“Khatam Al-Quran Usia 6 Tahun, Ada Tali Pinggang Hitam Usia 8 Tahun,” Dr Sheikh Muszaphar Dah Ada Senarai Panjang Untuk Anak-anak. Boleh Jadi Inspirasi Untuk Semua!
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Oleh itu, perancangan tentang masa depan anak-anak mungkin antara salah satu cara untuk merealisasikan impian untuk melihat kejayaan anak-anak pada masa hadapan.
Rajin berkongsi di laman media sosial tentang perkembangan anak-anak, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengakui bahawa dia sudah mempunyai senarai panjang dalam memberikan didikan kepada anak-anaknya mengikut peringkat usia mereka.
Apa yang dikongsikan Dr Sheikh sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada ibu bapa di luar sana bagaimana untuk mencorakkan anak-anak demi masa depan yang cemerlang dan terbilang.
“Dalam membesarkan anak-anak, kami cuba untuk merangkumkan kesemua aspek daripada pembelajaran, sukan, pemikiran lateran, penggunaan otak kiri dan kanan, bijak dalam matematik dan sains, paka bahasa dan yang paling utama mempunyai nilai-nilai hidup yang baik-penyayang, mengambil berat, empati kepada yang lain dan mempunyai sikap hormat menghormati.
“Sebagai ibu bapa, sangat penting untuk menerapkan ciri-ciri ini sejak dari kecil lagi. Bentuk mereka sebagaimana yang kita rasakan sesuai untuk menjadikan mereka mencapai tahap terbaik untuk diri mereka.”
Jelasnya lagi, anak-anak bergantung kepada ibu bapa untuk mempunyai tingkah laku dan segala keperluan yang betul. Mereka juga bergantung kepada ibu bapa untuk pengetahuan serta bimbingan dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakannya.
Ads
“Tetapi kita terlebih dahulu harus mempunyai pengetahuan ini dan kita memerlukan perancangan untuk melaksanakannya. Pastikan ada pelan jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang untuk mencapai matlamat buat anak-anak kita.
“Matlamat saya untuk anak-anak adalah memulakan mereka dengan kelas Bahasa Mandarin pada usia 3 tahun, belajar berenang pada usia 3 tahun, memulakan dengan matematik dan boleh membaca pada usia 4 tahun. Mula bermain alat muzik pada usia 5 tahun, khatam Al-Quran pada usia 6 tahun, tali pinggang hitam untuk taekwando pada usia 8 tahun serta berjaya dalam pelajaran, sukan dan kesemua yang mereka usahakan,” tulisnya panjang di kapsyen.
Namun dia akui itu semua hanya perancangan manusia, Allah adalah sebaik-baik perancang. Beliau percaya dengan ajaran serta doa, semua itu boleh berjalan mengikut apa yang dirancangkan.
“Dan saya masih ada lagi senarai panjang untuk mereka bila umur mereka mencecah 12 tahun, 18 tahun, 25 tahun dan 28 tahun.
Ads
“Kita hanya merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Namun saya percaya dengan ajaran yang baik serta doa, InsyaAllah semuanya boleh berjalan mengikut perancangan,” tulis beliau lagi.
Sebelum ini Dr Sheikh Muszaphar juga pernah berkongsi di Instagram bahawa dia mahukan kesemua anak-anak mengikut jejak langkahnya menjadi seorang doktor.
Ads
Semoga apa yang dirancangkan itu dipermudahkan. Betul kata Dr Sheikh, kita hanya merancang, tetapi Allah lebih Mengetahuinya. Namun kalau ada usaha, doa dan ajaran yang berterusan, InsyaAllah tiada yang mustahil untuk dicapai.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Muka yang comel, badan bersemangat pasti ramai yang geram dengan Muhammad Zayne Tyler atau lebih mesra dipanggil Zayne. Permata hati Mat Dan dan isterinya ini sentiasa menjadi perhatian peminat ayahnya tiap kali di bawa keluar.
Bukan setakat kulit yang cerah dan gebu tetapi tengok badannya pun ramai yang tertanya-tanya apa yang Zayne makan.
Berkongsi pengalaman itu, Mat Dan berkata makanan kegemaran Zayne hingga sekarang adalah suka makan roti.
