Adakah sesuai untuk menambah kicap untuk bayi? Apakah mungkin ada pengganti garam untuk makanan bayi? Ikuti penjelasan ini.
Kicap untuk bayi
Mesti anda pernah terlihat seorang bayi kecil disuapkan makanan yang ditambahkan kicap sebagai bahan perasa makanan. Tetapi persoalannya, adakah ia sesuai? Sebaiknya, seorang anak dalam lingkungan usia setahun disarankan untuk tidak memakan kicap.
Kenapa?
Ini kerana kandungan garam dalam bahan ini adalah sebanyak 20%. Berbanding dengan garam, penggunaan kuantiti kicap dalam masakan agak sukar untuk dikawal. Secara amnya, bayi yang belum berusia 1 tahun tidak boleh memakan gula dan garam.
Kandungan gula boleh merosakkan gigi si kecil. Manakala penambahan garam dalam makanan akan meningkatkan bebanan pada fungsi buah pinggang bayi yang masih belum matang.
Keadaan buah pinggang bayi masih dalam proses tumbesaran dan belum matang ini akan menyebabkan ia sukar menyingkirkan kandungan garam berlebihan dalam darah.
Kesannya untuk tempoh jangka masa panjang, si kecil boleh mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi ketika dewasa nanti. Maka adalah lebih elok mengelakkan daripada memberikan kicap untuk bayi.
Bilakah masa sesuai memberikan kicap untuk bayi?
Ads
Adakah ini bermakna kicap tidak boleh diberikan langsung kepada bayi? Seorang bayi boleh mula mengambil makanan pejal pada usia 6 bulan. Jumlah pengambilannya akan meningkat seiring pertambahan usia mereka.
Untuk bayi berusia setahun, sebaiknya jumlah garam yang diambil dalam sehari adalah kurang daripada 2 gram. Sekiranya anak masih tidak mencapai usia setahun, kuantiti garam dalam makanan haruslah kurang daripada 1 gram sehari.
Jadi bagi menjawab pertanyaan sama ada boleh atau tidak memberikan kicap untuk bayi, sebaiknya ibu ayah perlu menunggu sehingga mereka mencapai usia 1 tahun dan diberikan secara sederhana.
Sebenarnya, terdapat pengganti garam untuk makanan bayi yang boleh dicuba bagi mempelbagaikan rasa.Tetapi sebelum itu, jom kita ketahui kesan yang boleh terjadi jika ibu mengamalkan tabiat memberi kicap untuk bayi sedari kecil lagi.
Berikut 3 akibat yang boleh terjadi:
Ads
1. Wujud risiko alahan
Ibu harus menghindari daripada menambah kicap dalam makanan si kecil di bawah usia setahun kerana mereka boleh mengalami alahan. Kicap cenderung mewujudkan reaksi alergi kerana kandungan gandum di dalamnya.
Jika anak anda mempunyai alahan gluten, maka sudah tentu kicap harus dielakkan.
2. Bahayakan kesihatan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, pengambilan garam yang berlebihan pada awal usia boleh meningkatkan bebanan buah pinggang. Keadaan ini terutamanya apabila organ si manja masih dalam proses tumbesaran.
Ads
Jadi sekiranya ibu tidak mahu timbul masalah kesihatan pada si kecil, sila elakkan okay?
3. Cerewet dalam soal makan
Mempunyai anak yang cerewet tentang pemakanan adalah satu perkara mencabar. Bagaimana penulis mengetahuinya? Kerana anak penulis sendiri cerewet dalam bab makan, walaupun puncanya bukan kerana kicap.
Tapi betul ke kicap punca anak cerewet?
Anda biasanya mengambil kicap sebagai tambahan untuk menyedapkan makanan, bukan? Jadi keadaan yang sama juga berlaku pada bayi anda. Kicap yang diberikan membuatkan mereka sudah terbiasa memakan makanan yang sedap rasanya, jadi kecenderungan untuk anak menolak makanan tawar boleh terjadi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bubur sumsum antara menu hidangan yang sesuai untuk disajikan pada bayi anda yang berumur tujuh bulan ke atas. Ketika dalam usia ini, mama sudah boleh berikan pelbagai jenis makanan untuk bayi cuba.
Bayi mama pun sudah tentu teruja hendak cuba variasi makananan yan sudah tentu dapat memancing selera untuk makan. Supaya bubur sumsum jadi lebih menarik dan enak dinikmati boleh letakkan buah-buahan segar di atasnya. Jom cuba resepi mudah yang dikongsi ini.
RESEPI BUBUR SUMSUM UNTUK BAYI
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung beras
2 cawan susu penuh krim (full cream)
1 cawan air
Rasa Lemak Berkrim, Tambah Buah Kisar Nak Bagi Lagi Sedap
Cara membuat:
1. Masuk semua bahan dalam periuk, kacau sikit baru buka api dapur.
2. Masak sampai kepekatan yang mama suka.
3. Pastikan sentiasa kacau ya untuk elak berketul.
4. Tutup api. Siap sudah bubur sumsum.
Simpan di dalam bekas plastik. Boleh dapat tujuh bekas saiz ini. Selepas itu barulah kisar buah naga atau apa-apa sahaja buah yang disukai. Kisar tabpa air. Memang sedap sangat. Mesti anak suka!
Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan Saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman. Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian ini.
Jom lah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi sekolah. Kalau sebelum ni kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita start bagi air saffron pulak.
Tak perlu dah vitamin IQ tinggi gula, saffron je kita guna sekarang ok.
Saffron bagus untuk otak anak:
Bantu untuk kuatkan memori anak
Mudahkan proses faham ilmu baru
Bantu anak lebih fokus masa belajar Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ni.
Antara cara yang saya buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron
2. Campur madu dalam air saffron
3. Letak 1 helai safrron dalam susu
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah
Boleh je try yang mana korang suka.
Bila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya. Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, minum jugak akhirnya anak insyaAllah.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Pilihan pemakanan pada tahun-tahun terawal anak adalah penting kepada perkembangan fizikal dan mental dalam kehidupan mereka. Menurut kajian terkini yang dilakukan di Finland, kanak-kanak yang makan makanan sihat dan seimbang pada tiga tahun terawal persekolahan sepatutnya dapat mengembangkan kemahiran membaca mereka kepada lebih baik.
Kajian tentang hubungan antara pemakanan dan kemahiran membaca
Penyelidik di Finland menemui kaitan antara pengambilan pemakanan dan keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Kajian tersebut dijalankan pada 161 pelajar Finland yang berumur 6 hingga 8 tahun. Kanak-kanak ini ditanya mengenai pemakanan yang mereka ambil dan kemahiran membaca mereka diuji dalam beberapa ujian. Kanak-kanak ini juga turut menyimpan catatan harian(diari) makanan mereka.
Keputusannya amat memberangsangkan. Kanak-kanak yang tidak mengambil terlalu banyak daging merah, makanan diproses atau makanan manis, serta makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, bijirin penuh dan lemak tidak tepu dalam diet mereka mempunyai keupayaan membaca yang lebih baik, berbanding dengan sebaliknya.
Meskipun anak anda boleh membaca dengan baik semasa tahun pertama mereka di sekolah, namun jika pemakanan seimbang tidak dikekalkan, kemahiran membaca mereka nyata sekali akan terjejas pada tahun ketiga persekolahan. Selain itu juga, kualiti pemakanan dan kemahiran membaca tiada kaitan dengan faktor lain seperti aktiviti fizikal, kemewahan, taraf sosial, kesihatan fizikal atau lemak tubuh.
Berikut merupakan senarai beberapa makanan yang boleh meningkatkan kemahiran membaca anak anda:
1. Ikan:
Ikan mengandungi omega-3 atau asid lemak yang penting untuk fungsi normal dan perkembangan otak. Cuba tambahkan ikan yang kaya dengan asid lemak- omega seperti salmon dalam hidangan anak anda, untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran membaca dan pembelajaran.
(Nak menang hadiah buku, tonton video di atas. Pa&Ma akan pilih pemenang)
2. Telur:
Bukan sahaja rasanya yang sedap, malahan telur juga adalah sumber baik protein, choline, dan nutrien penting lain untuk perkembangan mental dan memori.
3. Mentega kacang:
Salah satu snek berkhasiat terbaik yang tidak akan ditolak oleh kebanyakan kanak-kanak. Dipenuhi dengan antioksidan terkenal – vitamin E, mentega kacang dapat membantu melindungi membran otak, merangsang kuasa dan menyediakan tenaga untuk otak.
4. Bijirin penuh:
Sarapan pagi anak anda ada kalanya perlu dipenuhi dengan roti dan bijirin supaya kanak-kanak mendapat cukup glukosa- iaitu sumber kaya tenaga untuk kuasa otak. Antara bijirin penuh yang baik untuk kanak-kanak adalah roti bijirin penuh, wrap, dan biskut kraker.
5. Beri:
Dilengkapi dengan vitamin C dan antioksidan lain, beri seperti strawberi, ceri, beri biru, dan beri hitam bukan sahaja sedap, malahan juga berguna untuk meningkatkan kuasa otak. Anda boleh membuat smoothie, jus atau memberikan anak buahan beri segar.
Kesimpulannya, apa yang anda makan boleh mempengaruhi kesihatan anak anda. Banyak kajian terdahulu yang membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan pada perkembangan kanak-kanak.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.