Semua bakal-bakal ibu atau yang akan bersalin anak kedua atau seterusya kalau boleh menginginkan proses bersalin secara normal tanpa sebarang jahitan.

Hingga ada bakal ibu yang bertanya “Eh, boleh ke bersalin secara normal tanpa jahitan? Macam tak percaya je. Bukan bersalin memang kena jahit ke?”

Sekali dengar memang susah nak percaya. Namun ada sesetengah ibu yang berjaya menjalani proses bersalin secara normal tanpa sebarang jahitan.

Nak tahu rahsia bersalin tanpa koyakan, perkongsian dari Puan Sharipah Eyie boleh diamalkan.

Ketiga-Tiga Anak Bersalin Mudah Tanpa Koyakan. Doa Ini Yang Diamalkan Sejak Dari Anak Pertama
1st- Luth Affan Bin Affandi

Puan Sharipah yang dah melalui tiga proses kelahiran tanpa sebarang jahitan berkongsi tiga tip mudah.

IKLAN

Saya terpanggil untuk berkongsi tip dengan semua ibu kerana pengalaman sendiri yang selamat melahirkan tiga zuriat tanpa koyakan. Alhamdulillah.

Tiada tip dari segi pemakanan kerana saya mengamalkan minyak kelapa dara semasa kandungan pertama sahaja serta pengambilan tidak konsisten. Saya juga tidak mengamalkan suplemen kecuali dari klinik kesihatan kerajaan (hb saya low). Cuma tip saya ialah

Aktif
Jangan terlalu manja kan diri dalam konteks jangan malas. Jika larat, buat sahaja. Saya juruterapi pergigian dan skop tugas ialah berpindah randah dari sekolah ke sekolah lain dengan peralatan pergigian, memunggah barang dan sebagainya yang bersesuaian.

IKLAN
Ketiga-Tiga Anak Bersalin Mudah Tanpa Koyakan. Doa Ini Yang Diamalkan Sejak Dari Anak Pertama
2nd- Hud Arumi Bin Affandi

Solat
Jangan tinggal. Solat juga sebagai exercise. Google kesan solat dari segi saintifik. Korang pun tahu kuasa allah. Allahuakbar.

Doa
Ini doa yang dihantar melalui whatsapp oleh sepupu saya apabila dia tahu saya hamil anak pertama. Saya tidak pernah hafal, cuma ada saya masa terluang saya capai phone dan baca. Selepas solat & sebelum tidur juga saya amalkan doa ini. Bila-bila free. Sepupu saya juga melahirkan dengan mudah, alhamdulillah. Thanks aishah.

Doa: Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

IKLAN

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia
sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aminn.

Ketiga-Tiga Anak Bersalin Mudah Tanpa Koyakan. Doa Ini Yang Diamalkan Sejak Dari Anak Pertama
3rd- Lin Asra Binti Affandi

Sesungguhnya sakit bersalin itu hanya Allah yang tahu. Saya percaya ramai lagi wanita lain di luar sana dengan perkongsian yang menarik. Selamat mencuba.

Sumber: Sharipah Eyie

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI