Anak mana yang suka dan berani kalau diajak buat rawatan di klinik gigi. Mula-mula nampak berani tapi bila sudah sampai depan doktor gigi, mulalah drama airmata. Keras menolak. Pening dibuatnya. Tapi lain pula halnya dengan anak Diana Amir. Memang berani!
Khawlah Al Azwar, anak sulung Diana ini memang cukup berani. Senyum sahaja sebaik tiba di klinik berkenaan. Rupanya ada tips dan rahsia yang dikongsikan oleh Diana.
Ajar Anak Berani
Crowning gigi Khawlah ada warranty 3 bulan, semalam dia tercabut so arini i datang, or bila-bila before expiry date tu boleh datang je untuk betulkan balik.
Ads
Khawlah sangat good girl, alhamdulillah daripada awal masuk senyum je, baring kat katil tu terus mematung tak bergerak and nganga mulut, lama tau. Even kita pun tau benda tu sakit.
Daripada semalam i kerap bagitau dia doctor gigi tu baik sangat, doc just nak help Khawlah so Khawlah boleh jadi “handsome” .. yes.
Dia suka kita panggil dia handsome, bukan “pretty” k? Nak handsome macam baba being pretty is too mainstream.
Ditambah dengan doctor and assistant pun very friendly, “kongsi Diana yang melakukan rawatan tampalan gigi anaknya di Klinik Pakar Pergigian MyKids Dental Care.
Ads
So mama pun kenalah suntik semangat dekat anak-anak. Tak kisah walau dalam apa cara sekalipun, kena beritahu benda yang positif dan baik untuk anak kita. Insyaallah anak semakin berani dan tak takut nak buat sebarang rawatan gigi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul! Masa untuk menguruskan rumah sahaja sudah ambil masa berejam lamanya. Makin letih bila mana sudah kemas rumah, anak sepahkan pula. Semua ini buat mak-mak mula rasa stress dan istilah bertukar jadi ‘singa’ seakan sudah sebati.
Perkongsian seorang pengguna Facebook, Normaliza Mahadi yang berkongsi kehidupan masyarakat kaum ibu di Jepun terlalu banyak bezanya dengan masyarakat kita.
Tidak banyak barang yang hendak dikemas dan memudahkan menjadikan mak-mak di sana punya lebih masa untuk anak. Sesekali perkara yang positif boleh kita jadikan panduan.
Rumah orang Jepun lapang. Barangan yang ada minimum aje. Sepanjang saya di Jepun, saya tak pernah nampak kedai perabot yang berderet-deret macam kat Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot!
Rumah orang Jepun kecik-kecik aje. Walaupun kecik, rumahnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang.
Sebab tulah mak kat Jepun ni jarang-jarang bertukar jadi dragon. Dia orang ada banyak masa main ngan anak, cakap baik-baik ngan anak dan melayan kerenah anak. Mak ni lebih stabil mental dan fizikalnya.
Mak kat sana, tak payah habiskan masa berjam-jam kemas rumah. Lipat kain baju yang berlori-lori. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.
So, kepada mak yang kat rumah tu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada kat rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang.
Nak kemas aje dah amik masa berejam. Masa banyak buang untuk kemas dan tak masuk lipat kain baju. – Ochiai,tama-Shi.
Aduh! Ketika buat ujian UPT tadi, terang dua garis. Anak sulung masih kecil, mungkin tidak faham situasi yang dia akan menjadi anak sulung tidak lama lagi. Tiba-tiba saja ada tanggung jawab untuk menjadi abang atau kakak. Macam mana mahu beritahu kepada mereka tanpa ada rasa serba salah? Anda boleh cuba lima tip ini, mana tahu dapat membantu.
Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik
Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.
Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.
Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil
Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.
Buat Baju T Khas Untuk Anak Sulung
Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.
Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi
Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!
Perut Yang Semakin Membesar
Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.
Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Perjalanan 5 beranak berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila suami dan anak lelaki maut dalam kemalangan akibat dirempuh dari arah belakang.
Menerusi laporan Bernama, seorang anggota tentera dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux di KM137.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata Mohamad Kausa Mustafa, 36, dan anaknya, Muhammad Ridwan berusia lima tahun meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 1.50 tengah hari itu.
Beliau berkata, isteri mangsa, Ainul Yaqin Mokhtar, 31, dan dua lagi anak mereka, Nursyuhada, 8, serta Nur Sakinah berusia enam hari yang turut berada dalam kereta Perodua Viva itu mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Temerloh.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki Mohamad Kausa sekeluarga dikatakan membuat brek secara mengejut dan menyebabkan pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta berkenaan.
“Pelanggaran ini menyebabkan kenderaan Mohamad Kausa terbabas ke sebelah kiri jalan dan kereta itu mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang,” katanya dalam satu kenyataan.
Kamarulzaman berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 21 tahun serta penumpangnya berusia 46 tahun selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. – BERNAMA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!