Kononnya dikatakan tersedak susu semasa dalam jagaan, namun hasil bedah siasat menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otak arwah Adam Rayqal.
Keterangan awal daripada pengasuh itu langsung sama sekali bercanggah dengan keputusan bedah siasat dan keadilan harus ditegakkan demi nyawa seorang bayi yang tak berdosa.
Sejak dua hari kejadian ini berlaku, ramai yang meluahkan rasa simpati pada kedua ibu bapa arwah Adam Rayqal dan berharap pelaku dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya.
Berdasarkan sidang media yang dilakukan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.
“Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.
Ads
“Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini,” katanya.
Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi hingga jam 1 tengah hari, semalam.
Ads
Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.
Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.
Ads
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.
Sumber: BH Online & Gambar-Media MB Terengganu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin membesar anak akan menunjukkan personaliti masing-masing. Anak perempuan selalunya akan dipengaruhi kuat oleh ibu atau orang yang paling rapat. Seperti Aishah, sudah mula minat barang kemas yang diperbuat daripada emas. Like mother, like daughter.
Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu selebriti Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan menginjak ke usia 5 tahun 1 November dikatakan tidak hairan untuk membeli mainan apabila di bawa ke kedai permainan. Tapi bila dibawa ke kedai barang kemas, barang kemas yang dimintanya.
“Bawak dia p toys r us , tk heqan pun nk bli apa.. dia ikut kami p @habibjewelsofficial , dia qeyau nak qantai .. mati la nak?♀️?♀️ tak boleh keqap2 bawak dia p @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada .
“Btw Kesukaan budak2 bkn kita yg mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yg dia nmpak depan mata .. kalau dh celik mata nmpak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bau , mmg tu yg dia mau !
“So pls tk payah nk dok komen mcm2.. org lain cara pun lain.. jgn ingat org lain pun mcm kita.. cara masing2 berbeza ? .
Para follower aktres ini memberikan komen yang menyokong minat Aisyah. Rata-rata mengatakan emas adalah baik untuk pelaburan masa depan. Ramai juga yang mengakui minat kepada barang kemas oleh kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu dan orang di sekeliling.
Seorang bayi berusia 40 hari meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. Bayi malang itu menerima jangkitan virus selepas dipeluk oleh jiran-jiran yang datang melawat bagi mengucapkan tahniah di atas kelahiran itu.
Sebelum ini, bayi tersebut dibawa ke Hospital Umum Smart Pamekasan di Wilayah Jawa Timur di Indonesia sebelum disahkan positif Covid-19 pada usianya baru 28 hari.
Gambar Hiasan
Dua minggu jalani rawatan sebelum meninggal
Selepas dua minggu menjalani rawatan, bayi tersebut akhirnya meninggal dunia.
Ketua pasukan petugas Covid-19 tempatan, Syaiful Hidayat berkata, pengesanan kontak mendapati bayi itu mendapat jangkitan daripada jiran-jirannya yang datang melawat selepas baru dilahirkan.
Syaiful memberitahu, kebanyakan jiran memangku dan memeluk bayi baru lahir itu semasa kunjungan ke rumah.
Bayi itu kemudian mula menunjukkan gejala virus seperti batuk, demam dan mengalami masalah pernafasan.
Gambar Hiasan
Menurut laporan, ibu bapa bayi itu menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.
Tambah Syaiful lagi, mereka mendapati penduduk setempat di daerah Tlanakan di kawasan bayi itu tinggal, mempunyai gejala termasuk disahkan positif Covid-19 tetapi tidak menjalani kuarantin sendiri.
Mengambil kira keadaan negara yang disebabkan penularan wabak COVID-19 dan sebagai tanda keprihatinan kepada peminjam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan.
Menerusi satu kenyataan media, PTPTN merujuk kepada kenyataan Menteri Kanan- Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dengan penuh rasa prihatin kerajaan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN bermula 19 Mac.
Berkuat kuasa serta merta
Sehubungan itu, penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam ini akan berkuat kuasa serta merta selama 3 bulan sehingga 30 Jun depan.
Bantu 1.5 juta peminjam
Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03-2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang.
Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.
Dalam keadaan sekarang ini, PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal, apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri...