Khasiat Susu Ibu Buat Pemenang Anugerah Si Cilik Meletop, Arif Jiwa Asyraf Sihat Dan Bijak

Share

Sesiapa sahaja pasti terhibur melihat aksi dan wajah comel Arif Jiwa Asyraf yang sihat dan bijak ini. Agaknya apa rahsia Arif sentiasa ceria dan aktif ya?

Si kecil ini baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Si Cilik Meletop dalam Anugerah Meletop Era 2018.

Tentu ramai kagum melihat keceriaan Arif yang digelar sebagai pipiPao oleh ibunya Tya Arifin. Tak hairanlah Arif yang baru genap usia setahun ini sihat dan bijak. Rupanya dia mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya.

Dalam posting di instagramnya sempena ulang tahun kelahiran Arif, Tya telah berkongsi kegembiraan kerana berjaya melepasi fasa pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif pada Arif.

Pelakon jelita negara seberang ini turut berdoa agar perjalanannya menyusukan Arif bagi melengkapkan tempoh 2 tahun dapat berjalan lancar.

Dear Arif Jiwa, 
Alhamdulillah sudah setahun kamu menjadi pelengkap hidup.
Sudah setahun juga ibu full menyusui kamu, ibaratnya udah lulus Strata 1, doain semoga bisa lulus S2 jadi master 2thn
Banyak belajar dari Kamu yaitu harus sabar , ikhlas, positif thinking dan bahagiaaa yang paling penting. 
Semoga kamu jadi anak yang baik, berbakti, berbudi pekerti
-Cinta kasih, 
Ibumu yg agak posesif

Ternyata susu ibu sememangnya adalah sumber makanan terbaik untuk menjadikan anak sihat, bijak dan ceria macam Arif.

Sememangnya ibu jelita ini juga seorang yang gigih dan berdisiplin mengepam susunya sebagai stok susu untuk Arif apabila dia ada urusan di luar rumah. Lihat sahaja stok susu ibunya itu.

 

Bahkan Tya juga turut banyak mengajar dan berkongsi tips menyusukan anak secara eksklusif kepada ibu mertuanya Datuk Siti Nurhaliza yang mesra dipanggil Mak Iti.

Sumber: Instagram tyaarifin & arifjiwaasyraf

Published by
Hasnita Sawal