Waktu pertama kali Zayne mula belajar makan, benda pertama yang saya berikan padanya adalah lobak merah yang dijadikan puri. Alhamdulillah Zayne suka. Kemudian saya cuba pula kisar betik dan pisang dan ternyata betik jadi pilihan Zayne. Dia cukup suka makan betik.
“Kini bila dah sebulan setengah makan makanan pejal, Zayne juga turut diberikan kosong. Mulanya dia kurang selera tapi bila saya berikan dia bersama sup ayam dan kadangkala saya kisar dengan ikan, saya nampak dia mula suka.
“Bukan bubur sahaja, saya selang selikan buah-buahan sebagai snek untuk Zayne. Zayne juga suka makan roti, sama seperti ayahnya,” kongsinya.
Mat Dan jelaskan, minat Zayne dengan roti ini mungkin juga ikut seleranya. Saya memang jenis yang suka makan roti.
“Kalau dia menangis pun, jika umpan dengan roti Zayne boleh diam,” ceritanya lagi yang berharap Zayne dapat minum susu ibu sepenuhnya.
Setakat ini pun, antibodi Zayne juga kuat. Setakat ini baru sekali je dia selesema tu pun kerana perubahan cuaca ketika pulang dari melawat atok dan neneknya di luar negara.
Nak tahu lanjut apa kisah menarik lagi mengenai hero Mat Dan ini boleh dapatkan majalah isu Februari sekarang di pasaran dengan tema kali ini Edisi Selera Si Manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa tentu sekali penat bila berhadapan dengan anak yang selalu tantrum. Kalau anak bawah 3 tahun tantrum, jangan dipukul. Peluklah sekuat-kuatnya sambil baca ayat Al-Quran. Itulah antara perkongsian dari Ibu Rose.
BILA ANAK BAWAH 3 TAHUN TANTRUM
“Dah lah adik, ibu penat ni. Apa adik nak sebenarnya ni?” “Uwaa…uwa….” “Okay, okay…adik nak susu?. Taknak? Lampin ok? Emm..ok…Adik nak tidur?”
“Aduh..buntunya. Ehh..dah lah adik. Dahlah ibu penat ni. Kang tak pasal-pasal adik kena.”
Biasa dengar dialog ni? Uhuk..macam sebut diri sendiri je ye.
Ada yang tanyakan Ibu:
Bagaimana kalau anak sedang meraung dan diluar kawalan?
Jawapannya adalah:
Anak di bawah 3 tahun terutamanya, itu namanya Tantrum.
Jika Tantrum jangan sekali-kali dirotan semasa dia sedang mengamuk itu. Kerana pencederaan emosi amat kuat.
Semasa itu anak itu sudah hilang kawalan dirinya. Ibarat kata, monsternya sudah keluar.
Jika terdaya peluklah sehingga dia tenang. Peluk kuat-kuat sambil membaca ayat Al-Quran.
Semasa memeluk kuatkan rasa kasih sayang dan kasihan kepadanya. Keadaan yang tenang didalam diri anda itu akan meresap kepadanya dan dia akan tenang.
Anak mengamuk tidak boleh dikawal adalah kerana terlalu letih, terlalu kecewa, terlalu bergolak emosinya. Merotan anak itu semasa itu hanya akan menguatkan kesan negatif didalam diri anak itu.
Semoga kita menjadi lebih belas kasihan kepada anak-anak kita semasa mereka masih belajar-belajar mengenali hidup.
Salam Sayang, Ibu Rose
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Saksikan rancangan Pa&Ma setiap Selasa, jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD. Episod minggu ini, Si Cilik Multi Lingual.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak 12 hingga 18 bulan masih belum hasilkan perkataan yang boleh difahami/ bermakna. Keadaan ini memang perlu dibimbangi! Ketahui 7 faktor yang biasa menjadi penyebab kegagalan ini.
Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak.
Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
Umur
Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan
-Melihat ke arah bunyi.
-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.
7-11 bulan
-Banyak ‘membebel’ iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.
-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’
-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan
-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).
-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.
-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)
2 tahun
Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.
-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.
3 tahun
– Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’
-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’
-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat
4-5 tahun
-Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)
– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).
-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.
Jika kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh diKATEGORIKAN sebagai mengalami ‘speech and language delay’ atau ‘lambat bercakap’.
7 FAKTOR PENYEBABANAK LAMBAT BERCAKAP
#1 Masalah pendengaran.
#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).
#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).
#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.
#5 Kecelaruan spektrum autisme.
#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.
#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.
Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!