Khasiat Lemon Madu Untuk Detox. Minum Sebelum Tidur, Bangun Pagi Badan Rasa Ringan!

Share

Duduk rumah, lepas makan, makan lagi. Berat pun rasa makin bertambah. Nak keluar untuk beriadah pun risau dengan keadaan sekarang ni. Apa yang boleh buat hanya ambil angin di halaman rumah atau koridor sahaja.

Bila dalam keadaan sekarang, ramai juga yang risau berat badan akan naik tanpa sedar. Bagi anda yang cuba nak kekalkan pemakanan sihat, boleh cuba buat lemon madu. Ia dikatakan bagus untuk kurangkan kolesterol dan bagi badan rasa ringan sikit.  Berikut perkongsian Siti Hasnah AR

Lemon madu buat stok. Lagi lama simpan lagi sedap. Boleh makan dengan buahnya sekali. Tak pahit ke? TIDAK sama sekali. Yang ni betul-betul pati ya. Nak makan/minum kena tambah air!

Nak buat untuk ubat batuk pun boleh atau pun campur dalam teh, jadi teh lemon.

Bahan dan cara membuatnya:

#6 biji lemon rendam kejap dengan air garam dalam 10 minit, kemudian bilas dan basuh bersih dan potong nipis, buang biji. Tambah halia, kalau tak suka halia tak payah letak. Tapi halia bagus..

#Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli, secubit garam. Jangan tambah air. Gaul sampai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup, dah sebati boleh la masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, esok boleh guna.

Saya minum sehari sekali sebelum tidur untuk kurangkan kolestrol.

1: Untuk yang bertanya macam mana saya amalkan? Macam ni dalam balang tu pati yang saya baru buat smlm.

Cara saya, saya ambil pati lemon dalam 2 sudu besar dan tambah air panas, minum sebelum tidur tanpa gula tambahan. Untuk detox dan cut kolestrol, insyaAllah bangun pagi-pagi badan tak sakit-sakit. Tambah pula ada halia, sedap kentut pagi-pagi. Tak ada bau, sungguh!!.

2:rendam dengan kulit tak pahit ke?

Jawapannya tak pahit bg saya.. utk pengetahuan kulit lemon ni banyak khasiatnya, beli mahal2 rugi la kalau buang kan!?

3:Kata tak letak air! Tapi dalam balang dekat nak penuh airnya..

Jawapan: sungguh saya tak tipu! Untuk yang mungkin tak tahu bahawa lemon ada air tersendiri ciptaan Allah, bila dah gaul dengan gula dan madu maka terjadi la gitu. Masa nak minum nanti tambah la air.

4: Tak sakit perut ke tu??

Jawapan.. akan sakit perut kalau minum pati tu habis sebalang. Jangan!… Itu pati!

5: Tak letak gula boleh ke?

Jawapan.. BOLEH, lemon dan madu je pun ok, bila nak minum nanti pandai-pandai la korang olah. Yang nak letak stevia tu korang letak time nak minum, jangan perap sekali lemon nanti rosak khasiat stevia.

P/s ~.. jus lemon ni boleh diolah dengan pelbagai cara untuk tambah sedap dan lazat. Tapi untuk detox dan cut kolestrol korang amalkan pagi dan malam tanpa gula tambahan.

Kredit: Siti Hasnah AR via MAHN

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy