Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripadanya.
Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?
Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
Ads
Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).
Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.
Ads
Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.
Pada minggu ke-32
Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.
Mulai kira-kira minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.
Ads
Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.
Dari minggu ke-36 hingga ke-40
Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!
Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang. Sebaliknya, anda mungkin akan rasa tendangan kuat dari dalam rangka rusuk anda pada sebelah bahagian. Pergerakan yang semakin berkurangan ini adalah perkara biasa, tetapi jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor anda.
Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis anda. Jika bayi anda tidak berada dalam posisi kepala di bawah, baca lebih lanjut tentang bagaimana meletakkan bayi ke posisi terbaik untuk kelahiran.
Penyanyi Datuk Jamal Abdillah melahirkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata sulung bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, yang kini hamil enam bulan.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 60, berkata, isterinya itu kini diminta untuk lebih banyak berehat lebih-lebih lagi selepas pernah keguguran sebanyak tiga kali.
“Saya berasa sangat gembira apabila dikhabarkan oleh doktor yang kami bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Buat masa ini, usia kandungan sudah menjangkau enam bulan dan saya sentiasa memastikan isteri berada di rumah dan mendapat rehat yang secukupnya.
“Saya tidak berkongsi berita gembira ini awal-awal bukannya mahu berahsia dengan kandungan isteri tetapi lebih berhati-hati kerana dia pernah mengalami keguguran tiga kali sebelum ini,” katanya.
Mengalu-alukan peminat beri nama
Dalam pada itu, Jamal menjelaskan, beliau mengalu-alukan peminat untuk memberikan nama kepada anak perempuannya itu.
“Saya sentiasa mengalu-alukan cadangan nama anak yang sesuai daripada peminat.
“Asalkan, nama tersebut mempunyai maksud yang baik,” ujarnya.
Cahaya mata sulung bersama Zai itu dijangka bakal dilahirkan pada 4 November depan.
Jamal mendirikan rumah tangga bersama Zai pada 1 April 2019 di Ipoh, Perak.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani yang kini berusia 18 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, 12.
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri bakal menimang cahaya mata sulungnya beberapa minggu sahaja lagi.
Keterujaan untuk menimang cahaya mata pertama ini dikongsi olehnya melalui Instastories.
Malah Dr Amalina masih sempat menghadiri majlis ‘baby shower’ yang diadakan oleh sahabat terdekat buat dirinya di salah sebuah restoran di Chelsea, London semalam.
Majlis yang diadakan ringkas dengan kehadiran tetamu terdekat memeriahkan lagi suasana majlis berkenaan.
Dr Amalina sempat menitipkan ucapan terima kasih buat sahabat yang bersusah payah mengadakan majlis untuk dirinya.
“What a lovely baby shower! Thank you to all of my friends from various stages of my life (school @cheltladiescoll, university @edinburghuniversity@cambridgeuniversity@imperialcollege, work, and London). Thank you so much to Liza and Stivou for organising such a beautiful day. You all made me feel very special, little bubba 👶🏼, and I thoroughly enjoyed it! 🤰”
Menurut Dr Amalina, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin disebabkan komitmen kerja.
“Saya kini sedang sarat hamil dan masih bekerja.
“Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk bayi.
“Ini juga keputusan terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya.
Dia turut berkongsi, sepanjang cuti bersalin gajinya dibayar penuh oleh pihak hospital.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Menanti lama kehadiran cahaya mata dan gagal selepas mencuba rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada penghujung tahun lalu tidak mematahkan semangat pelakon Aprena Manrose untuk memiliki zuriat.
Walaupun pada awalnya dia merasa kecewa namun dia akur dengan ketentuan Allah malah tidak patah semangat untuk mencuba lagi.
“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF pada hujung tahun lalu.
“Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa rasa down juga la.
“Tapi baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa lah, saya berehat sekejap untuk kerja balik.
“Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, saya akan buat semula,” katanya lagi.
Terdahulu, Aprena mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.