Benar austisme bukan penyakit. Aktres Catriona Ross berkongsi tentang caranya mengendalikan emosi dan menerima kenyataan & mendidik anak keduanya disahkan autisme.
Catriona atau lebih mesra dengan penggilan Cat berkongsi tentang keadaan Jammal Raes, 7 tahun di Instagram. Ibu kepada 2 cahaya mata lain iaitu Sephia Rania, 9 tahun dan Edruce Riyadh, 5 tahun.
Autism dan non verbal
My son Jammal Raess has Autism and he is currently non verbal.
Depressed & down setahun pertama
I was down and depressed untuk setahun yang pertama tetapi setelah bangkit, i realized i rasa lega sebab i selalu share tentang Jammal Raess secara terbuka dan keterbukaan itu somehow mengubati perit i.
Tidak berahsia dan menyembunyikan untuk inspire ibu bapa lain
Sebab Cat tidak berahsia atau menyembunyikan serta mengambil langkah untuk berkongsi aswell as trying to inspire ibu bapa lain yang masih sangsi tentang keadaan anak mereka
Autisme bukan penyakit
Autism bukan lah satu penyakit. Its a spectrum. Im hoping to see more people know tentang Autism and harapnya parents tidak lagi rasa malu atau segan untuk berbincang tentang keadaan anak yang menghidapnya.
You are not alone
Talk about it so you will heal, talk about it so we could learn more. You are not alone, ok? ?. Happy World Autism Awareness Day everyone!!
Selain itu, ibu ini turut berkongsi perkembangan Jammal Raes. Peranan ibu bapa membantu si kecil istimewa ini menyesuaikan diri.
Di parti hari lahir kakak, Jammal boleh menyesuaikan diri dan duduk di sebuah sudut dengan tenang. Makanan dan minuman sudah pun disediakan untuknya.
Melatih makan di luar bersama. Cat menyediakan snek supaya Jammal boleh menyesuaikan diri dengan mudah dan selesa.
Jammal gembira dan Cat mempunyai perancangan untuk melatih anaknya ini. Melihat anak selesa dan ceria adalah segala-galanya bagi ibu ini.
Menurut Cat, Jammal tidak lagi takut kepada air, tidak seperti waktu usianya setahun. Dia menjerit dan menangis.
Jammal sukakan alam semula jadi dan kurang selesa untuk destinasi jauh yang memerlukan penerbangan kapal terbang. Cat & keluarga akan memilih lokasi yang mempunyai kolam renang & persekitaran alam semula jadi.
Jammal tidak dapat menyesuaikan diri apabila pembantu rumah pulang ke kampung tetapi Cat tidak memberikan reaksi marah tetapi memahami kesukaran yang dilalu anaknya.
Sumber: catrionabrianross
Artikel berkaitan: Berkongsi dan Jangan Pendam. Catriona Ross Kongsi Tip Bila Anak Didiagnosis Gangguan Spektrum Autisme