi. Sistem imunisasi mereka masih lemah dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Pernahkah anda mendengar tentang ‘PENYAKIT MENCIUM (MONO)’?
Mononucleosis ditafsirkan sebagai penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perpindahan air liur yang mengandungi virus Epstein-Barr viruses (EBV). Pendedahan paling biasa kepada penyakit ini adalah melalui tindakan mencium. Namun, pesakit juga boleh mendapat virus ini melalui seseorang yang mengalami batuk, bersin atau berkongsi perkakas makanan dengan orang yang dijangkiti.
Artikel Menarik: [Ikut Keserasian Anak, Bukan Pilih Asalkan Yang Mana ‘Famous’ Waktu Beli Susu Formula]
Walaupun mononucleosis tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Antara komplikasinya termasuklah:
+ Pembesaran limpa – organ kecil berdekatan dengan perut yang bertanggungjawab kepada kualiti sel darah. Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin memerluakn pembedahan kerana ia boleh menyebabkan limpa pecah.
+ Masalah hati – pesakit boleh menderita sama ada Hepatitis (radang hati sederhana) atau Jaundis (kulit dan mata bertukar kuning)
Komplikasi biasa lain seperti anemia, masalah jantung, thrombocytopenia (kurang platelet dalam darah) atau bengkak tonsil sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI