“Kilang Susu Tutup Dah, Jadilah 4 Orang.”-Fynn Jamal

Share

Menjadi ibu susuan tentunya menuntut pengorbanan yang besar secara mental dan fizikalnya. Fynn Jamal ambil keputusan untuk menghentikan penyusuan susu ibu.

Memberikan anak angkat susu ibu sekurang-kurangnya sebanyak lima kali kenyang boleh menjadikan anak itu sebagai ana susuan. Penyusuan menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak susuan dan keluarga ibu susuan. Besarnya pengorbanan Fynn buat anak-anaknya, Arjuna Bakti Fitri, 6, dan Sakti Kencana Fitri, setahun.

FJSUSUAN TUTUP DAH

Kata Fynn, pengorbanan air mata dan darah mengiringi sepanjang proses membesarkan Arjuna dan Sakti menggambarkan satu perjalanan yang tidak mudah. Ia dinyatakan beliau di dalam posting Instagramnya;

Kilang #FJSusuan tutup dah. Jadiklah 4 orang. Producing susu badan untuk seorang mak angkat susuan adalah bersulam air mata dan darah (literally).

Umur pun dah nak masuk 40.

Tak daya dah.

Kalau nak 5—

Memang الله punya kuasa ajelah.

Kazaalik.

4 pun ok dah ni. InsyaAllah takat mana terdaya, memang inilah apa yg الله tau laratnya seorang saya. dan percaturan الله tak pernah typo dan salah kira.

IMPIKAN UNTUK MEMBUKA RUMAH KHAS UNTUK ANAK-ANAK TIDAK BERNASIB BAIK

Tapi Wallahi. Antara cita2 dunia yg aku ada adalah satu rumah khas utk anak2 yg tak dimahukan. aku nak bela semua. semoga sempat aku merasa anak ramai2. buat kelas, jemput ustaz dtg tadabbur. pergh. nikmatnya.

Tapi takpe.

Buat sementara;

Fokus kat sang arnab dan mamat cendawan ni je.

Dua orang je pun aku rasa macam satu aspura.

Sumber: fynnjamal

Artikel berkaitan: Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain


Saksikan Pa&Ma pada 25 September 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kali ini tajuk menarik yang akan dibincangkan ialah Si Genius Disleksia. Banyak info telah dirangkumkan iaitu tip daripada juruterapi serta perkongsian info daripada ibu bapa.

 

Published by
Azma ML